17.1.14

Tips menyemarakkan hubungan

Tips untuk menyemarakkan hubungan cinta

 1. Tunjukkan minat kalian terhadap perkara-perkara yang dilakukannya tanda sokongan (walaupun kamu sendiri berasa bosan dengan apa yang dilakukannya).
 2. Jangan saling berbohong ataupun menyimpan rahsia yang berkaitan dengan si dia. Kejujuran penting dalam sesebuah perhubungan.
 3. Lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama bagi membangkitkan kelainan dalam perhubungan, apapun perlulah sehati sejiwa.
 4. Hindari dari melontarkan kata-kata yang menyakitkan hati si dia .
 5. Ingatkan kelebihan si dia yang membuatkan kamu jatuh cinta terhadapnya.
 6. Luangkan banyak masa untuk bersama si dia agar rasa cinta ini lebih dihargai.
 7. Jangan memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran kerana ia boleh menggugat perhubungan.
 8. Jangan cuba untuk mengongkong atau pun menyimpan perasaan cemburu yang membukit kerana ia akan membuatkan hati si dia sakit.
 9. Jangan berpura-pura tidak mempercayainya atau pun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu.
 10. Jangan membanding si dia dengan jejaka/gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.

> Belajarlah mencintai seseorang dengan jujur dan ikhlas kerana perhubungan tanpa kejujuran ibarat perahu tanpa pendayung,,, akan hanyut mengikut arus angin...... 

Ain Shakirah

Terapi menyemarakkan hubungan hambar

Menyemarakkan hubungan

Assalamualaikum... Perkahwinan anda mula membosankan? Hubungan intim mula menjadi hambar? Hmm, ada terapi untuknya tau.... 

1. Berkomunikasi 
Sentiasa berbincang mengenai pelbagai isu. Yang baik mahupun yang buruk. Kalau susah sangat nak bertekak secara bertentang mata, tulis nota pendek menyatakan perasaan anda. Ini memberi ruang kepada anda untuk merenung keadaan, bertenang dan kemudian berbaik semula.

"Detik-detik paling intim bagi saya dan isteri sekarang ialah apabila mengisar epal menjadi sup pekat untuk anak kami. Hanya dengan menyediakan sajian mudah untuk si manja, kami rasa begitu rapat. Ia benar-benar menyemarakkan kasih sayang kami," 
- Steve Yap (bekas model terkenal)

Tahukah anda bahawa jika anda duduk-duduk santai sambil makan buah kegemaran masing-masing juga mampu menghangatkan suasana romantis? Cubalah!

2. Berfikiran positif dan keserasian perwatakan 
Mesti ingat bahawa kita sendiri yang membuat pilihan untuk sehidup semati dengan pasangan kita. Bukan untuk bersama pada masa senang sahaja. Kerana itu, luangkan masa dan berusaha untuk berbincang dan mendengar suara hati satu sama lain. Jangan biarkan isu-isu kecil meluap menjadi masalah besar. 

Ketahuilah bahawa pada permulaan hubungan, segala-galanya mudah, tetapi semakin sukar bila hubungan semakin lama. Apa yang mengukuhkan dan mengekalkan hubungan ialah komitmen untuk sentiasa mencuba, walau sesukar mana sekalipun.

"Komunikasi bukan hanya menerusi percakapan, yang lebih penting ialah usaha untuk meluahkan perasaan dengan kasih sayang dan persefahaman walaupun dalam keadaan kita susah hati."

Ana Sofiya

Tips menyemarakkan cinta pudar

Tips untuk menyemarakkan cinta yang pudar!

Bila mula-mula bercinta semuanya manis.
Banyak cerita masing-masing yang nak dikongsi dan semuanya interesting sahaja.
Tapi bila dah lama, macam dah kering idea nak kongsi cerita.
Atau yang paling teruknya, masing-masing dah mula rasa bosan.
Rasa cinta tu makin lama makin pudar (itu perasaan sendiri sahaja sebab sebenarnya rasa cinta tu tetap ada cuma tak sedar sahaja.)

Biarlah saya kongsikan sedikit tips ini.

1) Kurangkan bercakap.
Bila kurang berbual maka akan kuranglah pertengkaran dan juga berselisih pendapat.
Bila kita kurang bercakap, kita akan lebih fokus untuk mendengar.
Makanya kita akan lebih memahami pasangan kita dari sudut yang berbeza dan berupaya untuk respond dengan positif.
Dan dia akan rasa dihargai. Kan romantik tu!

2) Eye Contact.
Perasan tak? Masa mula-mula bercinta dulu memang kalau boleh nak tengok muka pasangan kita setiap ketika. Lagi-lagi mata.
Tapi bila dah lama kenal, eye contact makin lama makin kurang. Kadang-kadang cakap tak tengok muka pasanganpun.
Orang kata dari mata turun ke hati.
Tapi kalau dah lama tak ada eye contact, tak ada apalah yang turun ke hati lagi..
Maka, keintiman hubungan tu makin lama maka berkurang.
betul tak?
So, cara nak semarakkan balik rasa cinta itu, eye contact kena improve la kan. =)

3) Penghargaan
Yang ini paling saya suka.
Masa mula-mula bercinta kita memang nampak yang cantik sahaja pada pasangan.
Semuanya indah belaka di mata tanpa ada cacat celanya.
Tapi, lama kelamaan barulah kita nampak keburukan-keburukan pasangan.
Makin lama makin banyak pula sikap-sikap pasangan yang menjengkelkan kita sehingga buat kita rasa bosan. Itu bahaya!
Cara nak menyemarakkan kembali hubungan ialah reverse kembali masa mula-mula kenal.

Positive! Fokus untuk kenalpasti ciri-ciri yang buat kita jatuh hati pada pasangan kita suatu masa dahulu dan hargainya. Jangan terlalu memikirkan kelemahan pasangan kita.
Buat sakit hati sahaja.
Ingat, setiap orang ada kelemahannya termasuk diri kita sendiri!

Cik nooorafzan utm, noorafzan.com

Tips menyemarakkan hubungan

Resepi Menyemarakkan Api Cinta Dalam Hubungan

Usia perhubungan kamu dengan si dia sudah mencecah tahun kelima dan mula rasa sedikit suram? Mungkin belum sampai waktu kamu mengakhiri zaman bujang dek kerana beberapa perkara yang belum selesai. Usah terlalu selesa dengan apa yang kamu ada sekarang. Kamu perlu lakukan sesuatu bagi menyemarakkan api cinta antara kamu dan si dia.
 
Temujanji Rawak
Bukan perlu untuk berjumpa tiap hari, setidak-tidaknya seminggu sekali. Faham kamu berdua sibuk dengan tugasan di pejabat, tapi jika kamu buat temujanji rawak bersama dia contohnya makan malam selepas kerja pasti membuatkan hatinya rasa terharu.
 
Masak Untuk Si Dia
Lelaki memang suka kalau teman wanita masak untuknya. Sekali sekala kamu masakkan makanan tengahari hujung minggu dan hantarkan kerumah bujang dia. Psst! Kalau kamu buat kejutan pasti si dia akan rasa gembira sebab kamu pandai jaga perut dia! Mana tahu dia akan cepatkan tarikh melamar kamu.
 
Nota Cinta
Tuliskan ayat-ayat cinta yang ringkas atas sekeping nota kecil dan tinggalkan dalam kereta si dia atau dalam dompetnya. Sekurang-kurangnya si dia akan tersenyum apabila terbaca nota comel kamu!
 
CD Lagu
Pilih beberapa lagu-lagu cinta kegemaran kamu dan si dia ketika ini, burn dalam CD dan berikan pada dia. Dalam kereta dia boleh dengar secara tak langsung, dia akan teringatkan kamu ketika memandu.
 

Majalah Eh, Blu Inc.

Tips menyemarakkan cinta rumahtangga

Menyemarakkan Cinta Dalam Rumahtangga

Perhubungan suami isteri bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikekalkan. Ianya telah menjadi asam garam dalam sesuatu hubungan untuk berlakunya pergaduhan atau perselisihan faham diantara satu sama lain. Pasangan yang berjaya mengekalkan hubungan mereka untuk tempoh yang panjang mungkin telah menjumpai rahsia kebahagiaan dalam perkahwinan. Rahsia tersebut ialah dengan memberikan kasih sayang kepada pasangan anda secara konsisten walaupun sedikit! Itulah tips rumah tangga bahagia dan harmonis.

Bayangkan anda dalam perjalanan pulang kerumah dari tempat kerja dan anda membeli sejambak bunga untuk isteri anda. Isteri anda pula ketika itu mungkin telah menghadapi hari yang sukar ditempat kerja, melayan kenakalan anak-anak yang menguji kesabarannya atau hubungan anda dengan si isteri mungkin kurang intim sejak kebelakangan ini. Lalu anda masuk kerumah dengan sejambak bunga yang anda pilih khas untuk si dia, lalu anda memberikan kepadanya.

