![]() |
Ihsan Google |
Sian blog aku ni lama betul tak update. Mohla aku update hari ni yek. Kali ni aku nak kongsi resepi lauk feveret daddy aku.
RESEPI PAJERI TERUNG/OPOR
1. Tumiskan bawang putih sebiji, bawang merah sebiji, dan halia sebesar ibu jari. (Nak lagi sedap, tumis sekali bunga lawang se, bunga cengkih se, dan kulit kayu manis sebatang).
2. Masukkan serbuk kari 2 sudu, air secawan lebih, dan gula sesenduk atau 2. Biarkan masak lama sikit sampailah pecah minyak.
3. Masukkan terung yang telah dipotong potong pendek dan dibelah dua, kemudian kacau.
4. Masukkan kerisik 2 sudu.
5. Masukkan garam sesudu dan sedikit asam keping/asam jawa.
6. Masak sampai pekat. Siap untuk dihidang.
Walaupun ni lauk feveret daddy aku, tapi ia memang sedap, sampai terus jadi lauk feveret aku jugak. Korang pun trylah nanti ok! (:
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.