23.12.13

Merlin

Cerita merlin byk jgk ditayang kat astro diva universal. Tapi aku kurang minat cerita merlin ni. Macam bosan je. Korang suke ek. Sorry. Tambahan lagi bg aku heroin dia tak lawa. Org kulit hitam. Ada je pmpn kulit hitam yg lawa. Knp x blh pilih yg comel sikit. Tapi nak buat camane dah ni je yg ada, bersyukurlah. Layan je lah. Asal boleh meng'improve'kan bi. Ada sorang ni cun. Morgana. Tp jht pulak dh.

Meh aku nak citer lebih sikit. Cerita Merlin ni tentang "The adventures of the legendary sorcerer as a young man." Cerita ni dilakonkan sejak tahun 2008 hingga 2012. Lama dah oi. Ianya merupakan tv series. Duration dia 45 minit. Genre dia adventure, drama, dan family2. Drpd 10 bintang, orang ramai bg 7.7 bintang je. Mmg kureng best pun.

Antara barisan pelakon dia ni:
John Hurt ... The Dragon
Colin Morgan ... Merlin
Bradley James ... Arthur
Richard Wilson ... Gaius
Angel Coulby ... Gwen
Katie McGrath ... Morgana
Anthony Head ... Uther Pendragon
Rupert Young ... Sir Leon
Eoin Macken ... Sir Gwaine

Storyline dia:
"Young Merlin is a teenager, discovering and then learning to master his magical gift. Magister Gaius, King Uther Pendragon's learned court physician to whom he's assigned as humble page, teaches him medicine, coaches his magical self-study, and warns him of Uther's strong aversion to magic. Merlin becomes squire to the noble but imprudent crown prince, Arthur, whose fate is linked with Merlin."

Antara kata kunci dalam citer ni ialah anak raja, raja, magik, camelot, dan Merlin si ahli sihir. Tagline dia "anda tak boleh terlepas drpd takdir."

Cerita merlin ni penggambaran dia dibuat di UK. Antara lokasi penggambaran dia, Château de Pierrefonds, Pierrefonds, Oise, France dan lain lain lagi lah kot. Haha.

IMDB.

Astro oasis pun best

Astro oasis pun best jgk. Byk rancangan agama. 

Sekarang aku tgh tgok rancangan anta tanya ana jawab. Best. Lawak.

Selalunya aku tengok rancangan 3 ustazah.

Person Of Interest

POI

Aku layan je cerita kat tv2 ni. Person of interest. Dia cerita pasal penyiasatan2 camtu lah. Aku minat citer camni. 

Mamat hero ni wpun dah tua tapi tetap hensem. Agaknye sebab aku minat lelaki series dan misteri camtu kot. 

Japgi nak google sedikit pasal citer POI ni.

Tapi die cam gay je. Sbb smart semacam. Mcm model pun ada.

Resepi mac and cheese ala secret recipe

Resepi mac and cheese versi my auntie.

Bahan bahannya:
1. Makaroni satu pek kecil kimball.
2. Cream dalam kotak 250ml.
3. Udang besar segenggam/ sukahati.
4. Susu cair 750ml.
5. Butter/ marjerin.
6. Cendawan butang setin.
7. Tepung gandum 2 sudu besar.
8. Black pepper.
9. Telur 2 biji.
10. Keju mozarella/ cheddar.
11. Garam sesudu.

Cara caranya:
1. Ambil periuk isi air, bubuh sesudu besar butter/ marjerin, masukkan garam secukup rasa, didihkan air.
2. Bila dah mendidih masukkan makaroni.
3. Bila makaroni dah kembang, gaul dan toskan.

4. Kupas dan bersihkan udang. Potong 3 jika mahu.
5. Potong cendawan butang 4 bahagian.

6. Untuk sos: Guna blender bersih tanpa bau cili atau bawang. Masukkan krim, susu cair, telur 2 biji, tepung gandum, dengan butter/ marjerin 2 sudu. Blend.

7. Panaskan oven.
8. Sediakan kuali, masukkan butter sesudu, cairkan.
9. Masukkan udang dan cendawan tadi.
10. Kacau sampai udang jadi warna pink.
11. Masukkan makaroni.
12. Tambah garam dan pepper secukup rasa.
13. Pindahkan masuk dalam loyang.

14. Campur bahan sos tadi didihkan atas kuali, kawal api, make sure jangan hangit.
15. Bila dah mendidih, tuang dalam loyang.
16. Gaul bagi kuah meresap turun ke dasar loyang.
17. Tabur mozarella, make sure sama rata.
18. Masukkan dalam oven. Bila kuning dan likat, tanda dah masak.

Test JPJ bukit

Step ujian JPJ dekat bukit Metro driving academy puchong:
1. Tekan klac maximum, masuk gear 1.
2. Turunkan handbrake.
3. Tekan minyak perlahan.
4. Naik bukit.
5. Kaki kiri tekan klac maximum, kaki kanan tekan brek.
6. Free gear.
7. Tarik handbrake- pastikan habis jgn sampai terundur.
8. Waktu test, hon dan angkat tangan.
9. Tekan klac maximum, tukar gear satu.
10. Tekan minyak sampai 3- imbang klac dan minyak jgn lepas mendadak takut mati enjin.
11. Tekan minyak 3, klac lps perlahan.
12. Bila kereta rasa bergetar, turunkan handbrake, jalan.

*Mati enjin dekat ujian bukit ni, gagal.

Test JPJ parking

Step ujian JPJ dekat parking metro driving academy puchong:
1. Tekan klac maksimum, masuk gear reverse.
2. Reverse tayar belakang sampai cecah besi no 2.
3. Pusing stereng ke kiri habis.
4. Reverse perlahan sampai nampak bucu.
5. Pusing stereng ke kanan habis, reverse sampai garisan coklat.
6. Tukar gear 1, maju ke hadapan sedikit- main antara klac dengan brek.
7. Bila kereta dah lurus, hon pd JPJ.
8. Tukar gear reverse, undur sampai garisan coklat.
9. Pusing stereng kanan habis, tukar gear satu, gerak ke hadapan sampai nampak bucu.
10. Pusing stereng ke kiri habis, gerak. 
11. Balas stereng ke kanan 2 kali untuk luruskan kereta, keluar ke tapak ujian 3 penjuru.

Test JPJ 3 Penjuru

Step ujian JPJ dekat 3 penjuru di metro driving academy puchong:
1. Pastikan divider selari dengan bahu. 
2. Stereng pusing kanan habis.
3. Main klac dengan brek- JGN tekan minyak.
4. Dah masuk lorong, balas stereng 2 kali belah kiri- kena cepat.
5. Bila bahu dah selari dengan tiang, balas stereng ke kanan sampai kereta lurus, dalam gear 1- kena cepat.
6. Bila dah dalam petak, tukar gear reverse.
7. Pusing stereng ke kiri habis.
8. Reverse dengan perlahan, sampai masuk petak belakang.
9. Balas stereng sebelah kanan 2 kali untuk luruskan kereta, keluar.

Test JPJ On the road

Tips dan step ujian JPJ on the road dekat metro driving academy:
1. Check seat, pakai tali pinggang keledar, check side mirror kiri kanan, lampu signal kanan kiri, wiper, lampu kecemasan, dan cermin atas.
2. Tanya JPJ dah boleh jalan ke belum.
3. Start nak jalan, bagi signal kanan.
4. Dalam litar hanya boleh guna gear satu sahaja.
5. Sebelum keluar metro driving, bagi signal ke kiri. Mesti tengok side mirror kanan dan cermin atas.
6. Jalan. -Sekiranya nak ke kiri atau ke kanan, beri signal.
7. Kalau mati enjin, gagal terus.
8. Tukar gear bila bila. Ikut kesesuaian.
9. Di selekoh, jgn tukar gear. Kalau buat juga, gagal ujian.
10. Kalau ada kereta lain, jangan potong, follow sahaja.
11. Kalau nak tukar gear, mesti tekan klac maksimum.