Apakah agaknya perasaan isteri nada ketika itu? Tahukah anda, dengan melakukan perkara remeh seperti itu anda sebenarnya telah mencipta suatu suasana yang penuh dengan rasa kasih sayang antara anda dan pasangan anda. Si dia juga pasti akan terkejut dengan tindakan anda dan mungkin sangat menghargai pemberian anda itu. Anda secara tidak langsung telah menunjukkan penghargaan anda kepada dirinya.

Jika anda keluar untuk membeli barang keperluan, jangan lupa untuk membelikannya hadiah yang biasa-biasa seperti pasu bunga atau baju tidur. Dengan melakukan perkara kecil seperti ini saja sudah cukup untuk membuatkan harinya ceria. Si dia akan menganggap anda tidak pernah melupakan dia walau dimana pun anda pergi. Anda juga boleh membeli cenderahati yang tertulis ‘aku rindu padamu’ dan meletakkan ia didalam beg tangannya. Jika dia terlihat cenderahati tersebut ketika berada ditempat kerja, ia akan memberikan suatu emosi indah yang mungkin sudah lama tidak dialami olehnya untuk sekian lama.

Jika anda ingin mengubah rutin harian anda yang membosankan itu dengan sesuatu yang romantik, anda sebenarnya tidak perlu berbelanja besar dan hanya sedikit usaha yang diperlukan. Contohnya, tulis satu nota ‘aku cinta padamu’ dan tampalkannya di televisyen. Atau letak satu nota cinta didalam bahan bacaan kegemarannya.

Masih ingat perkara romantik yang anda buat ketika diawal percintaan dulu? Jika ya, lakukan ia semula! Bangkitkan kenangan indah bersama pasangan anda. Apabila berjalan-jalan ke pusat membeli-belah, pimpin tangannya. Atau ketika menonton televisyen, letakkan tangan anda dibahunya atau peluklah dia. Perkara mudah seperti itu sahaja sudah mampu untuk menghangatkan kembali hubungan anda dengan pasangan anda. Lakukan ia dengan kerap supaya rasa sayang dan cinta sentiasa mekar diantara anda berdua.

Teknik-teknik ini sangat ringkas tetapi boleh membantu mengekalkan hubungan perkahwinan anda. Ia membuatkan pasangan berasa dirinya dihargai dan diingati.

Bidadari.My.

Tips bahagia dalam perhubungan

Tips untuk hubungan bahagia

Keluarga yang harmoni dibina dengan susah payah, bukan terbina dengan sendirinya. Untuk bahagia, suami perlu berusaha. Isteri pun perlu berusaha. Suami kena buat pengorbanan, isteri juga perlu bersusah payah. Pendek kata, kedua-dua belah pihak kena saling faham memahami, saling bertolak ansur dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Si suami kena tahu peranan, tugas dan tanggungjawabnya. Si isteri juga begitu, ada peranan dan tanggungjawabnya pada suami. Masing-masing kena tunaikan hak kepada pasangan masing-masing. Suami isteri perlu saling bertolak ansur

Berikut ini dikongsikan beberapa tips bagaimana untuk jadikan rumahtangga yang dibina agar sentiasa harmoni dan bahagia. Sila baca dan amalkan;

1. Tukar Paradigma kolot. Fikirkan perkara yang positif seperti rumahtangga yang dihiasi dengan suasana kasih sayang, romantik dan hilai tawa bersama dengan keluarga. Ianya satu kemestian dan satu tuntutan.
2. Suami isteri mestilah mempunyai niat perkahwinan yang baik. InsyaAllah suasana-suasana yg indah mudah dijalinkan. Perbanyakkanlah berdoa selalu kepada Allah.
3. Sebagai suami isteri, hubungan yang wujud di antara keduanya bukan hanya sekadar suami dan isteri, tetapi mestilah berusaha menjadi pasangan kawan karib yang cukup rapat supaya segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah dan dapat juga menghindari rasa malu yang melampau.
4. Kita mesti belajar untuk berkorban semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan orang lain. Jangan mudah marah tetapi amalkan sifat mudah memaafkan orang lain khususnya di dalam konteks rumahtangga.
5. Allahyarham P.Ramlee pernah mendendangkan sebait lagu yang berbunyi, “Perkara lama jangan dikenang…” Itulah hakikat yang mesti dilakukan. Tidak wajar untuk menyimpan perasaan dendam dan benci terhadap pasangan kerana ia akan merugikan kita kelak.
6. Komunikasi juga memainkan peranan yang cukup berkesan dalam membentuk hubungan romantik di antara suami isteri. Perbanyakkan pujian, nasihat yang penuh hikmah supaya kata-kata yang diucapkan itu tidak menyinggung perasaan pasangan kita. .
7. Perkara yang jarang dilakukan walaupun dengan percuma dan mudah tapi sangat berkesan. Perkara yang mudah seperti, amalkan senyuman sewaktu pulang dari kerja, memperbanyakkan sentuhan seperti di bahu, di kepala, di tangan dan sebagainya. .
8. Meluahkan apa yang terpendam dengan terus terang. Jangan terlalu memendam perasaan. Mungkin pasangan kita tidak tahu atau mungkin memang sengaja tak mahu tahu, tetapi yang penting berterus teranglah.
9. Sebagai seorang suami, perkara yang jarang dilakukan ialah memberikan penghargaan yang istimewa kepada isteri. Ianya boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti suami seperti mengajak isteri bersama “candle light dinner” atau memberikan hadiah penghargaan khas.
10. Apabila keluar bersantai, beriadah mahupun bersiar-siar, amalkan berpegangan tangan kerana ia akan merangsang emosi kita dan memberikan keyakinan kepada suami isteri.
11. Suami atau isteri mestilah menegur setiap kesilapan yang dilakukan di antara mereka, dan bukannya bersekongkol dengannya. Perkara penting yang perlu dititikberatkan ialah menyampaikan teguran dengan penuh hikmah dan bijaksana.
12. Sebagai seorang suami ataupun isteri, jangan terlalu mengongkong pasangan anda. Mereka juga mempunyai hak untuk bersosial bersama dengan kawan-kawan dan masyarakat
13. Segala kerja-kerja di rumah tidak seharusnya dibebankan kepada bahu seorang individu sahaja. Kerja-kerja rumah merupakan kerja jamai’e atau kolektif di antara suami isteri.
14. Sekiranya suami dan isteri sudah mempunyai anak, ajarlah anak-anak itu semenjak dari kecil lagi untuk menghargai kasih sayang ibu bapa.
15. Hubungan seksual yang sihat dan sempurna juga mampu mengukirkan dan mengekalkan keseimbangan seterusnya mencambahkan suasana romantik dan kasih sayang di antara suami dan isteri.

Kepada yang belum kahwin, bolehlah catatkan tips ini dalam buku nota dan berazam sungguh-sungguh untuk praktikkan apabila dah berkahwin kelak. Bagi yang dah berumahtangga, jangan sekadar baca saja. Yang penting, amalkan apa yang kita dah tahu. Saya yakin, kalau kita dapat praktikkan apa yang dituliskan, pasti rumahtangga kita akan lebih harmoni dan bahagia, insyaAllah.

Pakarhowto.com

Tips menyemarakkan hubungan

Semarakkan Hubungan

Perlu diingat cinta umpama pokok apabila tidak disiram dan dibaja ia akan layu dan mati. Cinta pun begitu. Jangan setelah berjaya mendapatkan pasangan kita membiarkan dia tanpa membajai cinta kerana beranggapan dia telah berjaya memiliki pasangannya.

Kita kena ingat akan faktor penolakan dan penarikan dalam hubungan. Kadang kala tarikan dari luar lebih menarik dari diri kita. Kita duduk rumah selekeh dengan kain batik basah dan rambut macam hantu, kalau lelaki pula tak berbaju dan berkain pelikat 24 jam. Pasangan tengok pun bosan. Muka muncung masam sepanjang masa konon penat, tapi kita ada fikir pasal pasangan kita?

Tips yang perlu kita intai:

1.Ceria-cerialah dihadapan pasangan agar dia merasa kita bahagia dan gembira serta menghargai dia walau jarak perhubungan berjalan telah lama.

2.Ingat tarikh penting-ingatlah tarikh penting antara kamu dan pasangan, agak teruk dan zalim jika tarikh hari lahir dan ulang tahun pun tak mampu nak ingat dan ucap, setuju tak?

3.Gurau senda-bergurau senda mampu membangkitkan kemesraan. Jangan serius saja tanpa bergurau senda bersama pasangan

4. Hadiah-takda hari penting pun apa salahnya hadiahkan pasangan sesuatu yang menjadi idaman atau kesukaannya .

5.Memahami-jangan jadi insan yang bodoh sombong dan tidak memahami masalah pasangan. Jiki dia kata dirinya sibuk dengan kerja masih perlu ke kita membebel minta dia menemani kita walau kita tau itu hanya memberi kepuasan pada kita seorang saja?

