10.12.13

Nukilan jiwang karat seekor kumbang

Salam.

Inilah contoh kejiwangan lelaki. Kepada Kumbang jingga, tahniah anda memang terer tak macam aku sebab aku buta seni. Jom sama sama hayati.
 
"Cinta sebenarnya tidak buta.
Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
Cinta sering dikatakan ‘buta’ tetapi jangan dijadikan alasan sehingga matahati tidak dapat menilai harga sebuah cinta.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Tak usahlah sebut cinta abadi jika ada di hati anda untuk berpisah.
Tak usahlah memandang matanya jika anda berbohong kepadanya.
Tak usahlah sebut hello jika kelak anda mengucapkan selamat tinggal. Tak usahlah katakan dia satu-satunya, jika ada orang lain di sisi.
Tak usahlah kunci hatinya, jika anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak.

Cinta lelaki selalunya manis
Cinta lelaki sukar meminta maaf
Cinta lelaki mudah diagih-agihkan
Cinta lelaki susah dipamerkan

Cinta wanita selalunya pahit
Cinta wanita selalunya kudus setia dan romantis
Cinta wanita pandai memujuk
Cinta wanita sanggup terseksa

Cinta Sejati tidak bertambah dengan kebaikan
Cinta Sejati tidak bertambah dengan kekayaan
Cinta Sejati tidak berkurang dengan keburukan
Cinta Sejati tidak berkurang dengan kemiskinan
Cinta Sejati tak pernah terancam
Cinta Sejati tak pernah curiga."

Ok sampai situ je. Jangan muntah muntah pulak. Bagi sesiapa yang termuntah jugak tu, korang memang buta seni. Haha. Relax relax. Bukalah minda. Jauh perjalanan, luas pengalaman. Haha eh ada kena mengena ke tak ni. What everlah. Terima kasih sudi baca.

Wassalam.

Credits to Kumbang jingga.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.