Test motor JPJ

Langkah langkah sebelum memulakan ujian 3 motorsikal JPJ:
1. Topi/ klip.
2. Cermin sisi.
3. Lampu depan/ belakang.
4. Lampu brek kaki/tangan.
5. Signal kanan depan belakang, kiri depan belakang.
6. Gerak olah tangan kanan kiri.
7. Toleh ke kanan, pandang belakang.

NCIS Los Angeles

Tadi aku tengok ncis

Tadi aku tengok ncis los angeles. Takdela best sgt pun. Die citer psl muslim terrorist. Dh ini je citer bi yg ditayang kat tibi. Lyn jw la. Klu ade citer lain mmg aku lyn citer lain dah.  

Dalam citer tu ada 2 org tua yg kurang cun and kurang hensem haha. Hetty ngn sape tah sorg lg org tua.

Aku minat tengok kensi tu. Body lawa. Mata dia pun unik. Ada taik lalat kat mata putih dia.

Partner die nama deeks. Sudahla comot, serabut plk tu. Hoho.

Criminal Minds

Aku tengah tonton cerita criminal minds. Cerita ni best. Dia cerita pasal FBI punya penyiasatan. Dah nama pun criminal minds kan, jadi dia kupas macam mana penjenayah berfikir la. Ape modus operandi penjenayah tu. Cerita ni agak serius and thrilling.

Ada sorang prof ni muda tapi genius la kot. Rambut die lawak. Mcm albert einstein  la konon2. Nama dia dr reid spencer.

Wanita idaman mr korn

WANITA IDAMAN YANG MENJADI PILIHAN

Hype...Kali ni entry aku agak poyo.. Siyess..!! kerana apa..? Kerana aku nak story sikit pesal wanita yang aku impikan berdasarkan keadaan sekeliling.. Keadaan sekeliling yang aku maksudkan adalah dari segi pembacaan dan pengaruh media elektronik.. Okei, dah ready.. Jom kita mulakan..

Bulan lepas aku ade membaca sebuah novel.. Untuk pengetahuan, novel ni adalah novel kedua aku bace selain novel yang aku baca kat sekolah dulu.. Aku ni bukan kaki baca novel.. Tapi akibat dari desakan kebosanan yang teramat sangat masa kat rumah kakak aku hari tu, aku capai la novel yang ada atas meja tu dan terus baca... Pada mula nya nak baca sikit2 je, Skali pendahuluan cerita tu pun dah menarik.  "Kak, pinjam novel ni.. Nanti Amat pulangkan balik..!!" Mesti kamu tertanya2 Novel apakah..? Tajuk nya ialah "Cinta Kontrak" yang di tulis Nurul Ain Syuhada..

Simple nya cerita ni mengisahkan gadis kampung yang agak brutal berhijrah ke pekan, dan telah berjumpa dengan seorang lelaki yang agak hensem macam aku ala2 kacukan anak omputeh yang ego, boleh jatuh cinta akhirnya.. Fuhh.. tarik nafas sekejap... Tapi macam mane boleh jatuh cinta kalau ego berada di kedua2 belah pihak?.. Okei.. Bacalah sniri nanti..

Kemudian, sejak aku duduk rumah sewa baru ni, membe serumah aku tu kushuk betul layan lappy die.. And one day, aku terlihat die tgh layan cerita Vanilla Coklat.. Alaa cter yang best tu pesal Zara dan Amir Ashraf tu, Mase ni aku tak tengok lagi cerita ni.. Jadi aku pun layan lah skali dengan mereka.. Ooo.. rupa nya mereka di paksa kedua2 ibubapa untuk berkahwin tanpa perasaan cinta dan akhirnya, boleh jatuh cinta... Cisss.. aku tau kamu semua dah tengok cter ni.. Okei, aku ketinggalan...!!

Berdasarkan kedua2 cerita ni, aku tengok macam ade persamaan karakter kedua2 perempuan ni.. perempuan yang agak lasak, sombong gitu, boleh cair dengan laki tanpa perasaan cinta pada mula nya... Yang lelaki pulak ego tak bertempat, pun sama jatuh cinta.. Dan part paling best, bila si lelaki ni meluah kan perasaan pada perempuan ni.. See.. pengaruh media massa terhadap pemikiran aku agak tinggi di sini..

Then, mulalah aku membayang kan seolah2 aku berada di tempat karakter lelaki tersebut.. Macam best jer.. Best pe meminati pada orang yang agak sukar untuk di takel.. Baru lah ade cabaran untuk dapatkan wanita tersebut... Lagi sombong perempuan tu, lagi best adegan berikut nya... Hati wanita ni sebenarnya lembut, walopon nampak dari luar keras macam batu.. Sedangkan belakang parang jika di asah lagikan tajam, inikan pulak hati seorang wanita...

Tapi, cuba bayangkan satu hari nanti, bila perempuan tu menerima kita dengan seadanya.. fuhh.. Mesti romantik gila time nih.. Aku macam dapat bayangkan jer situasi masa ni.. Macam mana aku bayangkan..? Yess, pengaruh novel + media elektronik.. Hahaha...
                                                                    ******
Okei sebenarnya ade gak la dari dulu aku macam impikan gak seorang wanita yang agak lasak + banyak cakap untuk jadi 'kawan' aku.. Kerana apa, baru la matching dengan aku yang agak kurang bercakap ni.. Kalau aku kurang bercakap, dapat lak 'kawan' yang kurang bercakap, so kalau date atau dah kawen nanti, tak kan dua2 diam jer kan..? *imaginasi aku..

Okei lah, ini cuma sedikit personaliti wanita yang aku inginkan.. Bukan aku nak story pesal ciri2 wanita idaman pun..Cukup lah entry sampai sini.. Macam dah terpanjang pulak..

~KORN~

elyna mirsada-hehe..bgus tu xkn nk sma2 diam kn =)

putryteya-haaa , baru la padan laki berusaha kat pompuan ! Ramai gak laki minat kat pompuan cam tu . berdasrkan interbiu aku . :D

cendol-kalau dua2 diam couple bisu la agaknye haha
diam2 ibu berisi,diam2 org bisu :p

ஜ miss klanika ஜ-true,pompuan yg sukar ditekel tu la baru memberi feel yg lg nak kita dekati kn. kaum hawa pn nk lelaki yg cenggitu. bukannya sweetalker memanjang ~ huehue

kaishin-lagi jual mahal lagi semangat nak tackle hehehe.

Ciri-ciri yang menjadi penarik perhatian para jejaka

Wanita idaman

Assalamualaikum.

Antara ciri-ciri yang menjadi penarik perhatian para jejaka adalah:

1. Cara bagaimana para wanita ini berpakaian. cara berpakaian itu jelas menunjukkan perwatakkan seseorang wanita itu macam mana. kalau seorang wanita itu berpakaian seperti rugged,sudah tentu perwatakkannya yang brutal dan selamba kan?jadi cara berpakaian juga boleh membuatkan seseorang jejaka itu tergila gilakan seorang wanita jika gayanya itu kena dengan cara dan dirinya sebab tak semua orang boleh bergaya seperti cara kita kan?

Melalui pemakaian,sekarang ni macam-macam fashion ada.dan terpulang pada individu itu sendiri untuk memilih fashion yang macam mana kan?bagi seorang jejaka,bertudung menutup aurat itu salah satu daya penarik kerana bagi seorang jejaka,bertudung itu sangat manis untuk dilihat.dan kalau silap hari bulan,ada jejaka yang sanggup duduk berjam-jam duduk melihat muka wanita itu je jika kena dengan cara gayanya.bukanlah nak kata tak bertudung itu tidak cantik dan sebagainya kerana kita sebagai orang Islam perlulah mengikut cara berpakaian melalui Islam kan?