6.Belajar bersabar-jangan suka mendesak. Pasangan mudah bosan pada orang yang tak tau bersabar.

7.Perbaiki Diri-walau dia kata dia sudi terima kekurangan kita tapi kita perlu belajar perbaiki diri agar lebih baik lagi. Menjadi pasangan terbaik adalah matlamat yang bagus untuk mencapai kebahagiaan.

8.Kejutan-Sesekali hiasi keindahan hubungan dengan kejutan kecil untuk si dia agar dia rasa dihargai dan makin disayangi

9.Jangan cerewet-jika dia berikan hadiah atau tawarkan sesuatu jangan sesekali cerewet. Jadilah insan yang bersyukur dan tidak memilih.

10.Jangan mengungkit-perkara ini sangat penting. Jangan cuba ungkit kisah silap terutama kisah yang pahit atau apa saja yang pasangan tak suka. Jadilah insan yang pandang ke hadapan bukan menoleh ke belakang hidup dengan sejarah.

BLOG AMMAR

Petua menyemarakkan cinta

20 Petua Menyemarakkan Cinta

Seringkali memberi si dia pujian. Baik tentang bajunya, penampilannya, kelakuannya dan tindakannya.
Sesekali hadiahkan sesuatu yang boleh menyentuh hatinya,seperti bunga mawar dan lagu.
Beri dia kebebasan bergaul dengan teman2.. tapi harus berpadalah.
Hargai privacy pasangan kita.
Jaga penampilan anda. Jangan sampai nampak selekeh, berbau atau tak terurus. Kena maintain cun la.
Hilangkan kebiasaan buruk anda yang sering membuat bad mood.
Katakan padanya, dia sudah mengubah hidup anda dan membuat hidup anda lebih bermakna.
Sabarlah kalau dia sedang memuji kecantikan perempuan lain atau kekacakan lelaki lain, baik dengan kata2 mahupun lirikan matanya, tak perlu jeles ... kan si dia dah jadi milik anda!
Beri perhatian lebih kepadanya. Kalau dia sedang menghadapi masalah, berusaha sedaya mungkin untuk membantu dan memperlihatkan keperihatinan anda.
Cari sesuatu aktiviti yang boleh dilakukan bersama seperti melihat pementasan teater, memancing atau berjogging.... atau dalam kes saya ... ambik gambar .. yehaaaa~
Pastikan wajah anda sentiasa tersenyum dan lapang ketika bertemu dengannya.
Sesekali, manjakan dia seperti anak kecil. Macam sisir rambutnya, cari uban ke .. picit jerawat ke .. ketip kuku ke .. nampak cam remeh tapi serius .. ini menjadik!
Katakan dengan penuh jujur dan penuh perasaan bahawa dialah satu2nya dalam hidup anda.
Be nice pada semua orang terdekatnya (sahabat, teman sekerja terutama ibunya). Jangan buruk sangka pada orang-orang di sekelilingnya.
Jangan terlalu banyak meminta ... nak itu .... nak ini ..  apa lagi dengan nada mengada2.
Pastikan anda tidak terlalu banyak mengkritiknya terutama dihadapan umum. Kalau boleh jangan langsung... tak baik nih.
Berikan si dia kejutan manis seperti makan malam berdua, jambangan bunga yang dihantar terus ke pejabat atau serangkap puisi yang meruntun jiwa.
Kalau anda inginkan si dia setia kepada anda, lakukan hal yang sama kepadanya.
Ambil berat dalam apa perkara sekalipun yang berkaitan dirinya. Dari soal makan, minatnya, warna kegemarannya dan sebagainya.
Jadilah pendengar yang baik dan peruntukkan masa untuk bertukar2 pendapat. Ambik masa time makan ke .. time nak tidur ke .. atau time santai sambil tonton tv yang citernya tak best.

HASRULHASSAN | Sifu Blogspot

Tips menyemarakkan cinta

Tips Untuk Menyemarakkan Cinta

Di dalam sesuatu hubungan, kedua – duanya perlu memainkan peranan untuk menghidupkan suasana percintaan. Jika anda serius terhadap satu sama lain, hubungan anda perlu sentiasa berada dalam keadaan ceria dan penuh dengan kasih sayang. Kadangkala, hubungan terpisah disebabkan tiada suasana cinta di antara anda dan pasangan anda.

Apabila berjumpa muka sentiasa masam, tiada topik untuk di bualkan. Lama – kelamaan hubungan anda akan menjadi kosong dan akhirnya terpisah. Namun, jika anda sayang pada pasangan anda, anda boleh selamatkan hubungan anda dengan memberi nafas baru dalam hubungan cinta anda.

Komunikasi.
Hubungan cinta yang tiada komunikasi biasanya akan tersungkur. Komunikasi bukanlah bermakna percakapan atau perbualan. Komunikasi yang saya maksudkan adalah komunikasi hati. Dalam hubungan cinta, hanya hati yang berkata – kata.
Apabila pasangan anda ingin meluahkan masalah, anda perlu menjadi pendengar.
Apabila pasangan anda memerlukan nasihat, anda perlu bercakap dan memberi nasihat
Apabila pasangan anda memerlukan sokongan, anda perlu memberi sokongan.

Jika anda tidak langsung berkomunikasi dengan pasangan anda, hubungan cinta anda akan luntur. Anda perlu sentiasa mengambil berat emosi pasangan anda. Bagi yang sudah berkahwin, tiada makna perkahwinan itu jika anda tidak bercinta dengan pasangan anda. Hubungan cinta adalah perasaan dua hala dan komunikasi perlu ada untuk menyemarakkan perasaan cinta.

Sentiasa menyalakan api cinta.
Sentiasa nyalakan api cinta dengan memberi hadiah kepada pasangan anda. Ketika bertemu, luahkan kata – kata cinta untuk mengingatkan pasangan anda bahawa anda sangat sayang padanya.

Sentiasa beri kejutan pada pasangan anda. Pendek kata, jika hendak bercinta, tunjukkanlah kasih sayang anda kepada pasangan anda.

Sentiasa menjaga penampilan diri.
Jangan jadikan diri anda hodoh. Di saat anda bertemu dengan pasangan anda, pasangan anda sangat suka akan penampilan anda.

Penampilan anda termasuklah
• Cara percakapan anda
• Cara anda berpakaian
• Cara anda berdiri
• Cara anda melihat

Jika mahu berubah, berubahlah menjadi lebih baik seperti memakai pakaian yang lebih cantik dan bercakap dengan lebih sopan. Penampilan memainkan peranan penting dalam hubungan kerana rasa cinta terbit dari mata dan turun ke hati. Menjaga penampilan dan menjadi diri sendiri boleh menyemarakkan hubungan anda dan si dia.

Luangkan lebih masa dengan pasangan anda.
Anda akan rasa cinta jika anda dapat rasa pasangan anda sentiasa ada untuk anda.

Hormat dan percaya pada pasangan anda.
Sikap tolenrasi dan tolak ansur boleh menyemarakkan cinta antara anda dan pasangan anda. Perasaan prasangka dan kuat cemburu hanya akan merumitkan hubungan cinta anda. Anda perlu percaya dengan cinta anda dan hubungan anda akan ok.

Ustazpenang, ustaz_zikir

Lelaki dan perangai mereka

Memahami sifat lelaki

1. Hidup Lelaki Lebih Mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita.

2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya.

3. Lelaki Suka Membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

4. Lelaki Tidak Kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima’ secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu.

5. Jangan Paksa Lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi.

6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa.

7. Lelaki Pentingkan Kejujuran
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.

8. Lelaki Tidak Suka Dikritik
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan.  Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata “Saya cintakan abang…” dan “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang …..”.

10. Lelaki dan Ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.

11. Sahabat Yang Paling Baik
Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

12. Lelaki Mesra Tanpa Beremosi
Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki.

Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual.

Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan, tapi jika tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan juga oleh lelaki.

13. Lelaki Suka Menyelerak
Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’.

Alhaddad


Tips menyemarakkan cinta jarak jauh

Bagaimana Menyemarakkan Cinta Berjauhan?

Beri Kunjungan Kejutan
Buat satu kejutan untuknya. Ambil cuti dan aturkan pertemuan romantik di hotel berdekatan pejabatnya. Sekurang-kurangnya semalaman, tetapi rancanglah aktiviti yang mampu menjadi ingatan sepanjang hayat dalam hidup kalian berdua.

Tidak semestinya acara romantik sahaja, mungkin boleh kongsikan hobi pasangan masing-masing. Boleh ikuti tips ini bersama suami atau isteri anda!

