10.12.13

Belajar memandu di MDP

Salam.

Hari ni kali pertama aku pergi kelas latihan memandu di MDP. Memang agak nervous dan clueless sikit sikit tapi usaha buat buat cam biasa. Haha.

Cikgu memandu aku namanya cikgu z. Berkaca mata hitam macam rayban. Bertopi. Dan berbaju hitam serta jeans. Di tangannya ada handphone. Muda juga orangnya. Stail mengajar mmg santai. Dia duduk kat seat belakang sambil main game Candy Crush.

Latihan aku hari ini cuma di bukit. Aku memang totally lupa pasal step. Jadi cikgu z suruh member aku, kak siti, ajar aku step by step kat bukit. Masalah aku cuma mati enjin sebab tak reti timbang klac dan minyak. Jenuh weh ulang ulang. Pastu cuaca pulak perfect timing. Hujan lebat kilat petir sabung menyabung. Aku tak peduli semua tu. Fokus aku cuma pada belajar memandu.

Aku dah memang betul betul tak reti. Jadi banyakla soalan aku. Dah keliru dan lupa step kan. Jadi banyakla kesilapan serta kematian enjin. Jenuh jugak cikgu z dan memberku kak siti menggelakkan aku. Wateverlah semua tu.

"Nasib baik dah ada basic. Belajar kereta sama laju dengan mulut dia. Baguslah boleh hilang bosan kita."-cikgu z mengata aku.

Selesai latihan kena menunggu driver aku, ustaz khairul, yang bawak kereta macam jet. Laju tak ingat. Seram den. Masa menunggu pukul 5 tu, ada masa lagi sejam. Anak tauke kantin ni Farzana namanya. Darjah 5. Suka sangat mengendeng kat aku dengan member member baru aku kak siti, 28 dan kak nana, 28.

Farzana ni sibuk bercerita itu ini. Aku dah la kepenatan belajar kereta asyik mati enjin. Rasa hati malas dah nak layan Farzana. Tapi disebabkan kesian tengok dia tak tentu arah bercerita dengan aku, aku minta dia ambil buku dan pen supaya buat karangan. Biarlah dia isi masa dengan sesuatu yang berfaedah. Tahun depan pun dah nak UPSR.

Sampai je pukul 5 akulah orang paling bahagia. Terus aku melompat nak balik. Aku pun segera bersalam dengan Farzana. Balik balik je aku rasa bersalah pula. Aku belajar kereta pun banyak tanya macam macam. Bila Farzana sibuk bercerita dekat aku, aku tertekan pula. Ish, tak adilnya aku.

Tuhan, ampunkan dosa dan kesalahanku ye. Moga kau temukan diri Farzana dengan hobi dan perkara berguna. Amin. Terima kasih sudi baca. Haha.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.