2. Seterusnya kelakuan dan adab. ramai jejaka yang inginkan wanita yang menjadi peneman seumur hidup mereka lemah lembut, pandai mengambil hati, memahami dan bertolak ansur dalam pelbagai perkara yang penting. bukan bermaksud aku tekankan pada perempuan, lelaki pon perlu macam tu jugak.susahlah kalau sorang je yang bertolak ansur,ye tak?kadang kala jejaka tidak memandang rupa paras.jejaka memandang pada sifat dan kelakuan seseorang wanita itu kerana bagi seorang jejaka,tidak guna jika hanya pandai berhias dan cantik rupa paras tapi yang lain,semua kosong.aku bagitahu ini bukan suruh bertungkus lumus buat semuanya kalau tidak tahu.perlahan lahan belajar itu lebih baik daripada gelojoh nanti apa pon tak dapat kan?

3. Selain itu,menghormati kedua ibubapa juga merupakan salah satu aspek yang perlu ada pada seorang wanita itu untuk menjadi wanita idaman seorang jejaka.yelah mana ade orang sanggup kahwin dengan orang yang tak tahu menghormati ibubapa kita kan?sanggup ke kita nak kahwin dengan orang yang biadap dan kurang ajar dengan ibubapa kita yang membesarkan kita dengan penuh kasih sayang?setiap hari hati ibubapa kita terluka dan menitiskan air mata kerana orang yang kita kahwin?nak?mesti tak nak kan?mesti kita nak kahwin dengan orang yang menghormati ibubapa kita kerana kita tahu kita dan pasangan kita mampu untuk menjaga mereka di hari tua mereka nanti kan?

4. Agama.itu sudah tentu.keagamaan itu sangat penting.dengan agama baroo kita boleh menilai sesuatu itu dengan baik,buruk,halal,haram dan sebagainya.tanpa agama,maka kosonglah hidup kita sebagai seorang hamba Allah itu.terdapat 3 ciri yang digariskan dalam Islam ketika memilih calon wanita untuk dijadikan sebagai isteri iaitu yang pertama sekali dah dinyatakan,Agamanya.keduanya keturunannya dan yang ketiganya ialah hartanya.jadi amat jelas bahawa Agama juga penting dalam menjadi seorang wanita idaman seorang jejaka.

5. Jejaka juga boleh jadi gila dengan sifat pemalu seorang wanita.sifat pemalu seorang wanita itu adalah lambang harga diri yang tertinggi.umpama sebuah epal yang terletak ditempat yang tertinggi disebatang pokok.kenapa?kerana dengan adanya sifat pemalu ini,seorang jejaka percaya,wanita itu pandai menjaga dirinya dengan tidak memberikan orang yang bukan bergelar suami dan orang bukan muhrimnya untuk menyentuh dirinya.seorang jejaka sangat suka pada wanita yang pandai menjaga dirinya kerana itu adalah salah satu daya penarik.korang mesti pernah dengar kan? seorang lelaki lebih suka perempuan yang menjual mahal?lagi mahal,lagilah lelaki itu suka kerana ape?kerana lelaki itu tahu nilai seorang wanita itu terlalu tinggi nilainya dan sanggup buat apa sahaja kerana itu.

Harap harap ilmu yang aku kongsikan ini sangat memanfaatkan diri korang.insya~Allah. Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.

Ai-Sis

7 wanita gengster paling brutal di dunia

7 Gangster wanita yang paling brutal di dunia

Wanita selalu dikaitkan dengan sifat lemah lembut, sopan dan keibuan. Tiada yang lebih indah didunia ini melainkan wanita dan mereka selalu dianggap makhluk yang lemah dan memerlukan perlindungan lelaki.

Yang akan anda lihat di bawah adalah sebaliknya, mereka wanita-wanita yang menjadi pemimpin dalam dunia Gangster. Mereka yang menyatakan bahawa dunia penjenayah adalah permainan para lelaki adalah telah silap setelah melihat profil wanita wanita ini. Persepsi anda terhadap wanita mungkin akan berubah.

1. Judy Moran (dipenjara 2009-sampai sekarang)
Dengan pimpinan seorang wanita tidak bererti bahawa organisasi seperti Keluarga Moran tidak boleh menerajui geng mereka untuk mengubah Melbourne menjadi Dodge City. Judy Moran, adalah wanita berusia 66 tahun yang memimpin Gengster terbesar di Melbourne. Dia gelar sebagai “family matriarch”.

2. Xie Caiping (dipenjara, 2009-sehingga sekarang)
Hampir setahun yang lalu, kota Chongqing Cina mengeluarkan tindakan keras terhadap kejahatan kongsi gelap, sebuah operasi besar-besaran yang menangkap hampir 1500 ahli kongsi gelap, yang semuanya berada dibawah pimpinan Xie Caiping. Sebagai bos, Caiping menjalankan kasino haram dan bertanggung jawab untuk menjaga semua kegiatan dibandar itu.

3. Sandra Avila Beltran (dipenjara 2007-sehingga sekarang)
Dengan gelaran seperti “Ratu Pasifik,” Sangat sukar untuk membayangkan Sandra Beltran seorang lanun laut lantaran wajahnya yang cantik. Disingkatkan cerita, Beltran lahir dan dibesarkan untuk menjadi “GodMother” Mexico. Bapa saudaranya adalah ketua kartel penyeludupan dadah Mexico. Dia mendapat gelaran itu kerana dia adalah penghubung antara kartel Valle del Norte colombia dan kartel Sinaloa, dan membantu mengembangkan jalan penyeludupan di sepanjang Pantai Pasifik Mexico. Sandra dipenjara dengan menghadapi tuduhan kejahatan kongsi gelap, kegiatan wang palsu dan konspirasi penyeludupan dadah.

4. Rosetta Cutolo (dipenjara 1993-sehingga sekarang)
Wanita ini menjadi gangster kerana saudaranya ditangkap polis Itali. Dia meneruskan bisnes yang diceburi saudaranya itu. Dia menjadi ketua kongsi gelap yang paling dicari di Itali kerana dia termasuk dalam senarai nama keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra Organizzata (NCO), iaitu gangster yang paling ditakuti di Itali. Setelah menyerang balai polis Itali pada tahun 1981, dia menghabiskan 10 tahun sebagai pelarian sehingga akhirnya menyerah.

5. Maria Licciardi (dipenjara, 2001-sehingga sekarang)
Dari tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi adalah ketua marga Licciardi, dan “Capo di Tutti Capi” gangster dari Napoli. Di bawah pimpinannya, keluarga Licciardi menjadi lebih konsisten, dan lebih menguntungkan dalam segala usaha mereka. Mungkin sumbangannya yang paling penting, adalah memperkenalkan pelacuran di Camorra. Padahal sebelum itu, ada beberapa jenis etika yang melarang mafia mendapatkan wang dari pelacuran. Hal ini nampak bertentangan dengan pemikiran seorang wanita yang selalunya penghalang pelacuran.

6. Maria Leon (dipenjara 2010-sehingga sekarang)
Seorang ibu 44 tahun dengan 13 anak-anak mungkin didengari tidak terlalu berbahaya. Namun berbeza dengan Maria Leon, dia menjadi ketua pengedar ubat bius terbesar yang menguasai timur laut Los Angeles dan Beirut. Dia mengatur bisnesnya pada waktu yang sama dia memberikan pendidikan untuk anak-anak nya.

7. Griselda Blanco (status tidak diketahui sehingga sekarang)
Ketika berusia 11, dia menculik anak orang kaya yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya dengan harapan mendapatkan wang tebusan. Malangnya, ibubapa anak yang diculiknya itu menyatakan tidak mahu memberikan wang tebusan menyebabkan dia menembak tebusan itu.
Setelah berpindah ke New York dari Colombia pada 70-an dan memulakan kariernya dalam penyeludupan dadah, Blanco pindah ke Miami untuk mengelak dakwaan keatasnya. Di sanalah dia menjadikan Miami sebagai ibukota kokain di Amerika Syarikat.
Blanco dipercayai telah mendalangi lebih dari 200 pembunuhan selama pembabitannya, termasuk (kemungkinan besar) ketiga suaminya. Pada tahun 1988, ia ditangkap oleh DEA di California dan menghabiskan 16 tahun penjara. dia Kemudiannya dibebaskan pada tahun 2004, ia dilaporkan kembali ke Colombia dan tidak pernah dilihat lagi sejak itu.