Gunakan masa sebaiknya
Sekali-sekala bila suami pulang ke rumah, sebolehnya jangan acukan bermacam pertanyaan kepadanya. Contohnya ‘ di sana ada tak perempuan ambil kesempatan kat abang’ atau ‘abang ingat tak pada saya’. Lupakan seketika soalan-soalan tersebut. Jadikanlah masa tersebut untuk bersama-sama dengan pasangan anda dengan suasana penuh romantis dan berfikiran positif.

Boleh gunakan kata-kata ini kepada pasangan anda dalam melayari bahtera bersama .

“True love is love which only for two person, and no place for the third person”

www.PakarCinta.com

15.1.14

Tips berblog gaya Lyssa

Tips : Tak Ada Idea Nak Tulis Dalam Blog Ker ??

Assalamualaikum ! Peacee ^_^v

1. Tulis perkara yang baru korang tahu . Benda yang baru . Contohnya korang godek - godek benda dalam Google tuh ke kan , then , ada isu terbaru ker , haaaa . korang boleh lah guna isu tuh , untuk korang bualkan dalam entri post korang tuh . hehe =) 

2. Tulis benda yang korang suka ! Apa benda pulak tu kan  ? Haaa~Alah . Macam - macam benda korang boleh share dengan kitaorang nih . Sebagai contoh lah kan  , korang ni suka sangat kumpul barang - barang mainan . Korang boleh lah kalau nak tulis apa - apa pasal hobi korang tuh , mana tahu , ada yang minat dengan hobi korang . Mesti diorang akan baca dan komen :)

3. Tulis benda yang korang tak suka ! Contoh ; "Ishkk !! Bosannya makan , makan dalam rumah nih haa . Teringin makan makanan yang soadap - sodapp . " HUHU . Secara tidak langsung , diorang boleh jugak bagi kat korang idea nak makan apa , kat mana tempat yang best nak dimakan . Tak gitu ? Korang boleh jugak ceritakan pasal benda haiwan yang korang tak suka . Cicak ? Katak ? Lipas ? Lipan ? hahahaha . Macam - macam boleh korang bualkan kan ?

4.  Tulis kejadian yang baru saja korang alami . Okeyy . Contoh ekk . " Korang baru lepas balik keje or balik sekolah . Then , korang terjatuh longkang abiss sakit segala sakit pinggang ." hehe . Boleh dijadikan cerita tuhh . Mesti orang lagii suka nak baca ! Sekali gus , ianya boleh dijadikan kenangan manis or pahit bagi korang :) kehkeh~

5. Cerita tentang aktiviti seharian korang ! Rasanya , entri macam neyy lah yang menarik peminat pembaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai korang . Ye dakk ? Apa yang korang buat hari ni ? Makan ? Tidur ? Online ? Memasak ? Boleh dijadikan cerita dalam blog korang tuh . hehe ~ Makna kata lain , korang boleh jadikan blog korang sebagai " Blog Personal" korang untuk dikongsi dengan semua lapisan masyarat ! hehe :)

6.  Kongsi sesuatu yang korang karang . Apa tu ? Tak paham ? alahh . Macam neyy lah . Korang duduk saje2 , suka sangat karang cerpen kan ? Apa salah nyer , kalau korang post kan dalam blog korang tuh . hehe . Ada jugak yang tahu bahawa korang nih , suka menulis cerpen . Dari situ , korang boleh dapat banyak faedah ooo . Kalau orang suka baca , mana tahu kan , ada penerbit buku nak kan cerpen korang tuh . Tak ke menguntungkan ? huhuhuhu ~

HEHE . Macam mana ? Banyakk oo Lyssa kasi tips tuh . So , sekarang ada idea dah nak update ? HEHE . Alhamdulillah , at least , dapat jugak Lyssa tolong korang sedikit sebanyak dalam dunia blog nih . Hope korang suka ! Chilll Beb ~ ^_^v 
 
  
Lyssa Faizureen

Tips berblog gaya Jom Blogger

Majoriti blogger menulis tentang kehidupan, pengalaman, situasi diri sendiri dalam blog masing-masing. Ini memang benda yang normal lah, biasanya orang create blog untuk menulis tentang anak-anak, kehidupan hari2 dan sebagainya. Tapi disebabkan tema seperti kat atas tu, iaitu tema tentang diri sendiri, amatlah besar persaingannya.

Bayangkanlah dalam 100 bloggers, 99 tulis tentang diri sendiri. Pengalaman sendiri, perasaan sendiri. Kadang2 macam tulis diari pun ada.Tak salah pun.Cuma kalau nak majukan blog ke next level, kena lain sikit dari biasa. Kalau diri sendiri kita sudah sedia unik, itu memang satu bonus. Jadi tak payah nak fikir2 jauh, tulis je tentang diri kita. Jadi kalau mahu blog tentang diri, cari keunikan kita di mana.

Kalau tidak, kita boleh cari tema lain untuk menjadi tema blog kita. Tak semestinya kena deviate terus dari kehidupan kita, tapi maksudnya tak adalah tulis “Hari ni saya makan nasi, Semalam saya makan mi”. Maknanya benda yang lebih spesifik dan lebih istimewa dari orang lain.

Antara cadangan tema atau topic yang boleh kita gunapakai:
Contohnya hobi. Katakan kita suka memasak. Jadi kita mungkin boleh buat blog masakan. Untuk lebih best lagi, spesifikkan lagi tema masakan. Mungkin masakan Barat, atau masakan untuk orang sibuk.

Mungkin kita sukakan sesuatu benda, atau tempat, atau aktiviti. Mungkin kita suka menonton wayang. Kita boleh buat blog review tentang movie2 yang kita tonton. Dalam pada tu kita boleh bercerita pengalaman kita menonton.

Mungkin pelik sikit kalau kita tiba2 tulis tentang anatomi semut. Hanya peminat semut atau budak2 yang buat projek sains tentang semut saja yang akan baca post kita. Pastika topik/tema yang kita pilih adalah dekat di hati pembaca. Kalau benda2 hobi ni kan biasanya dekat di hati pembaca. Mungkin selain dari bercerita saja, kita boleh bagi tips2 berguna.

Maknanya ia lebih menjurus kepada sesuatu pengkhususan. Kalau tulis pengalaman diri sendiri, ia akan jadi cacamarba, macam blog saya ni. Rojak, semua ada. Bagi blogger baru, susah sikit nak bina identiti dengan cara begini. Jadi, tentukan apa topik utama yang spesifik untuk anda tulis.

Contohnya, “Blog Masakan” ini agak broad dan pesaing pun ramai giler. Tapi bila kita buat “Blog Masakan Melayu Untuk Mereka yang Sibuk”, mungkin akan menarik perhatian ibu2 yang balik rumah jam 7 malam pastu kena masak segala.

So, set back & relax, fikirkan apa niche yang sesuai, draft dalam kepala otak dan terus tulis blog!

SELAMAT BERBLOG

Jom Blogger

Tips berblog abg Ben Ashaari

" Ben , aku tak tau nak tulis apa kat blog .. "
 
Mesti korang pon pernah buntu kan ? Kenapa blogger lain boleh menghasilkan entri entri yang best dan menarik .. Dalam erti kata lain berkualiti ..

Bila memikirkan semua tu , kesannya , patah semangat dan takde mood nak blogger .. Tensen , bengang ..dan akhirnya , cemburu menguasai diri .. apa yang berlaku , tutup blog atau g kacau blogger lain ..

Jika itu yang berlaku , mula mula fahami apa itu blog ! Bukan goblog atau batu block ! Takde kaitan .. Umum , blog adalah satu jurnal .. Mencatitkan apa saja yang kita rasa dan lakukan .. Satu log .. Mudah .. Kenapa perlu menyusahkan ? Lainlah kita ni cendiakawan .. mampu menghasilkan entri entri yang bertahap tinggi yang mana bisa memberi input input pada pembacanya ..

Kita pon mampu buat begitu tapi dengan cara kita .. Aku amik contoh la yer .. Aku bicara mengenai dunia aku setiap hari .. Bermula dari bangun tidur hinggalah tidur .. Aku ceritakan perjalanan hidup aku ..

Bayangkan mereka yang berada di luar sana ( negara atau negeri lain )  secara tidak langsung tahu akan aktiviti yang sedang berlaku di persekitaran aku .. Event apa yang sedang berlangsung di PWTC .. Apakah aktiviti Kementerian Pelancongan .. Atau sindiket gores dan menang kembali beroperasi .. Semua itu aku catatkan dalam blog ! Walaupun simple tapi punya info ..

Mereka yang kata blog tiada info adalah mereka yang tidak tau mencernakan setiap entri yang mereka baca .. Mereka baca sambil lalu .. maka mereka tak jumpa apa apa ..

Blog adalah korang .. korang adalah blog .. Kalau korang buat begitu , maka korang akan enjoy berblogging.. InsyaAllah .. Jangan paksa tapi nikmatinya ..

Jangan tunggu ada info baru nak taip.. Mungkin bagi orang tu tak de tapi orang lain , ada .. Asalkan tidak melanggar batasan dalam berblogging , tu dah memadai ..

