24.2.14

Selangor tak ada air?? Noooo!!

Assalamualaikum everybodeh.

Korang sedih tak Selangor tak ada air? Aku sedih! Macam ni ceritanya. Bukan tak ada air langsung. Just ada sedikit gangguan bekalan air yang menyebabkan catuan air terpaksa dibuat di Selangor ni. Arrrrgh. Ujian ujian.

Ni aku ambik sikit dari akhbar Sinar Harian, 24 Feb 2014:

"...Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkata, kedua-dua kawasan itu (Hulu Langat dan Kuala Langat) sebelum ini mengalami gangguan bekalan air sejak 28 Jan lepas ekoran penutupan dua loji rawatan air (LRA) iaitu Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi kerana peningkatan kandungan ammonia di dalam sumber air mentah akibat cuaca panas dan kurangnya hujan."

So itu lah sebabnya bekalan air Selangor ni problem sikit. disebabkan cuaca dah makin panas menjadi jadi sekarang ni, hujan pun dah hampir hampir tak ade, ini lah kesannya. Kandungan ammonia (air kencing) dalam sumber air pun jadi bertambah tambah. Memang tuhan nak uji tahap kesabaran manusia manusia yang ada di Selangor ni.

Macam macam bentuk ujian Allah datangkan pada kita. Jom istighfar banyak banyak. Banyak sangat mengeluh kang takut kita termasuk golongan hamba hamba tuhan yang tak bersyukur dan tak reti bersabar pulak. Nauzubillah min zalik.

Salam.

12.2.14

Resepi Sayur Sawi & Brokoli Tumis

Ihsan Google
Jom try yang ni jugak jom! Hihi.

RESEPI SAYUR SAWI DAN BROKOLI TUMIS
1. Tumbuk 5 biji cili padi dan sesudu kecil garam sampai lumat.
2. Tumbuk seulas bawang putih, sebiji bawang merah sampai lumat dan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan air 3 gelas. Masak sebentar.
4. Masukkan batang brokoli 2 pokok dihiris nipis. Masak sebentar.
5. Rasa secukup rasa. Tambah garam jika perlu. Biar 5 minit.
6. Masukkan sawi dan brokoli. Gaul. Tunggu sebentar sampai mendidih. Jangan terlalu lama hingga warna hijau sayur hilang.

7. Hidang sayur dalam warna hijau segar. 

Resepi Ayam Masak Kicap

Ihsan Google
Assalamualaikum.

Hello everybodeh. Jom try resepi my mommy?

RESEPI AYAM MASAK KICAP
1. Tumbuk 10 biji cili padi dengan garam sesudu kecil sampai lumat.
2. Masukkan seulas bawang putih dan 2 biji bawang merah, tumbuk sampai lumat.
3. Masukkan dalam kuali.
4. Isi air 3 gelas.
5. Masukkan ayam yang dah dibasuh bersih dan ditoskan.
6. Tambah jintan manis sesudu kecil, sesudu kecil ketumbar, sesudu kecil serbuk rempah sup, sesudu kecil rempah kurma.
7. Masukkan 3 keping bunga lawang, 5 kuntum cengkih, sebatang kulit kayu manis.
8. Masukkan asam jawa besar ibu jari dibancuh dan dibuang biji.
9. Masukkan gula 2 sudu besar penuh dan garam sesudu kecil.
10. Masukkan kicap sehingga bewarna hitam dan tidak pucat.
11. Campurkan kentang yang dibelah 4, 4 biji.
12. Masak atas api sampai pekat.
13. Rasa secukupnya. Kentang lembut, boleh dihidang.


11.2.14

Mommy aku

Assalamualaikum everybodeh.

Kali ni aku nak cerita pasal mommy aku. Mommy aku berusia dalam lingkungan 45. Aku panggil dia ummi. Mommy aku orangnya sangat sederhana. Beliau tak hebat mana. Beliau bukan boss, beliau bukan pensyarah. Beliau bukan doktor. Tapi hanyalah seorang guru.

Mommy aku sekarang ni kesihatannya dah kurang baik. Mommy aku ni dah mengandung dan bersalin dah 10 orang anak dah. Tapi yang diizin Allah anak anaknya yang hidup atas dunia ni hanya 6 orang. Maksudnya, lagi 4 orang kandungannya itu keguguran.

Mommy aku kalau berjalan slow je sekarang. Hari tu mommy aku jatuh katil. Terus sakit sehingga ke hari ni. Doktor cakap ada pendarahan pada mommy aku. Mungkin ambil 3 bulan baru baik. Aku jadi kesian kat mommy aku. Walaupun dia tak sehebat mana, tapi dia tetap mommy aku yang terbaik yang tak dapat aku cari penggantinya.

Mommy akulah satu satunya orang yang menyayangi aku tanpa syarat. Daddy aku pun sayang kat aku jugak tapi daddy aku sihat lagi so aku tak risau sangat kat daddy aku.