Agak2 sapa lagi ganas Kl Gangster ataupon Gangster2 wanita nie..huhuu

En. eddie

Jadilah Wanita yang Mampu Berdikari !

Jadilah Wanita yang Mampu Berdikari !

Alahai kakak, tukarlah paradigma. Sekarang tak sama dengan dulu. Dulu anak dara sekarang emak dara, maka cara fikir tidak boleh sama. Cara fikir anak dara takkan sama dengan cara fikir orang dewasa. Masa anak dara  okeylah kalau itu takut, ini takut, itu tak reti, ini tak reti, ini tak pandai, itu tak pandai.

Cara fikir anak dara memang kena terkongkong sikit, baru dia boleh terima adab dan adat. Kalau cara fikir dia tak terkongkong, mahu dia round dunia, sorang-sorang. Salah tu, mana boleh anak dara round dunia sorang-sorang, kecuali anak dara orang putih. Dia lain, awak lain.

Baiklah, kita kembali pada cara berfikir golongan wanita. Alahai kakak, tukarlah paradigma, tukarlah cara berfikir. Dulu tak berani bawa kereta sekarang kenalah berani-berani, sebab kalau kakak tak berani, takkan nak harap kat mr suami memanjang. Time suami ada okeylah, time suami sakit ke, outstation ke, kakak asyik takut nak belajar kereta. Tu boleh tahan lagi, boleh tunggu suami balik, kalau suami meninggal macamana? Anak-anak masih kecil, kena beri makan.

Ramai wanita terutama yang suri, yang tak suri pun tak terkecuali masih berfikir sebagaimana dia anak dara padahal anak dah tiga. Ketakutan yang tak pasal-pasal, contohnya apa..contohnya nak ke sekolah jumpa cikgu, ambil report card, itu pun takut. Laaa, pasal apa? Tukarlah cara fikir. Tak boleh terkongkong dan kuno terus. Zaman terus berputar. Memang tak mampu dipikul seorang. Dah namanya perkongsian hidup, kakak kena tolong abang. Jangan andalkan semuanya pada abang.

Tengok puan-puan semua. Selagi boleh, bantulah ringankan bebanan suami. Berdikari lah demi kepentingan peribadi kerana hidup kita ni bukan boleh dijangka. Si suami pula bila dah dapat isteri yang tahu berdikari, janganlah terus mengada-gada dan lepas tangan. Yang saya sebut ni muhasabah diri, kedua-dua pihak. Masing-masing kena tahu tanggungjawab. Tujuannya supaya kehidupan berumahtangga itu dipermudahkan dan selamat dunia dan akhirat.

MyMekar.com


Perlu ke perempuan berdikari

Ali ridha -perlu berdikari….mana boleh nak harap suami je memanjang….kereta pun kena pandai bawa.

mymekar-takut bila dah kawin nnti, si isteri yg terlebih berdikari (dia buat semua). Mana pula tanggujawab si suami masa tu.

Affan-pasal memandu kereta tu sangat setuju. tapi saya bangga gak, ada isteri yg umur dah 30 tahun sanggup nak g belajar memandu sebab nak hantar anak ke sekolah. Agaknya dulu masa study tak sempat belajar, pastu terus kahwin hehe. Sekurang2 kalau memandu, boleh lah hantar anak sendiri ke sekolah

MDHAFiZ.NET-betul ke ni tak pandai bawa kereta?? berat sangat ke kereta tu bro?? eheh.

kerja kosong-Setuju.. wanita pun mesti mampu berdikari sekarang ni.. tak boleh terus bergantung dengan suami sahaja.

kakngah-perlu! paling perlu, kene pandai dan ada lesen memandu. in case apa2 terjadi pada anak2 @ diri sendiri ketika suami takde, tau dan boleh nak buat apa. jangan terlalu bergantung harap dengan suami.
kesian suami. tak banyak, sikit jadi la kita ringankan beban dia dgn berdikari. tapi, kalau tayar kete aku pancit, aku tetap harap kat abg sayang.. acane tuh?? huhuhu!!!

mymekar-hehe..bab kereta tu, sya pun tarik diri ( xde kudrat). Kalu nk gi bengkel ke, itu wajib kena ajak org laki (suami). Kang tak pasal2 kena kelentong kat tokey bengkel tu. Tapi kalu nk gi servis kereta, sya selalu gi sendiri jer kat proton tu

Fara-Wanita sepatutnya berdikari. Bukan hanya pada luaran. Tetapi dalaman juga kita sepatutnya berdikari. Jangan terlalu bergantung harap dan perasaan kasih seorang lelaki. Walaupun itu yang kita perlu tetapi untuk bergantung harapan 100% adalah tidak patut. Demi mengelakkan kita menderita kerana kecewa di suatu masa nanti. Kita tak tahu putaran hidup kita macam mana. Kita tidak tahu dugaan yang Tuhan bakal turunkan pada kita bagaimana. Subhanallah. Apa yang penting, kita seharusnya bersedia menghadapi segala situasi.

mymekar-Betul. kita mesti sediakan payung sblm hujan. Tak delah kita terkial-kial bila diduga ujian drpa NYA.

mankuchai-Salam, Memang betul jangan harapkan suami semata2,saya ada kawan(lelaki)setiap hari dia mengeluh yg isterinya nak beli kicap sebotol pun tunggu suami balik dari kerja baru boleh ada kicap hmm,kalau beras habis kebulurlah anak2 sebab nak tunggu suami balik dari kerja. Saya tabik kepada wanita yang ada kemahiran memandu walaupun hanya sekadar motosikal.

Mymekar-slm. Tak pe bro boleh kongsi2. Saya tak suka tengok perempuan yg “manja”. Betul kata bro, nk beli kicap, nak beli beras. itu belum lagi gas masak habis. mau tak berasap dapur semata2 nk tunggu suami balik rumah. Ingat dulu kawan lelaki sya pernah mgadu nak byr apa2 bil semua dia kena uruskan. padahal kerjaya dia tsangatlah sibuk. isterinya xpernah ambik kisah perkara ni. huhu.. (kita bukan hidup zaman tok nenek kita lagi skrg !)

hafizmd-mmg agak payah juga kalau sebotol kicap terpaksa juga tunggu suami belikan… tp suami kena ingat, itu mmg tanggungjwab yg wajib disediakan, tak gitu.

mymekar-@hafizmd – yg penting suami kena sediakan duit belanjanya kan.

mankuchai-mmg betul,tapi on the way balik rumah singgahlah kejap kan,eh hari jumaat boleh lak shopping beramai2 hehehe

maza -maza setuju…apa2 hal berlaku kita tidak hadapi masalah kejutan budaya.. tak lah mengeluh tak sudah2 dan akhirnya berputus asa..akhir kalam, moga2 aman dunia ini.. hehhehe  

mymekar-Orang perempuan kena jadi kuat kan?. bersedia dari sekarang. Tapi jgn tlebih over, bimbang si suami rasa tidak diperlukan.

hafizmd-mmg setuju, wanita perlu kena lebih kuat..nak2 zaman sekarang ni…kagum dgn wanita yg mmg cukup kuat dalam hidup mereka.

syiela-perlu sangat2.. nak2 nanti dapat suami yang selalu outstation.nanti tak la terkial2 sorang2.ini tak tau itu pun tak tau.haru tu.nak manja biar berpada2. pernah dulu jiran syiela husband dia tentera.ada operasi sebulan++ kat hutan. then kami jiran2 kena tolong belikan brg rumah sbb dia tak tau nak bli sendiri sebab sebelum ni husband dia yg uruskan semua.haru!***keta mmg perlu tau nk drive sbb time majuk sng nk larik.. hehehehe tapi kalau bab repair keta tetap tgu suami tersayang bawa ke workshop.sebab pernah kena tipu.

mymekar-Nak manja2 biar kena pada tempat. Setakat nak beli brg dapur, usaha2 lah sendiri. rasa malu kat jiran kalu benda mcm ni ppun diharap pd org. lain la kalau kita ni sakit. pst : Err.. tak baik lari dari rumah kalu merajuk dgn somi. sorok dlm bilik jer.

bEe-Perlu berdikari utk wanita… Sbb kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang…..Sediakan payung sebelum hujan.. hihi~

hafizmd-Mengikut situasi sekarang, rasanya mmg perlu seorang wanita lebih2 lagi seorang isteri lebih berdikari dalam usaha bantu suami…Suami pulak, kenalah tolong2 juga berdikari, contoh, kalau setakat nak air teh, kopi, buatlah sendiri sekali sekala…atau lagi bagus, buatkan utk isteri sekali…

mymekar-kalu anak dah berderet(dan kecik2 lagi) memang patut la suami bancuh air sendiri. masa ni isteri nak buat semua memang tak dan la.

mankuchai-@Hafiz,tu isyarat suami nak bermanja2 tu. p/s : saya mmg buat air sendiri,tapi selalunya sukatan lari,nak kena air tangan seorang isteri gak huhuhu..

ciksembang -wanita mmg kena berdikari cuma kena pandai tarik tali kadang2 suami ter alpa. habis semua yg isteri kena settle. kereta kenalah pandai bawak..jgnla takut bebenor.

mymekar-berdikari ni releven masa suami kerja OT/Outstation/busy sangat. Kalu dia free, kita suruh dia selesaikan la..

Kak Long Mawar Merah-Wah, bagusnya…Betul tu, wanita kena pandai berdikari, terutama perkara yang memerlukan tindakan segera. Tapi, kalau part nak tukar mentol tu, Kak Long masih bertahan sengaja tak nak buat sendiri,

mymekar-KakLong, kalu ada cik abg atau anak laki kat rumah, baiklah meminta bantuan mrka shja . Masa tu sya pun akan buat tak tahu juga

akubiomed -Wanita perlu berdikari kerana tidak terlalu bergantung kepada suami. Kalau selalu manja diri supaya suami buat payahlah. Bukan suami menyerah bulat-bulat semua tugas rumahtangga tapi ada perkara boleh dilakukan oleh seorang isteri. Si isteri perlu anggap dirinya seorang setiausaha kepada pengurus tapi skop suri rumatangga.

mymekar-membantu selagi ia tidak memudaratkan si isteri. tak gitu

Juan -wanita berdikari meringankan beban suami.

Kamarul Azri™ -wanita sekarang ni dah hebat2…mampu berdiri sendiri, kita tengok ramai yang berkejaya.

mymekar-Benar KA. Ramai wanita yg bkerjaya sekarang

Affan-Salam kak. SETUJU!!!!!!!! Ya, jadi isteri kenalah berdikari, jangan harap pada suami sepanjang masa. Apa yang boleh tu, buatlah. Ringan sikit kerja suami. Harap2 nanti dapat kahwin dengan isteri yang pandai berdikari . Amin

mymekar-Salam affan,
Bila isteri dah berdikari, si suami mesti hargai pgorbanan isteri itu. Jgn pula segala hal diserah bulat2 kpd isteri sampai suami seronok sbb boleh lepas tgn. Semoga impianmu tercapai.

nurainvivian -Assalamualaikum Mekar. Wah, bijak sungguh Mekar..cepat bertindak bila ada masalah timbul.Pada pendapat ain wanita sekarang kena pandai berdikari dan tidak boleh terlalu mgharapkan suami dalam segala urusan. Adakala perkara kecil dan mudah misalnya pbayaran bil-bil rumah boleh saja dibuat oleh isteri. Adakala dalam membuat keputusan juga para isteri harus bertindak cepat jika ianya melibatkan nyawa atau kecemasan.Selagi ianya tidak melanggar hukum agama dan masih dalam batas-batas agama, maka harus para isteri bertindak dan berdikari dalam sesetengah perkara.

mymekar-Salam ain. Yang simple2 tu boleh lah di usahakan. tp kalau bab letrik rosak, sya takut juga nak tunjuk pandai. Betul kata ain tu. Bukan kita nk tunjuk panadai tp kalu sesuatu perkara tu memerlukan tindakan segera, tiada masalah utk kita mhulurkn bantuan. Asalkn ia tak melangar batas2 agama.

Mrs.Ayie-  Setuju sangat. Terutamanya pasal bawak kereta tu.

adele -sy rasa sgt dihargai kerana seseorg yg menyayangi sy berkata dia sygkan sy kerana pandai berdikari. tak terlalu bergantung dan tak fragile. smoga sy dpt teruskan sikap sy yg satu ini

8 Tips Untuk Layak Menjadi Isteri

8 Tips Untuk Layak Menjadi Isteri

“Adakah anda layak untuk dijadikan isteri?” Di sini ada tip untuk anda boleh dianggap layak untuk dijadikan isteri oleh lelaki. InsyaAllah, mungkin dengan melakukan beberapa perkara ini dan menjadikan ia cara hidup anda, anda bakal dikahwini pasangan tidak lama lagi.

TIP 1 : Letakkan AGAMA no 1 di dalam perhubungan cinta anda agar pasangan lelaki anda merasa segan untuk dengan mudah mempermainkan anda. Jika kerana agama, membuatkan anda susah untuk mendapat jodoh, well itu lebih baik daripada mendapat jodoh yang tak ada pegangan agama dan tidak menghormati agama sendiri.

TIP 2 : Jangan terlalu MUDAH! Jika anda mudah diayat, mudah dipegang, digosok, dan akhirnya mudah dinoda, anda sebenarnya jauh daripada layak untuk dijadikan isteri. Jika anda begitu mudah melepaskan ‘Mahkota’ anda, apakah yang anda ada lagi untuk lelaki merasa anda layak untuk dijadikan isteri? (Berbeza jika anda pernah terlanjur dan sudah bertaubat, insyaAllah anda masih mempunyai peluang)

TIP 3 : Lelaki mahu merasa SELAMAT dan PERCAYA kepada anda untuk melepaskan anda pergi kemana sahaja atau membiarkan anda bersama sesiapa sahaja. Untuk itu anda perlu ubah diri anda agar tidak terlalu sosial dan bijak berkawan. Di saat lelaki mulai percaya kepada anda, anda layak menjadi isterinya. (Berbeza dengan waktu mulai memikat, kena buat lelaki rasa kurang selamat)

TIP 4 : PANDAI MEMASAK! – Wanita kena tahu memasak, itu penting. Air tangan anda tu biar dia dapat rasakan sebelum kahwin lagi, barulah dia akan selalu nak makan masakan anda, dan pastinya mahu anda menjadi isterinya!

TIP 5 : JANGAN HANYA MENGIKUT – Sesetengah lelaki suka memiliki wanita bijak! Atau wanita yang pandai membuat keputusan. Wanita yang punya pemikiran matang dan boleh berdikari. Jika anda asyik suka mengharap pada lelaki saja. Anda memang tidak layak untuk dijadikan isteri. Jika apa nak makan, mana nak pergi, apa nak buat pun anda tidak boleh nak cakap… itu yang pasangan anda jadi bosan tu, dan pergi kpd girl lain.

TIP 6 : BERANI! – Lelaki bukan berani sangat kalau berdepan dengan wanita yang lebih berani! Malah ada yang kecut perut. Jadi, anda kena berani untuk say NO, atau berani untuk melawan kehendak lelaki. Ini akan membuat lelaki terfikir yang anda bukan boleh main-main. In the end, ia membuatkan lelaki menurut apa saja kata wanita. So, anda boleh lihat sendiri situasi yang anda berada sekarang. Adakah lelaki ikut anda atau anda ikut lelaki?

TIP 7 : BIJAK MENGURUS KEWANGAN – Lelaki mahu merasa UNTUNG bersama anda. Mereka tak mahu rasa RUGI! Jadi, apabila anda ada hutang sekeliling pinggang, boros, suka membeli barang-barang mahal, duit habis sebelum hujung bulan, mungkin peluang untuk dijadikan isteri agak tipis! (Nak belanja besar boleh, tapi you la kena gaji besar)

TIP 8 : Lelaki mahu kahwin dengan seorang WANITA, bukan dengan budak kecik yang merengek tak habis-habis… Adakah anda seorang wanita atau budak kecik? Adakah anda wanita yang punya pendirian? Berpelajaran tinggi? berfikiran Matang? Berdikari? Berdikari? Berdikari?

Blog bisu.

Tips berdikari dalam cinta

BERDIKARI DALAM CINTA

Menjadi wanita berdikari, tidak terlalu bergantung pada lelaki mampu adalah amalan sihat dalam hubungan. Jadilah wanita yg bijak berdikari dan tidak menyusahkan lelaki. Namun jangan pula jadi hamba lelaki, buruk padahnya. Kiranya mahu tunjuk berdikari biar berpada-pada. Jangan pula sampai lelaki mengabaikan tanggungjawab mereka. Manjakan lelaki biarlah bertempat.

Berikut ada beberapa panduan buat wanita yang memilih jalan hidup berdikari. Saya harap wanita jadikan panduan ini sebagai garisan hidup. Sudah-sudah menjadi hamba lelaki, wanita perlu melangkah ke hadapan. Bukan meninggalkan lelaki di belakang tetapi untuk berjalan seiringan dan kekal menghormati hak-hak lelaki sebagai ketua keluarga.

1. Memandu sendiri ke tempat mahu dituju. Tidak lagi bergantung dengan lelaki untuk ke mana-mana. Seorang teman saya tidak akan benarkan teman lelakinya menjemput di rumah. Alasannya tak mahu menyusahkan, lantas dia sendiri akan ke destinasi temu janji mereka. Namun sesekali biarlah kita menyusahkan lelaki.

2. Wanita pasti bahagia jikalau lelaki menaburkan wang ringgit pada mereka. Namun tidak pula mahu dikatakan pisau cukur. Kebanyakan kita bekerja dan memiliki wang saku sendiri. Setakat perbelanjaan harian itu selagi boleh ditampung janganlah meminta-minta. Melainkan sang kekasih ikhlas menghulurkan belanja. Bagi wanita bersuami pula, jangan meminta lebih. Terima sahaja nafkah setakat mampu dibiayai suami. Sekali lagi, jangan meminta-minta lebih.

3. Bagi wanita tidak bekerja tetap, banyak alternatif lain untuk mendapatkan sumber kewangan. Berniaga secara online juga mampu menjana kewangan. Menulis blog juga kini mampu mendatangkan wang. Zaman teknologi kini memungkinkan segala-galanya. Wanita kini tidak perlu bergayut lagi di kaki lelaki.

4. Lelaki era kini kurang senang jikalau teman wanitanya lemah. Silap jikalau ada wanita mengandaikan lelaki mahu wanita lemah kerana ingin merasakan diri mereka berkuasa, pintar dan kuat. Lelaki terbaik akan menerima seadanya wanita. Memiliki teman wanita berdikari lebih mudah bagi mereka. Malah menjadikan wanita sebagai inspirasi mereka.

5. Ada lelaki mungkin bimbang sekiranya wanita lebih besar gaji atau pendapatan daripada mereka. Namun, ramai lelaki tidak kisah langsung wanita lebih tinggi darjatnya daripada mereka. Lelaki semakin bijak mencari wanita yang telah stabil. Tidaklah perlu mereka bersusah-susah membina keluarga sendirian. Namun, harus berpada-pada agar lelaki tidak pula mengambil kesempatan di atas kemewahan kamu.

6. Tentukan jalan hidup kamu sendiri tanpa dihambat kuasa lelaki. Kamu tidak perlu menukar diri hanya kerana teman lelaki tidak suka kamu memakai denim. Fesyen pilihan kamu adalah hak pilihan sendiri, bukan ditentukan oleh orang lain.

7. Kurang merengek dan manja berlebihan adalah alasan mengapa lelaki lebih suka memilih wanita berdikari. Mereka mahukan wanita manja biar bertempat. Lelaki juga mahu dimanjakan sebab itu mereka memilih wanita berdikari yang boleh memanjakan mereka.

8. Akhir sekali wanita perlu meneruskan pelajaran. Jadilah wanita terpelajar. Tidak mengapa kalaupun pilihan hidup sekadar menjadi suri rumah, sijil itu penting untuk jaminan hidup. Bukan hendak diminta perkara buruk terjadi tetapi seandainya ditinggalkan lelaki sekurang-kurangnya kamu punyai ijazah yang mampu digunakan jikalau terdesak.

MARINI MAT ZAIN, SEROJA.

Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki

Ciri-Ciri Wanita Yang Diidamkan Oleh Lelaki

1) Bersopan santun
Wanita yang lemah lembut dan bersopan santun akan membuatkan lelaki cair melihat setiap pergerakan dan percakapan anda.

2) Pandai Memasak
Yang ni adalah ciri-ciri yang paling penting sekali yang patut ada pada wanita. Wanita yang pandai memasak mampu menguruskan rumah tangga dengan lebih baik. Lelaki juga lebih tertarik dengan wanita yang pandai memasak ni.

3) Pembersih
Wanita yang pembersih ni menjadi kegilaan setiap lelaki yang kurang pembersih. Ini kerana, semua kerja dirumah akan diuruskan oleh anda tanpa dipaksa oleh si suami.

4) Taat
Wanita perlulah taat dan tidak melawan setiap percakapan lelaki. Ada kalanya melawan itu penting jika si jejaka mempelawanya untuk melakukan perkara yang tidak senonoh dan terlarang.

5) Bersifat keibuan
Secara jujur, lelaki lebih gemar pada wanita yang mempunyai sifat keibuan. Sebagai contohnya, suka pada baby dan kanak-kanak, suka memujuk kanak-kanak menangis, dan sebagainya.

6) Jadi pendengar setia dan bukan menjadi pembangkang
Lelaki juga tidak pernah lari daripada masalah. Jika anda ingin tunjukkan rasa simpati dan ambil berat anda, bagi peluang untuk dia bercakap dan meluahkan perasaan dia. Jangan sesekali anda bangkang mereka. Itu hanya memburukkan keadaan. Jika anda tidak sependapat dengannya, jangan terus membangkang. Lelaki perlu dipuji dahulu beberapa kali sebelum anda bangkang.

7) Jadi seorang yang berdikari dan tidak mudah putus asa
Lelaki lebih gemar seorang wanita yang kuat semangat dan tidak bergantung pada lelaki. Kadang-kadang sesetengah wanita terlampau manja untuk meminta pertolongan lelaki sedangkan perkara itu mampu mereka lakukan sendiri. Pada awalnya,mungkin lelaki akan tahan kerana cinta, namun jika ia berlarutan, lelaki itu akan merasa rimas yang terlampau dan merasakan wanita itu gedik dan ambil kesempatan. Jadi, wanita boleh meminta tolong lelaki jika betul-betul tidak mampu dan bukannya untuk mengambil kesempatan.

8) Sentiasa berterus terang dan tidak hipokrit.
Sama seperti wanita, lelaki juga suka wanita yang terus terang dan tidak hipokrit. Jangan terlampau sempurna di hadapan lelaki semata-mata untuk menutup kelemahan anda. Lelaki mencintai anda seadanya dan boleh menerima kelemahan anda. Sentiasa berterus terang tentang sikap anda yang sebenar. Hal ini lebih disenangi lelaki.

MELVISTER.COM

10 Cara menjadi isteri yang baik

10 Cara menjadi istri yang baik

Ingin menjadi istri yang semakin dicintai suami? Jika ya, simak cara menjadi istri yang baik selengkapnya, seperti yang diperoleh dari Quick Easy Fit (27/09) berikut ini.

1. Menjaga kehormatan suami. Suami akan semakin menghargai dan mencintai istrinya.

2. Jadi romantik.

3. Memuji suami-Sebab lelaki pada dasarnya juga suka dipuji. Saat memuji, sebenarnya istri pun mengakui kelebihan yang dimiliki suaminya.

4. Memahami lelaki- Lelaki lebih fokus pada solusi dan pemecahan masalah. Jadi daripada mendiskusikan masalah dan merasakan depresi berlanjutan, lelaki akan berusaha keras menyelesaikan masalah.

5. Pakaian yang sesuai
Istri sebaiknya pintar memilih pakaian untuk situasi tertentu. Sebab diam-diam lelaki akan memperhatikan dan memuji jika istrinya mampu tampil sesuai dengan waktu dan tempatnya berada.

6. Memberikan kata kata positif
Kata kata positif bagi lelaki mampu membuatnya merasa lebih percaya diri. Jadi istri harus pandai-pandai memilih kata-kata yang tepat ketika suaminya meminta pendapat.

7. Keperluan asas-Setidaknya ada tiga yang mereka perlukan, iaitu makanan, tidur, dan seks. Penuhi ketiganya demi menjadi istri yang baik dan makin dicintai.

8. Feminin
Wanita yang feminin sangat disukai lelaki. Maka dari itu seorang istri sebaiknya mencari sisi feminin mereka, dan mempamerkannya kepada suami.

9. Filem romantik
Lelaki sering mendapat idea bersikap romantik dari filem. Kadang kala cuba menonton filem romantik bersama dengan suami. Lelaki akan mempelajarinya sendiri dari filem itu.

10. Pencium yang baik
Menurut penelitian, pasangan yang sering berciuman dan berpelukan lebih berbahagia. Jadi istri sebaiknya menjadi pencium yang baik untuk membuat suami makin tergila-gila.

Rizqi Adnamazida, MERDEKA.COM

10 Tips Jadi Isteri Solehah

10 Tips Jadi Isteri Solehah

Isteri solehah mengakui dan menerima kenyataan bahawa suaminya ialah ketua pemimpin dalam sesebuah rumahtangga. Berikut merupakan 10 tips yang dapat membantu wanita untuk menjadi seorang isteri yang solehah :

1. Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami.
Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab, suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya. (Hadis riwayat Hakim)

2. Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumahtangga.
Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekaligus boleh menggugat keharmonian rumahtangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri.

3. Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami.

4. Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat-cermat. (Riwayat Ibnu Majah)

5. Isteri wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang menyalahgunakan pengertian taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk membebankan isteri dengan pelbagai hal yang tidak wajar.

6. Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak. (Riwayat Ahmad)

7. Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan firman Allah :
“Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19).

Walaupun ayat ini ditujukan kepada suami, pengajaran yang terkandung amat perlu menjadi panduan kepada para isteri. Setiap orang hendaklah menyedari hakikat bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam segala aspek. Oleh kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannya dan menyelesaikannya.

Rasulullah s.a.w. memberi panduan :
Janganlah seorang suami yang mukmin membenci isteri yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak berkenan kepada satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah lakunya yang lain amat disenanginya. (Hadis sahih)

8. Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap
kedua-dua ibu bapanya.

9. Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika ia bangun malam dan solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka suaminya dengan penuh kasih sayang.”

10. Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai.
Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri yang seharusnya ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga dan mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami seperti doa Nabi Daud a.s.:
“Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku dan urusan akhiratku.”

P/S : Wahai isteri, taat dan buatlah segala apa perintah suami. Lakukanlah perkara-perkara yang disukai suamimu dan tunaikanlah kemahuan suami. Wallahualam.

PetuaBahagia.com

Cara menjadi seksi tanpa mendedahkan aset berharga

Cara Jadi Seksi

Perkataan seksi itu sering disalahertikan dengan pakaian yang menjolok mata. Tahukah anda seksi boleh merujuk kepada senyuman mahupun cara anda bercakap? Sebenarnya, ada caranya untuk menjadi seksi tanpa mendedahkan aset berharga anda.

1. Rona Merah
Ramai yang bersetuju rona merah mempunyai aura sensualnya yang tersendiri. Tak kira sama ada warna merah menyala dioleskan pada bibir ataupun dikenakan sebagai busana dan sepatu, ia mampu menaikkan ghairah lelaki. Cubalah bergaya ‘merah’ hari ini dan nantikan sahaja pujian daripada si dia.

2. Fabrik Renda
Mungkin kerana banyak pakaian tidur wanita yang seksi berunsurkan renda, membuatkan busana berenda mampu menonjolkan keseksian wanita. Pakaian berenda turut memberikan gaya vintaj yang dipandang seksi oleh kaum lelaki.

3. Yakin dan Bijak
Sifat ini merupakan keseksian yang sangat effortless. Lelaki memandang wanita yang yakin dan berdikari sebagai seksi. Minum sambil membaca buku seorang diri di kedai kopi dirasakan berani oleh lelaki kerana keselesaan dan keyakinan wanita membawa diri walaupun berseorangan. Lelaki turut suka berdamping dengan wanita yang pandai kerana isi-isi yang diberikan ketika berkomunikasi sangat bernas dan masuk akal. Dan itu sungguh seksi.

Majalah EH!

10 Cara Untuk Menawan Hati Lelaki

1. Lelaki suka wanita yang berterus-terang.
Siapa yang tidak suka pada orang yang suka berterus-terang bukan? Begitu juga dengan lelaki, mereka lebih tertarik kepada wanita yang tidak berpura-pura dan berterus-terang. Jadi kaum wanita di luar sana, janganlah menunjukkan sikap hipokrit anda kerana lama-kelamaan tembelang anda akan pecah juga.

2. Pandai membawa diri.
Lelaki yang matang mudah tertarik kepada wanita yang tahu dan pandai menjaga diri dan membuatkan dirinya dihormati sebagai seorang wanita. Jarang ada lelaki yang mahu mengambil kesempatan ke atas wanita yang pandai menjaga harga diri. Ini kerana dari segi itulah terserlahnya kematangan wanita tersebut.

3. Penampilan yang sederhana.
Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.

4. Penyayang, manja dan romantik.
Lelaki mudah tertawan dengan wanita penyayang kerana dari situ mereka boleh tahu sifat keibuan wanita itu. Manja bukan bermakna gedik atau mengada-ngada. Manja dan romantik yang dimaksudkan ialah sifat semula jadi wanita yang sedia ada dalam dirinya. Jadi wanita diluar sana, janganlah anda berpura-pura untuk menjadi manja kerana ianya mungkin membuat si lelaki rimas.

5. Penghibur dan sentiasa riang.
Lelaki mudah tertarik dengan gurauan wanita kerana bagi mereka, gurauan wanita bagaikan ubat bagi menghilangkan stress di tempat kerja. Senyuman dan ketawa riang wanita yang sopan dapat membuatkan hati si lelaki tenang dan gembira.

6. Berdikari
Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.

7. Pandai mengambil hati orang tua
Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

8. Belajarlah memasak
Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.

9. Prihatin terhadap mereka
Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.

10. Berpendidikan.
Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. Paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.

FB Lelaki vs Perempuan.

Tips Menjadi Isteri Solehah

Kiat Sukses menjadi istri solehah

Istri cerdik yang sholehah,
penawar hati penyejuk fikiran.
Di rumah dia istri di jalanan kawan,
dikala kita buntu dia penunjuk jalan....

Bait tersebut merupakan nasyid dari the zikir dengan judul istri sholehah.
Seorang istri dimanapun pasti menginginkan dirinya menjadi istri
sholehah. Berikut kiatnya... 