Blog kita , wajah kita ...

Ben Ashaari

14.1.14

Tips berblog Mommy Lyna

Nak Tulis Apa kat Blog? 4 Panduan Mudah Yg Boleh Cetuskan Idea

Selain takda masa, sebab lain blog bersawang mungkin kerana tak tau nak tulis tentang pebende. So, apa nak tulis dalam blog other than story of your personal life or berkongsi masalah?

Berkongsi Ilmu
All of us, know ‘something’ about ‘something’. Tak pernah lg jumpe org yg tau everything (kecuali mamat yg dlm iklan AstroMax tu lah). Bende yg kita tahu boleh jadi sebab minat, ape yg kita blajo kt Uni or apa-apa yg berkaitan dengan kerja sehari-hari. Jgn sesekali memandang rendah dgn apa yg anda tahu sbb am sure akan ader org di luar sana yg betul-betul menghargai ilmu yg you share. In fact, kalau they know that you know what they want to know, sure drg akan merayu from you.

Review Sesuatu
Just share your experience bila pakai produk tertentu, guna apa-apa perkhidmatan ataupun review movie or cerekarama yg you tengok. Biasanya dalam review, anda perlu sertakan apa yg anda suka, kelemahan utamanya dan akhir sekali sama ada ianya berbaloi atau tidak. Cuma pastikan review anda betul-betul jujur, bukan kerana anda di bayar komisen. Duit yg anda dapat mungkin banyak, tapi kepercayaan org kalau dh hilang, amat mahal harganya. Tapi kalau org yg super-cerewet tak payah layan la. Haha

Pendapat Peribadi
Ini mungkin sedikit advance sebab anda perlukan pengetahuan mendalam sebelum memberi pandangan peribadi. Setiap org ada pandangannya masing-masing. Ia byk bergantung kepada pengaruh sekitarnya seperti family background, tahap pengetahuan ataupun rakan sekerja. So, jgn takut kalau org tak sokong pandangan peribadi anda and don’t expect semua org pun faham like you. Sebab tu la nama pun pandangan ‘peribadi’.

Komen Artikel
Tak banyak org Malaysia yg berani guna teknik ni lagi; copy or link ke artikel yg u nak komen and then kasik komen kau2 punya. It can either be positive or negative, bergantung kepada keberanian anda, hehe. Artikel tu pulak can be from professional journalist, local writer or even blogging friends. Kalau nk guna teknik ni, I suggest, you komen on somebody yg boley terima kritikan membina (or yg u rasa boleh menang argumen, uhu). Otherwise you are making more musuh than kawan.

Apa-apa pun, write something that you like. Org boley tahu from the writings.

Mommy Lyna, MySuperKids

Tips berblog gaya Cik Bunny

Tips: Tak ada Idea Nak Tulis Dalam Blog?

Salam 1 blogger

1) Tengok sekeliling / Kejadian yang baru saja korang alami
- Contohnya, kucing peliharaan korang tetiba melahirkan anak. semuanya 3 ekor dan comel2 belaka. Boleh dijadikan cerita nih. Mesti mereka suka especially pompuan. Kalo lelaki buat entri ni, cuba teka brapa ramai pembaca pompuan suka, betul tak ^_^

2) Entri Bergambar / wordless
- Entri bergambar ni hanya tumpukan kepada gambar daripada ayat. Means tak perlu buat entri panjang2. Entri Wordless plak bukan sahaja untuk hari Rabu je, hari2 yang lain pon boleh. Tak kisah wordless saturday ke, funny friday ke yang penting gambar mestilah menarik supaya pembaca suka dengan entri korang.

3) Promosi Kempen Terbaru dari churp2
- setiap kali ada kempen terbaru dari churp2, korang terus promot kempen tu. Kalo stakat letak banner kempen kat blog saja mana cukup. kreatif la sikit bila nak share.

Tak ada idea nak buat ayat? Cam ni jela. Seperti biasa pergi dashboard, klik kongsi then korang copy description kempen bulat2. Jangan risau, Churp2 takkan marah bile korang buat camtu sebab sama juga korang share kempen dengan cara baik. Bile pembaca singgah entri dan klik link, sudah tentu korang dapat reward. korang boleh tengok contoh entri kempen di sini. So, daripada kekeringan idea, jom join churp2.

4) Buat entri penghargaan untuk penaja blogger
- Penaja blogger yang Cik Bunny maksudkan adalah sekiranya korang menang mana2 giveaway atau contest, bile hadiah dah sampai tak kisah korang dapat hadiah kecik mana skalipon, apa salahnya nak buat entri untuk mereka sebagai tanda penghargaan. Yela hadiah dan pos, diorang yang bayar. kesian ma...

Ok, setakat itu saja Cik Bunny kongsikan. Harap tips ni membantu korang bile dah kekeringan idea buat entri =p Nak update paling kurang pon sekali sehari dah cukup. Lastly, terima kasih kerana sudi membaca.

Cik Bunny, Inspirebunny.

Tips cemerlang berblogging Sepet Zack U

Nak Tips Berblogging?

First, tulis dengaan ikhlas. Jadi diri sendiri. jangan la ko baca blog ni, ko rasa dia best. Lalu ko pun nak ikut style dia. Boleh je sebenarnya buat macam tu. Tapi boleh nampak la fake nya. Macam before ni, aku baca blog Hanis Zalikha (kita amik orang yang popular je la eh), cara dia tulis kita tau sweet n nice kan. Bila ko nak tiru dia tapi ko bukan jenis macam tu. Apa akan jadi? Ko sendiri letih nak tulis gaya dia kan. Sebab tu bukan diri ko. Lepas tu pembaca blog pun akan boring sebab sama je gayanya. Baik dia baca Hanis Zalikha punya blog.

Korang sendiri boleh bezakan orang tu tulis ikhlas ke tak. Tapi korang tak payah la nak pening sangat nak cari identiti senditi. Tak ada identiti tak boleh ada blog la? Pelis la, blog aku pun tak de identiti kot. Kemonnnnn laaa... kekeke!

Second, macam mana nak bagi orang suka blog kita? Soalan ni aku tak tau jawab. Sebab lumrah la bukan semua orang suka kita kan. Aku pun bukan suka semua blog. Kadang2 masuk blog someone ni, baca-baca tapi takde perasaan la time baca. Nak suka ke tak nak? Kalau suka aku esok-esok aku baca lagi, kalau tak berapa nak ada perasaan time baca, maknanya lepas tu tak baca dah.

Ketiga, ramai followers? Blog aku sikit je nak banding dengan blogger-blogger femes lain. Kalau blog ko best. Orang akan follow. Kalau blog ko tak best. Orang susah sikit nak follow kecuali kena paksa. Huhu!

Ke empat, nak naikkan bilangan pembaca? Aku happy je walaupun tak ramai mana baca blog aku. Tak kisah la harini masuk 10 orang ke, esok masuk 12 orang ke. Ko kena ada rasa happy masa nak tulis. Dulu masa buat blog. Rasa macam syok sendiri je. Tapi best. Makin kurang orang baca blog ko, makin banyak ko boleh merapu. Ken??

Senang cite, tak payah ikut orang sangat. Dulu aku pernah la komplen kat Ceera, ada sorang reader ni suruh aku cite pasal benda yang bermanfaat sikit. Blog aku kan merapu. Haha! Lepas tu Ceera cakap tak payah. Jangan ikutkan sangat cakap orang. Dia sorang je nak baca benda bermanfaat tu. orang lain tak kisah pun. Buat cara sendiri je. Nak ikutkan sangat cakap orang sampai kesudah la asik kita je tak betul kan.

Ke lima, jadilah orang yang berfikiran positif masa tulis blog. Jangan la psycho sangat. Jangan emosi macam aku. Perempuannnn kan *mata ke atas*...hahaha!

Ke enam, bahasa pun satu masalah jugak, tulis bahasa yang orang senang paham la. Habis dah kau tulis owunk = orang. Tak berbulu hidung nak baca? Kalau anje anje takpe la kan. Sikit-sikit boleh. Bahasa jangan kasar sangat. Kasar kadang2 takpe la. Ini dah kalau satu habis 10 entry semua maki. Something wrong la.

Aku tulis blog bukan sebab nak popular, bukan sebab nak orang kenal pun. Takde la sampai nak masuk media sana sini. Tade jugak sampai nak iklankan blog kat surat khabar. Takde sampai nak ada geng2 blogger ke apa. Takde. Aku lagi suka being alone gittew. Tapi aku tak pernah la rasa lonely sebab aku ada readers yang comelote. Kalau ko rasa nak popular, nak blog ko popular, korang boleh la masuk ruangan paper metro ke, atau masuk majalah mana-mana k. Salah satu benda bagus la kalau nak popular. Yang macam aku ni, kita duduk diam-diam update macam biasa. Hehe!

