Assalamualaikum everybody.
Buat nenek aku yg tersayang. Nape suka sangat cari kesalahan mak ngn abah aku ni. Nenek2. Kalau mak ngan abah aku x peduli nenek, agak2 ape perasaan nenek. Aku kesian kat nenek.
Meh kita baca apa kata seorang pakar motivasi tentang ini.
"Daripada pengalaman saya menjalankan program-program motivasi kepada pelajar dan pekerja, 90 peratus daripada mereka mendapati senarai yang pertama, iaitu tentang kelemahan atau kekurangan diri lebih panjang daripada senarai yang kedua. Ini bermakna, corak pemikiran kita lebih cenderung kepada perkara negatif berbanding positif."
Kepada ibubapa, cuba ambil sejenak untuk imbas balik cara kita bercakap dan mendidik anak-anak. Ke mana cenderungnya? Negatif atau positif? Hmm, mengaku atau tidak, biasanya kita lebih suka mencari salah anak.
Kita mudah nampak apa kurangnya anak kita berbanding apa bagusnya dia.
Kita cepat membebel apabila anak lakukan kesalahan tapi jarang memuji apabila mereka lakukan perkara yang betul.
Apabila kita lebih banyak membebel daripada memuji bermakna kita banyak mencari salah, atau banyak kaji buruk.
Mustahil dalam satu hari tiada satu pun perkara yang betul telah dilakukan oleh anak kita. Tetapi sebab kita tidak fokus kepadanya maka kita tidak nampak. Kita sudah melatih otak untuk melihat dan mencari kesalahan lebih daripada kebaikan. Semua ini berlaku bertahun-tahun tanpa disedari hingga sudah menjadi sebati, menjadi tabiat dan spontan. Sedih, bukan?
Kalau kita asyik cari salah, cari yang buruk2 tentang diri kita, tentang orang lain, itulah yang kita selalu nampak! Kenapa? Sebab otak kita fokus pada yang buruk dan yang salah itu!
Pernah dengar peribahasa, kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tidak? Kitalah tu!
Ada orang yang hidupnya suka cari salah orang lain dan tidak pernah nampak salahnya sendiri.
Mencari salah orang lain bagi mempertahankan diri bukanlah cara yang betul. Orang lain boleh mempengaruhi kita lakukan sesuatu yang buruk tetapi pilihan untuk melakukannya adalah pilihan kita sendiri.
Malah di akhirat nanti iblis dan syaitan juga berlepas diri dari bertanggung jawab atas kesalahan yang kita lakukan kesan daripada hasutan jahatnya.
Sebab itulah apa juga berlaku, diri sendiri dahulu yang perlu dipersalahkan.
Kita perlu sedar bahawa sikap mencari salah orang lain adalah satu sikap yang merugikan diri sendiri.
Mungkin tujuan kita menegur itu baik, sebab kita harap, orang yang kita tegur kesalahannya itu akan baiki diri. Tapi, sebenarnya, tidak! Orang yang ditegur itu menjadi semakin negatif, lemah semangat dan rasa tiada harapan. Lalu mereka lebih cenderung melakukan kesalahan yang sama secara berulang atau menambah lagi masalah atas apa yang sudah sedia ada.
Walaupun nenek mcm ni, aku tetap syg kt nenek aku.
Terima kasih sudi baca.
Slm syg,
Misz Wati.
Credits to Utusan.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.