8.12.13

Takut tak jadi warga emas

Salam.

Takut x? Jangan takut. Semua orang akan jadi warga emas juga. Itupun kalau umur panjanglah. Kat sini ada contoh sajian sehari untuk warga emas.

Sarapan :
secawan bubur nasi,
sesudu makan bilis tumbuk dan
setengah cawan minuman bersusu

Minum pagi :
sekeping roti wholemeal,
sesudu jem,
sebiji pisang,
secawan minuman bersusu

Makan tengah hari:
secawan nasi,
seketul ayam masak kari,
setengah cawan sayur bayam,
sebiji limau nipis,
air kosong

Minum petang :
sepotong kuih,
sebiji pisang,
secawan teh O

Makan malam :
secawan nasi,
sekeping ikan tenggiri masak asam pedas,
secawan sup sawi campur tauhu,
sepotong betik,
air kosong

Minum malam :
tiga keping biskut krim kraker,
secawan minuman bersusu.

Jadi, kepada sesiapa yang masih ada orang tua macam datuk nenek atau ibu bapa korang sendiri, cuba sediakan makanan macam ni ye. Mudah mudahan beroleh pahala.

Terima kasih sudi baca.

Wassalam.

Credits to: Utusan Malaysia 11 November 2005

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.