Ke tujuh. mesti ada minat nak menulis. Kalau tak minat. Tak payah buat blog. Jangan peningkan kepala. Ko baca je la blog orang. Sebab ada orang dia memang banyak idea. nak cakap itu ini, tapi bila nak taip, semua hilang. Ada orang yang macam ni.

Muka tak comel takpe, tak menjadi masalah untuk menjadi blogger. Macam aku, aku tak comel. tapi aku edit supaya mejadi sedikit comel. Kekekeke!

Itu je la. Tips yang aku bagitau ni bukan la untuk jadi blogger popular tau. Tips ni untuk yang blogger poyo macam aku je. Pengalaman aku tulis blog. Ittew sahaja. Okbabaii

p/s : Tak best pun popular. Percayalah cakap aku.

Sepet a.k.a zack_u

Tips cari idea berblog Mujadafewa

CAMNE MUJA CARI IDEA NAK TULIS DALAM BLOG,,??

assalaamualaikum w.b.t. ahlan wasahlan wa marhaban bikum. :D
hye u ollz!!! ni entah entry ke berapa muja untuk hari ni,,muja punya blog,, muja punye suke la NAK TULIS BERAPA KALI PUN,, :D jangan mara haa,,,ok,, start,, muja nak gtau and kongsi ngan korang cmne muja cari idea nak tulis entry,,

sebenarnya ade banyak cara nak tulis blog post ni,,,
kalau korang tau cara n modus operandi nak dapat idea
msti korang dah tak cakap camni
'tak de idea la nak tulis blog. malas r tulis'
'tulis pun bukan ade orang bace. malas r tulis'
'nak tulis ape? tak de yang menarik. malas r tulis'
ni versi muja , 'i'm having writers' mental block. malas r tulis' hehe,,,

STOP GIVING EXCUSES AND TRY THESE!!! no excuse!!!

banyak2kan blogwalking n dapatkan inspirasi daripada yang orang lain tulis.. NO COPYCAT ALLOWED!! korang boleh je tulis topik yang sama tapi melalui sudut pandangan dan pendapat sendiri.. jangan la jadi muka tembok and tak tau malu nak copycat tanpa bagitau dulu tuan punye or tak bagi backlink n paling teruk mengaku je korang yang tulis benda tu,, no no no!! dont do this at home ok!! tak pasal2 dapat dosa kering,, nak???

banyak2kan tengok tv... reader: ape ni muja,, suh tengok tv plak dah,, muja: see the title? ini cara muja ok,, hehe,,, ok,, contoh,, tadi muja muja tengok totally spies,, terus muja tulis pasal cter kartun tu,, dulu muja tengok conan,, pun muja tulis gak,, hehe,, kalau korang rasa kartun ni tak informative,, korang boleh tengok berita,, update and upgrade pengetahuan korang,,, tulis isu semasa,,, baru vogy the vass entry korang!!! :D

ape nak tulis nii????? urghhh!!! nak lagi?? ok,, korang bace la majalah,.. mastika, remaja, cleo, mangga (??),, hehe,, contoh,, semalam muja baca mastika,, muja terjumpe kata-kata hikmat,, then muja tulis kat blog,, kalau boleh kongsi la benda2 yang berfaedah,, (jangan jadi cam muja review pasal totally spies je,, hik3) tapi INGAT!! kena gtau kite dapat sumber dari mana,, JANGAN WAT CAM HARETE MAK BAPAK KITE PLAK,, dah tau dah salin je,, wat cara salin je,, paham murid2 sume??? gooood!!!! :D

MUJADAFEWA


Pengalaman comel blogger newbie

Permulaan Menulis di Blog

Hye semua... Hari ni aku heppy sangat sebab aku dapat menulis di blog..haha. Sebenarnya aku dah lame ade blog, tapi aku jew yang malas nak post pape kat blog aku niyh..

Nak tahu sebab ape ?? sebab pada mula nye, aku menyampah tengok blog aku niyh.. Barai gilerr , da lar buruk.. Memang tak cantik ! Aku pulak tak reti nak edit blog niyh..

So, aku pown mintak tolong lar dekat "sorang kawan" niyh..Sorry, aku taknak lar menti0n name dye. Aku mintak tolong dye editkan.. tapi dye asyik tangguh jew. Dye kate dye malas lar, buzy lar, pening lar, ape larhh..

Hurmmmm, da taknak tolong tuw cakap jew lar.. so, daripada sini aku dapat pengajaran.. Kite tak boleh sentiasa bergantung terhadap orang lain.. Kite kene usaha sendri untuk dapatkan ape yang kite nak ! Tak semua kawan akn menolong kite kalau kite dalam kesusahan..

tapi Alhamdulillah, akhir nye sorang kawan aku niyh pulak, Atikah name nye.. dye yang tolong aku editkan template niy.. hehe, tapi dye pulak  tak taw nak letak lagu kat blog aku niyh.. Jadi, aku pown belajar sendiri letak lagu kat blog aku.. aku cari kat tutorial cara nak letak lagu..

Akhirnya menjadi.. Wahhh ! heppy gilerrr aku.. hahaha . So, niy lar rupa blog aku yang sekarang.. Bagi aku da cntik lar daripada yang dulu.. Aku harap korang pown anggap blog niy cantek..hehe. Aku rase setakat niyh jew lar untuk hari niy sebagai permulaan aku menulis di blog..

InsyaAllah lepas niy kalau aku tak buzy, aku akan post lagi di blog aku niyh..Okeyh, bye2 ! Assalamualaikum

Natasya Afriena

Tips berblog Pojiegraphy

"Cara-cara untuk berBLOG dengan baik dan teratur"

PERTAMA ;
Perkara yang wajib bagi setiap blogger sebelum memulakan sesi berblogging ialah memilih layout, templates dan juga background bagi blog mereka. Blog tanpa sebarang layout ataupun templates? Hmmm, baik tutup saja la blog itu. Kosong sangatlah, at least hias la sikit. letak gambar dekat side bar, letak chat box, letak widgets yang best-best. Takde la pembaca bosan ketika menjalankan sesi membaca mereka ;]
OK, yang paling penting ialah pemilihan gambar background. Disini saya ingin ingatkan, cubalah untuk pilih gambar background yang simple but nice.

KEDUA ;
zaman sekarang ni ramai dah budak-budak blogger mengedit gambar mereka sebagai gambar untuk header blog mereka. So, apa lagi? Korang yang baru-baru ni taknak try untuk design korang punya header sendiri ke? Mahal? perlukan kos? perlu cari agent? Alaa, bukan susah. senang saja. Design la header yang sesimple-simplenya melalui software photoshop or maybe photoscape. Ingat, kalau nak design bagi la simple simple saja ya. Taknak la crowded sangat, nanti pening pulak para pembaca korang. Header blog adalah salah satu perkara yang wajib ada dalam blog setiap blogger. Ini adalah menunjukkan identiti blog mereka tersendiri.

KETIGA ;
pemilihan warna juga adalah sangat penting dan wajib. Tak kira la untuk warna tulisan anda, warna background anda, warna sidebar anda, dan macam-macam lagi. Kalau nak pilih warna tulisan untuk post anda, silalah pilih warna yang bertentangan dengan background anda. Tapi ingat, pilih la warna yang ada sedikit persamaan dengan warna background anda dan juga ada sedikit perbezaan dengan warna background anda. Ini adalah untuk membantu para pembaca untuk mengesan tulisan post anda. Kalau warna sama dengan background, macam mana nak baca post korang?

KEEMPAT ;
Ketika menulis ayat dalam blog, cuba elakkan daripada diri anda untuk menulis perkara yang merepek-merepek secara over dan berulang. Hal ini akan membuatkan pembaca rasa bosan dan menyampah dgn penulisan kita. Selain itu, cuba untuk menulis dengan cara yang betul. E.g dimana letaknya tanda (!), (?), (.), dan lain-lain lagi. Cuba untuk tidak menggunakan simbol simbol atau karakter yang tidak sesuai atau tak ada kaitan.

Kelima ;
Dalam memilih template blog, kita perlu sedar, sesuaikah template yang di pilih itu dengan isi yang ingin kita sampaikan. Sebagai contoh, kita ingin menggunakan blog sebagai platform perniagaan atau business, template yang mungkin sesuai adalah template yang berstail elegant dan magazine. Mungkin sedikit janggal jika menggunakan theme yang gelap. First impression adalah satu aspek yang tidak boleh kita pandang ringan dan abaikan jika ingin menarik lebih ramai lagi visitors.

Begitulah juga dengan template blog yang berkategori personal yang biasanya dipilih berdasarkan minat, bermotif dan berbunga oleh pemilik blog tersebut.

2. Semasa kita melihat preview template yang handak di pilih itu, pastikan semasa proses loading template tersebut, bahagian post akan muncul dahulu dan di ikuti bahagian sidebar. Ini kerana, jika berlaku error pada widget di sidebar semasa proses loading, ia tidak akan mengganggu bahagian post.

3. Jika anda memilih untuk menggunakan template 3 colum, anda di cadangkan supaya menggunakan template yang mempunyai 2 sidebar yang di letak di sebelah kanan secara bersebelahan. Ini kerana, jika berlaku masalah ataupun error dari hosting widget-widget yang telah di pasang pada sidebar, ia tidak akan menggangu proses loading bahagian post.

4. Dari segi warna, putih adalah warna yang terbaik sekali. Putih dilihat lebih mesra dengan visitors. Jika anda ingin menggunakan warna yang gelap ataupun hitam, pastikan font adalah sesuai dan pastikan juga saiz dan jenis font tidak menyukarkan visitors untuk membacanya.

5. Pilih template yang kurang menggunakan image. Walaupun template yang menggunakan image Nampak lebih cantik dan menarik, tetapi ia mempunyai kelemahan dari segi loading. Biasanya image yang digunakan untuk template tersebut berformat png.

6. Pilih template yang kurang menggunakan javascript yang di host dari luar. Ini kerana, ia akan mengganggu proses loading blog kita jika terdapat masalah atau error yang berpunca dari hosting tersebut.

Last sekali,
cubalah untuk meletakkan gambar-gambar bagi setiap cerita anda. Ini akan membuatkan lagi blog anda begitu menarik. Takde la budak-budak bosan tengok huruf je.

Kepada yang baru membuat blog, sedang berjinak-jinak untuk berblogging? Semoga berjaya! Pasti boleh. Aku harap apa yang aku sampaikan kali ini ada serba sedikit membantu korang untuk menjadi blogger. Seorang blogger yang berjaya pada suatu hari nanti. ;]

Pojiegraphy

Berblog Mengikut Cara Sendiri

Berblog Mengikut Cara Sendiri

Sebagai seorang blogger, ada kemungkinan kita akan surf ‘Mr Google’ untuk mencari tips-tips yang sesuai untuk memperbaiki hasil penulisan blog kita. Ada di antara kita yang akan cuba sedaya upaya untuk mengikuti segala tips yang diberikan.

Tapi apa yang aku perhatikan, tips-tips yang diberikan, sebenarnya hanya mampu kita jadikan panduan dan tidak boleh dituruti 100 %. Kenapa?

Aku cuba ambil contoh tips-tips yang diberikan:
- Masa mengupdate perlu konsisten setiap hari.
- Blog perlu diupdate sekerap mungkin.
- Setiap entri perlu ada pengisian yang penting.
- Pastikan blog diupdate setiap hari.
- Perlu kekalkan pada satu topik yang khusus di setiap entri.

Di atas ni cuma sebahagian antara ratusan malah ribuan tips yang ada. Mampukah kita mengikuti setiap satu antaranya? Sehari dua?..mungkin. Semingu dua?..juga ada kemungkinannya. Tetapi lepastu?

Bukan mudah kalau setiap hari kita nak update pada masa yang sama. Malah lebih sukar untuk memastikan setiap entri yang dihasilkan itu ada pengisian penting, kerana ada kalanya kita menulis entri hanya sekadar ingin berkongsi apa yang kita lalui dan rasai.

Jadi apa yang dapat aku simpulkan di sini ialah, “tips tu hanya sebagai panduan dan selebihnya adalah terpulang kepada kita untuk mencorakkan sendiri blog kita.

Happy Blogging You All

puterikasih.com

Tips berblog dari Faiz Tapit

Tips Berblog Faiz Tapit

Aku tengok makin ramai manusia yang dah ada blog kat dunia yang sementara ni... Tapi, aku nak pesan sikit kat sape-sape yang baru buat blog tu... Pertama sekali, tanamkan dalam kepala otak, dalam rektum kau orang semua, jangan sibuk sangat terkejar-kejar follower tu... Sabo, bawak bersabo... 

Kedua, kalau kau orang buat blog memang untuk orang lain baca, buatlah entri yang memang untuk orang lain baca... Entri pasal apa, ikut suka punggung anda lah...  Tapi, jangan nak update entri sampai berjuta-juta sehari tapi langsung takde kualiti... Kualiti tu jauh lagi penting dari kuantiti... 

Ketiga, kalau rasa entri orang tu best, jangan nak tiru pulak... Ini sangat penting bagi mengelakkan anda di maki hamun dan dicerca sampai mati... Lebih baik entri tu langsung takde orang nak baca daripada entri ciplak orang lain punya... Takpun, kalau rasa nak tiru jugak sangat-sangat, bagi kredit ke tuan blog tu... Bukannya susah pun... 

Keempat, jangan tulis blog macam pemberita yang baru nak mula praktikal... Boring, sumpah boring!

Kelima, jangan nak jadi kaki bodek, kaki kipas, kaki pengampu dengan blogger lain... Serius annoying... Yang penting, usaha sendiri... Jangan nak harapkan orang lain je... 

Selamat berbelog

Faiz Tapit

Tips nak followers ramai Mysara Newrie

Nak Followers Ramai? Ini Caranya! :D

Sebenarnya, bukan senang nak kasi followers ramai tauu? Macam aku ni hahh ~ Aku just update entry aku, blogwalking dan komen-komen mana-mana entry yang aku rasa aku rasa nak komen. Jujurlah aku cakap, aku sangat-sangat tak kisah pun berapa ramai followers aku
Sebab tujuan aku berblog adalah untuk berkongsi cerita, bagitahu apa yang aku rasa dalam hati aku yang tak ada orang tahu. Tu je ~ Tak ada ehh nak kejar berapa followers aku.

Tapi sampailah satu tahap tue, aku macam terkejut jugak sebab followers aku macam menaik secara mendadak especially masa lepas aku habis SPM 2 tahun lepas.

Masa tu memang aku macam agak terkejut lah jugak tengok followers aku yang makin hari bertambah sampailah ke angka sekarang. Bukan aku nak berlagak tapi aku rasa macam "Tak sangka ada jugak orang yang sanggup follow blog aku dan baca cerita-cerita aku" Gituuuuuuuuu ~ ;)

Kepada bloggers di luar sana, bilangan followers tak penting. Yang penting adalah kualiti cerita yang kita buat tue. Macam mana setiap entry yang kita buat tu akan menarik perhatian orang untuk terus datang dan follow blog kita. Kadang-kadang aku sendiri hairan, ramai duk cakap "Best lah blog kau Mai" Aku macam tertanya-tanya sendiri, "Amenda lah yang bestnya nie? Heran aku" -.- 

Ye aku tahu bukan senang nak buat semua tue. Tapi yang penting, masa berblog tu, biar ikhlas dari hati. Kau keluarkan apa yang kau rasa, tuliskan apa yang terlintas dalam otak fikiran aku. Berblog biar dari hati, baru betul :)

Ni kalau niat tu dah terpesong, macam mana orang nak tertarik baca kan? Entah lah ~ Jujurlah aku cakap ehh? Aku sangat-sangat cerewet dalam follow blog orang nie sebab aku bukannya ada masa 24 jam untuk baca semua blog yang aku follow. So sebab tu kalau tengokkan kepada blog yang aku follow, alahai ~ beberapa kerat je.

Kalau korang nak mintak tips macamana nak tingkatkan followers, aku rasa korang boleh je search kat Google sebab aku yakin ada dah blogger lain yang dah kasi tips-tips nie. Tapi dengan aku ~ Haaaaaaaaaaaa ~ Aku nak kasi korang tips yang wa auuuuuwwwwwwww wa auuuwwwwwwwww dekat korang. HAHA :D

Tipsnya adalah ~ ping lah entry korang dekat group blogger di FB ni hahh ~ Selain dari ping, korang boleh lah nak blogwalking dan berkawan dengan blogger baru kat sana :) Hehe :)

Group blogger di FB :)

Blogger Sana Sini
Blogging Group
Kami Si Blogger (Official) KSB
Kelab Blogger
Suka Hati Je Buat Blog!
Blogger Area (Ini tempat KITA semua yang punya)
Blogger Tercinta
Diari Sahabat Blogger
Ex-Tream Blogger
Mari Berblogger (fan Malaysia)
Cute & Top Blogger
Komuniti Gila Blog
Mr & Mrs Blogger
Blogger Boy Blogger Girl
Buddies of Twitter & Blogger
Blog Kita-Kita Je!
Kaki Blogger
Girls Blogger
Blogger Otai
Geng Blogger Besut
Suarapeople Dot Com
HotSpot Blogger
Kami Bloggers Comel
Port Blogger
Sahabat Blogger

Fuhhhhhhhhhhhhh ~ Banyak giler list group blogger! HAHA :D Yeahh ~ Korang boleh lah request untuk masuk group dorang semua ni dan bolehlah start share blog korang kat situ and berkenalan dengan bloggers baru kat sana :)

Mysara Newrie

Tips berblog dari dangobunny.com

9 Tips Berblogging berdasarkan pengalaman dangobunny.com

1. Link blog yang mudah diingat dan nama blog yang ‘Catchy’
Ini penting sebab kadang-kadang kita terlalu taksub nak jadikan link blog kita ni unik, kita lupa yang kalau dah sampai berbelit-belit lidah orang nak menyebutnya, mungkin orang akan lupa terus pasal blog kita.