Motif aku cerita pasal mommy aku kali ni adalah sebab aku nak nasihat kat adik adik luar sana, sayangilah ibu adik adik sebab syurga adik adik terletak di bawah tapak kaki ibu adik adik. Bukan kat sedara mara adik. Bukan kat atuk nenek adik. Bukan kat kawan kawan adik. Bukan jugak kat boifren adik adik. Ok.

To my dear mommy, i love u so much. Next time aku cerita pasal aunty aku. Salam.


9.2.14

Kepentingan lesen memandu dan kenderaan

Ihsan Google
Assalamualaikum.

Holla everybodeh. Kali ni aku nak tekankan pasal betapa pentingnya lesen memandu dan kenderaan dalam kehidupan kita.

Korang semua dah ada lesen memandu ke? Kereta ada? Motor ke? Penting korang. Nak pergi kerja mestilah naik kereta/motor. Sebelum nak pergi kerja, mestilah kena pergi interview dulu.

Contoh lain, nak kahwin, mestilah pergi kursus kahwin dulu. Transport transport transport penting oi. Dan kalau nak cerita habis habis panjang sangat penat den nak menaip kang.

Nak harapkan mak ayah korang 24 jam? Hmm manjanya korang weh... Diorang pun banyak lagi kerja lain nak dibuat. Tak terkejar nak melayan korang seorang.

Korang wajib dapatkan segera, kalau boleh seawal yang boleh. Bila ek? Ramai orang ambil lesen straight lepas SPM. So, adik adik jangan buang masa, cepat cepat gi ambil lesen yer.

Apa-apa pun, yang paling mustahak mesilah duit. Tanpa duit, macam mana nak ambil lesen la, lesen kereta la, lesen motor la, nak beli kereta lagi, nak bayar minyak kereta la, bayar tol lagi. So, moh moh moh kita carik duit dengan bekerja. Fighting!!

Resepi Sayur Sawi Tumis

Ihsan Google
Assalamualaikum.

Resepi sawi tumis ni versi my mommy. Disebabkan ianya sedap dan simple bebenor, maka aku pun nak kongsi dengan korang semua. Mohla kite try pas ni yek.

RESEPI SAWI TUMIS
1. Tumbuk cili api barang 10 biji dengan secubit garam dan bawang putih.
2. Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga wangi.
3. Masukkan sayur sawi yang siap dipotong (semua bahagian batang dan daun).
4. Gaul kemudian masukkan air dalam dua cawan setengah.
5. Tunggu hingga mendidih kemudian angkat.

Tedenggg... dah jadi. Mudah kan. Bakal bakal pengantin, meh belajar meh. Kang senang tau dah cara masak sayur sawi tumis. Huhi.

Resepi Bingka Roti

Ihsan Google
Assalamualaikum.

Hai korang, kali ni aku nak kongsi resepi bingka roti pulak. Emm, tengah tenah hari cam ni, aku pulak yang rasa lapo. Moh moh kita baca resepi bingka roti.

RESEPI BINGKA ROTI

1. Koyak koyakkan beberapa keping roti. Rendamkan di dalam susu selama 10 minit. Pastikan air jangan banyak.
2. Bubuhkan gula 2 senduk dan gaul roti tadi. Tambahkan secubit garam.
3. Sapukan loyang dengan marjerin.
4. Pindahkan roti tadi ke dalam loyang.
5. Sapukan marjerin ke atas permukaan roti tadi.
6. Masukkan ke dalam oven. Biarkan di atas api sehingga masak. Voila.

Emm nyam nyam. Mudahkan? Selamat mencuba!

Resepi Pajeri Terung / Opor

Ihsan Google
Assalamualaikum!

Sian blog aku ni lama betul tak update. Mohla aku update hari ni yek. Kali ni aku nak kongsi resepi lauk feveret daddy aku.

RESEPI PAJERI TERUNG/OPOR

1. Tumiskan bawang putih sebiji, bawang merah sebiji, dan halia sebesar ibu jari. (Nak lagi sedap, tumis sekali bunga lawang se, bunga cengkih se, dan kulit kayu manis sebatang).
2. Masukkan serbuk kari 2 sudu, air secawan lebih, dan gula sesenduk atau 2. Biarkan masak lama sikit sampailah pecah minyak.
3. Masukkan terung yang telah dipotong potong pendek dan dibelah dua, kemudian kacau.
4. Masukkan kerisik 2 sudu.
5. Masukkan garam sesudu dan sedikit asam keping/asam jawa.
6. Masak sampai pekat. Siap untuk dihidang.

Walaupun ni lauk feveret daddy aku, tapi ia memang sedap, sampai terus jadi lauk feveret aku jugak. Korang pun trylah nanti ok! (: