Hello everybodeh. Jom try resepi my mommy?
RESEPI AYAM MASAK KICAP
1. Tumbuk 10 biji cili padi dengan garam
sesudu kecil sampai lumat.
2. Masukkan seulas bawang putih dan 2
biji bawang merah, tumbuk sampai lumat.
3. Masukkan dalam kuali.
4. Isi air 3 gelas.
5. Masukkan ayam yang dah dibasuh bersih
dan ditoskan.
6. Tambah jintan manis sesudu kecil,
sesudu kecil ketumbar, sesudu kecil serbuk rempah sup, sesudu kecil rempah
kurma.
7. Masukkan 3 keping bunga lawang, 5
kuntum cengkih, sebatang kulit kayu manis.
8. Masukkan asam jawa besar ibu jari
dibancuh dan dibuang biji.
9. Masukkan gula 2 sudu besar penuh dan
garam sesudu kecil.
10. Masukkan kicap sehingga bewarna
hitam dan tidak pucat.
11. Campurkan kentang yang dibelah 4, 4
biji.
12. Masak atas api sampai pekat.
13. Rasa secukupnya. Kentang lembut,
boleh dihidang.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.