Jadi untuk link blog, make it short, sweet and simple gitu. Orang senang ingat, Google senang nak kenal pasti blog korang, insyallah blog korang boleh maju.

2. Theme/Templates blog perlu kemas dan letak perkara-perkara penting di atas page
I masa mula-mula blogging dulu, template Blogger I bukan main comel. Ada awan, ada kartun-kartun kawaii, ada gambar berderet-deret dekat tepi sidebar, tapi bila dah lama-lam blogging ni, baru I perasan, bila I bukak blog lain yang ada susun atur templates yang macam I, rasa macam berserabut.

3. Laburkan sedikit wang untuk blog korang
Bagi korang yang ingin berblogging secara serious ataupun mahu blog mereka lebih mudah diingat, belilah .com ataupun domain khas untuk blog korang, tak mahal pun, korang boleh survey kat merata website yang tawarkan perkhidmatan ni, senang tau. Nanti blog korang lebih mudah diingat, sebab link korang yang sebelum ni adalah zabedahinginmenawarkannasihat.blogspot.com sudah menjadi zabedahinginmenawarkannasihat.com sahaja (ok, maaf kepada sesiapa yang bernama Zabedah, ini contoh sahaja).

4. Blog tu memang blog anda, tapi hormat kepercayaan ataupun pendapat orang lain

Bila berblogging confirm banyak cabaran, ada orang akan suka korang, ada orang akan benci korang, dan ada orang akan suka-suka menilai korang berdasarkan blog korang, itu lumrah. Korang ada dua pilihan, sama ada nak biarkan je orang hentam dan kutuk blog korang, ataupun lawan balik. Bagi I, it depends. Kalau orang tu komen ayat mencarut-carut, I tahu dia budak tak sekolah, jadi I tak nak buang masa membalas komen dia.

5. Blog perlulah unik
Ini mungkin yang paling susah, sebab mesti korang fikir, nak unik macamane, dah ada berapa ribu blog kat Malaysia ni? Bagi I la, setiap manusia diciptakan unik dan berbeza oleh Allah S.W.T,  jadi gunakan keunikan diri korang tu untuk menonjol dalam blog. Kira jadi diri sendiri bila berblogging, it’s that simple.

6. Hargai pembaca korang
Macam I, hidup sebagai student, I takde masa yang banyak untuk dihabiskan di blog I ni. Sebab I jenis yang tulis blog lebih kurang sejam sehingga 2 jam, termasuk nak upload gambar, nak letak watermark pada gambar, semua tu ambil masa 2 jam. Jadi I takde masa untuk balas kesemua komen di blog I ni, tapi I hargai setiap satu komen korang, setiap kali ada komen, akan ada email yang di sent ke iphone I untuk setiap satu komen korang, jadi I akan baca komen-komen tu semua.

7. Protect gambar korang
Watermark semua pictures-pictures di blog korang, sebab entah bila-bila masa je gambar tu boleh dicuri orang untuk dijadikan bahan blog mereka ataupun dijadikan picture-picture mereka di Facebook, jadi ambil la langkah berjaga-jaga sebelum terkena, ni bukan perkara baru jadi I tak perlu nak explain panjang lebar, hehe.

8. Jangan berblogging ikut syok diri sendiri
Ingat, blog benda yang orang nak baca di blog korang dan bagi pendapat korang dalam isu-isu yang korang blog kan, tak kisahlah orang hentam ke apa, tu pendapat korang kan. Tapi yang paling penting, blog perkara yang korang minat dan suka, buat apa bikin blog kalau semata-mata nak puaskan kehendak orang je, betul tak?

9. Biar berkualiti, jangan kuantiti
I rasa personally, lebih baik seseorang blogger tu hasilkan  3-4 seminggu entry seminggu, tapi entry nya berkualiti. Kalau ada blogger yang mampu hasilkan entry tiap-tiap hari dan semua entry nya itu berkualiti, kudos to you. I have nothing against you people.

Dari korang update semata-mata sebab korang ‘perlu update’, orang pun dapat rasa yang korang tak bagi 100% input dalam entry tu. Tapi bagi yang nak jugak update hari-hari tapi tak fikir pasal kualiti pun, tu terpulanglah, pendapat masing-masing, Di sini, ini pendapat I untuk pembaca kesayangan I.

Dangobunny.com

11.1.14

Lelaki suka perempuan macam ni

1. Lelaki suka wanita yang berterus-terang.

Siapa yang tidak suka pada orang yang suka berterus-terang bukan? Begitu juga dengan lelaki, mereka lebih tertarik kepada wanita yang tidak berpura-pura dan berterus-terang. Jadi kaum wanita di luar sana, janganlah menunjukkan sikap hipokrit anda kerana lama-kelamaan tembelang anda akan pecah juga.

2. Pandai membawa diri.

Lelaki yang matang mudah tertarik kepada wanita yang tahu dan pandai menjaga diri dan membuatkan dirinya dihormati sebagai seorang wanita. Jarang ada lelaki yang mahu mengambil kesempatan ke atas wanita yang pandai menjaga harga diri. Ini kerana dari segi itulah terserlahnya kematang wanita tersebut.

3. Penampilan yang sederhana.

Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.

4. Penyayang, manja dan romantik.

Lelaki mudah tertawan dengan wanita penyayang kerana dari situ mereka boleh tahu sifat keibuan wanita itu. Manja bukan bermakna gedik atau mengada-ngada. Manja dan romantik yang dimaksudkan ialah sifat semula jadi wanita yang sedia ada dalam dirinya. Jadi wanita diluar sana, janganlah anda berpura-pura untuk menjadi manja kerana ianya mungkin membuat si lelaki rimas.

5. Penghibur dan sentiasa riang.

Lelaki mudah tertarik dengan gurauan wanita kerana bagi mereka, gurauan wanita bagaikan ubat bagi menghilangkan stress di tempat kerja. Senyuman dan ketawa riang wanita yang sopan dapat membuatkan hati si lelaki tenang dan gembira.

6. Berdikari

Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.

7. Pandai mengambil hati orang tua

Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

8. Belajarlah memasak

Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.

9. Prihatin terhadap mereka

Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.

10. Berpendidikan.

Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. Paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.

FB Lelaki vs. Perempuan

Ciri ciri lelaki kasanova puihh

1. Pada awal perkenalan, dialah lelaki yang paling tulus mulus, apa sahaja yang kamu inginkan akan dipenuhi, walaupun kamu tidak pernah meminta darinya.

2. Beperwatakan kemas, bergaya macam sentiasa berduit, hakikatnya poket kosong, kalau ada duit pun, hanya modal permulaan untuk mengushar.

3. Lelaki kasaanova xpatuh pada janji, cara nya mudah, jika ada dating, perhatikan siapa yang akan sampai dulu.

4. Kalau dah kantoi kesilapannya or kecurangan, dia akan ada 1001 alasan untuk diberikan dan alasan yang paling sering di berikan ialah menyalahkan orang lain atau menyatakan manusia xlepas dari buat salah.. hahaha

5. mementingkan kekemasan diri dan barang dipakai, walupun barangnya ciplak dan x ori. namun jenama itu yang akan mengaburi mata si mangsa kasanova itu.

6. Baru kenal xsampai seminggu dia dh lebih, menyentuh tempat-tempat sensitif kerana sengaja ingin mengajak anda ke arah lebih jauh..

7. sebulan dua bulan dia dah pandai meminjam duit, alasan yang diberi sangat-sangat konkrit.. mangsa pasti tidak mampu menolak alasan itu. ditambah dgn rasa syg yang mula memutik..

8. Lelaki kasanova selalunya mempunyai wajah tampan. comel-comel, jambu-jaambu dan jiwang-jiwang.. mangsa selalu akn tertipu dgn paras rupa itu..ditambah mereka yang sudah sedia hensem ditacap dengan penampilan bergaya..

9. Jarang bercerita tentang keluarganya, kadangkala pekerjaannya akan ditipu tempat tinggal dia pun dia akan tipu..so hati-hati kepada gadis-gadis.

Blog Sehinggit.

Jom program minda 7 saat sebelum tidur

“Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati:

Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.

Menurut kajian psychology, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya."- Dato Dr Fadzilah Khamsah.

Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama.

Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif.

Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan. 

Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Jom ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.

Blog Sehinggit.

17 Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

Kekalkan wuduk.

Bersedekah.

Belanja orang makan.

Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

Berkawan dengan ulama.

Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

Pesan pada orang, jadi baik.

Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Sumber dari Blog Sehinggit.