Assalamualaikum everybodyz.
Di hening pagi ini, marilah wati kongsi tips2 mengisi air akuarium ikan. Ok. Terdapat 2 cara. Boleh pilih mana suka.
Cara I :
Rendam akuarium baru dengan air dan garam ikan (satu genggam/20 gram per 100 lt air) selama satu malam.
Buang air endapan semalam dan ulangi sekali lagi.
Isi air akuarium dan beri aerasi (gelembung air / oksigen air pump).
Tambahkan garam ikan (satu genggam per 200 lt air).
Akuarium telah siap digunakan untuk masuk ikan baru.
Cara II:
Rendam akuarium dengan air dan karbon aktif (1 kg karbon aktif/100 ltr air) selama satu malam.
(karbon aktif dimasukkan dalam bekas atau kantong kemasan/kasa)
Buang air endapan semalam.
Keringkan akuarium.
Isi air akuarium dan beri oksigen (gelembung air).
Tambahkan garam ikan (satu genggam per 200 lt air).
Akuarium telah siap digunakan untuk masuk ikan baru.
Selamat mencuba everybody. Terima kasih sudi bc. (:
Misz Wati.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.