11.2.14

Mommy aku

Assalamualaikum everybodeh.

Kali ni aku nak cerita pasal mommy aku. Mommy aku berusia dalam lingkungan 45. Aku panggil dia ummi. Mommy aku orangnya sangat sederhana. Beliau tak hebat mana. Beliau bukan boss, beliau bukan pensyarah. Beliau bukan doktor. Tapi hanyalah seorang guru.

Mommy aku sekarang ni kesihatannya dah kurang baik. Mommy aku ni dah mengandung dan bersalin dah 10 orang anak dah. Tapi yang diizin Allah anak anaknya yang hidup atas dunia ni hanya 6 orang. Maksudnya, lagi 4 orang kandungannya itu keguguran.

Mommy aku kalau berjalan slow je sekarang. Hari tu mommy aku jatuh katil. Terus sakit sehingga ke hari ni. Doktor cakap ada pendarahan pada mommy aku. Mungkin ambil 3 bulan baru baik. Aku jadi kesian kat mommy aku. Walaupun dia tak sehebat mana, tapi dia tetap mommy aku yang terbaik yang tak dapat aku cari penggantinya.

Mommy akulah satu satunya orang yang menyayangi aku tanpa syarat. Daddy aku pun sayang kat aku jugak tapi daddy aku sihat lagi so aku tak risau sangat kat daddy aku.

Motif aku cerita pasal mommy aku kali ni adalah sebab aku nak nasihat kat adik adik luar sana, sayangilah ibu adik adik sebab syurga adik adik terletak di bawah tapak kaki ibu adik adik. Bukan kat sedara mara adik. Bukan kat atuk nenek adik. Bukan kat kawan kawan adik. Bukan jugak kat boifren adik adik. Ok.

To my dear mommy, i love u so much. Next time aku cerita pasal aunty aku. Salam.


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.