1. Jangan membiarkan suami anda memandang dalam keadaan anda tidak menggembirakannya. Wanita yang paling baik adalah wanita yang selalu membuat suaminya bahagia.
2. Hendaklah senyum itu senatiasa menghiasi bibirmu setiap anda dipandang oleh sang suami.
3. Perbanyaklah mencari keridhan suami dengan mentaatinya, sejauh mana ketaatan anda kepada suami, sejauh itu pulalah dia merasakan cintamu kepadanya dan dia akan segera menuju keridhaanmu.
4. Pilihlah waktu ynag tepat untuk meluruskan kesalahan suami.
5. Jadilah anda orang yang lapang dada, janganlah sekali-kali menyebut-nyebut kekurangan suami anda kepada orang lain.
6. Perbaikilah kesalahan suami dengan segala kemampuan dan kecintaan yang anda miliki, janganlah berusaha melukai perasaannya.
7. Janganlah memuji-muji laki-laki lain dihadapan suami kecuali sifat diniyah yang ada pada laki-laki tersebut.
8. Jangan engkau benarkan ucapan negatif dari orang lain tentang suamimu.
9. Upayakan untuk tampil di depan suamimu dengan perbuatan yang disenanginya dan ucapan yang disenanginya pula.
10. Berilah pengertian kepada suami anda agar dia menghormatimu dan saling menghormati dalam semua urusan.
11. Anda harus selalu merasa senang berkunjung kepada kedua orang tuanya.
12. Janganlah anda menampakkan kejemuan padanya, jika terjadi kekurangan materi Ingatlah bahwa apa yang ia berikan kepadamu sudah lebih dari cukup.
13. Biasakanlah anda tertawa bila ia tertawa, menangis dan bersedih jika ia bersedih. Karena bersatunya perasaan akan melahirkan perasaan cinta kasih.
14. Diam dan perhatikanlah jika ia berbicara.
15. Janganlah banyak mengingatkan bahwa anda pernah meminta sesutu kepadanya. Bahkan jangan diingatkan kecuali jika anda tahu bahwa ia mudah untuk diingatkan.
16. Janganlah anda mengulangi kesalahan yang tidak disenangi oleh suami anda dan ia tidak suka melihatnya.
17. Jangan lupa bila anda melihat suami anda shalat sunnah di rumah, hendaknya anda berdiri dan ikut shalat dibelakangnya. Jika ia membaca, hendaknya anda duduk mendengarkannya.
18. Jangan berlebih-lebihan berbicara tentang angan-angan pribadi di depan suami, tetapi mintalah selalu agar ia menyebutkan keinginan pribadinya di depanmu.
19. Janganlah mendahulukan pendapatmu dari pendapatnya pada setiap masalah, baik yang kecil maupun yang besar. Hendaklah cintamu kepadanya mendorong anda mendahulukan pendapatnya.
20. Janganlah anada mengerjakan puasa sunnah kecuali dengan izinnya, dan jangan keluar rumah kecuali dengan sepengetahuannya.
21. Jagalah rahasia yang disampaikan kepadamu dan janganlah menyebarkannya sekalipun kepada kedua orang tuanya.
22. Hati-hati jangan sampai menyebut-nyebut bahwa anda lebih tinggi derajatnya dari derajat suami. Hal itu akan mengundang kebencian kepadamu.
23. Jika salah satu dari orang tuanya sakit atau kerabatnya, maka anda punya kewajiban untuk menjenguk bersamanya.
24. Sesuaikanlah peralatan rumah tangga anda dengan barang-barang yang disenangi suami anda.
25. Jangan sampai anda meninggalkan rumah meskipun sedang bertengkar dengannya.
26. Katakanlah kejemuan dan kebosananmu ketika ia sudah meninggalkan rumah.
27. Terimalah udzurnya ketika ia membatalkan janjinya untuk keluar bersamamu, karena mungkin ia terpaksa memenuhi panggilan orang yang datang kepadanya.
28. Hindari sifat cemburu, sesungguhnya cemburu adalah senjata penghancur.
29. Janganlah mengabaikan pemimpinmu (suami) dengan alasan bahwa ia telah menjadi suamimu.
30. Janganlah anda berbicara dengan sang suami, seakan-akan anda suci dan dia berdosa.
31. Jagalah perasaannya, jangan gembira ketika dia sedang sedih dan jangan menangis ketika dia gembira.
32. Perbanyaklah menyebut-nyebut keutamaan suami di hadapannya.
33. Perlihatkan kepada suamimu bahwa anda turut merasakan apa yng dirasakan sang suami tatkala ia tidak berhasil mencapai maksud dan tujuannya.
34. Perbaharuilah (tekad suami) ketika terjadi kegagalan.
35. Jauhilah sifat dusta karena hal itu kan menyakitkannya.
36. Ingatkanlah selalu pada suamimu bahwa anda tidak tahu (bagaimana nasib anda) seandainya anda tidak dipersunting olehnya.
37. Ucapkanlah rasa syukur dan terima kasih pada waktu ia memberikan sesuatu kepadamu.

Rahasia Sukses Bunda.

Adakah lelaki suka perempuan yang lebih pandai berdikari

Aku rasa ada je lelaki yang rimas kalau perempuan ni terlalu depends pada dia. Macam ada satu English novel yang aku baru habes baca ni lelaki tu clash dengan perempuan tu sebab dia rasa perempuan tu tak pandai berdikari. Tak boleh buat sesuatu tanpa dia.

Best tau novel ni. Tak sia2 aku beli. One day before dorang pergi holiday for 2 weeks kat Spain, lelaki tu mintak clash dengan perempuan tu dengan alasan perempuan tu tak reti berdikari. So perempuan tu cerita lah ape yang dia buat sepanjang dua minggu lepas clash dengan lelaki tu. Dia nak buktikan yang tanpa lelaki tu pon dia still boleh berdikari. And paling best buat kita berfikir adakah lelaki yang dengan kita sekarang betul2 jodoh kita?

Mungkin sesetengah lelaki berbeza.
Ada yang suka kalau perempuan tu pandai bawak diri.
okbai.

Syazana Zainn-kite pon suke depend on amin dan abah kite, kadang2 lupa nak cek angin, lupa nak cek minyak itam la semua la, satu je tak kan lupa ek --> cek petrol.hahahaha

MizzTina-yess, btl..lelaki suka pempuan berdikari sbb pd lelaki, pempuan yg suke bergantung pd lelaki ni mengada².. org jawa kata, menjeng.. even akak pun, alhamdulillah mmg blh berdikari.. balik kg sendiri, g bengkel motor sendiri, klinik sendiri, anta kete g servis sendiri *puji diri sendiri..miahaha*.. mostly sendiri wlupun bf akak selalu bising mengalahkn rimau.. wakakaka..

J.Syazwana-Tapi kite nak buat camne? Akram yang tak suka kite buat semua benda sendiri. Dia mesti nak menyibuk. huhuhuhu.

laskar pelangi-Kita pun tak pandai nak check minyak hitam bagai..Hahaha. pandai drive jer..ngew ngew ngew.

Youhazreenda-lelaki suka kalau perempuan boleh buat kerja sendiri, dan lelaki tak suka perempuan ni jadi terlalu clingy. to tell you the truth, i tak pernah reti nak check keta i.. tayar pancit pun i panggil bf i tolong tukarkan.. haha.. memang bf dan papa i tolong check kan keta i untuk i. huhu. so, kebanyakan perempuan memang camtu lah kot. ye tak? hehe

✿A I N A A✿ -samalah kita sis... tunang ena tu, terlalu manjakan ena... kalau ena nak g jejalan kat mall, dia snggup dtg jemput ena dan bawa ke mall tu.. padahal ena boleh je pergi sesorang.. huuuu

C.T.K -syg benor akram ni kt wana ye..hehe.jeles! setahu ct, bila laki tu dh syg kita sgt2, dia xkesah pon dpt pompuan yg xpndai berdikari..hihihi...akram cannot life tanpamu..dia bleh buat semuanya demimu..hahaha *ayat jeles :P. tp prlulah dia bg kita brdikari ckit sbnarnya..
akram..jgn la isau sgt ye :D

Syazwana Jamal

Jenis Perempuan Yang Laki Tak Suka

1. Gadis Yang Terdesak
Wanita jenis ini ialah mimpi ngeri bagi hampir semua lelaki. Wanita jenis ini selalu merungut dan kerap menyatakan dengan jelas betapa dia seolah-olah terdesak untuk berkahwin. Namun demikian, terlalu awal secara jelas menampakkan keinginan supaya lelaki mengisi segala kekosongan dalam hatinya sehingga seolah-olah mendesak lelaki berkahwin sedangkan perhubungan berada pada peringkat yang terlalu awal akan menakutkan lelaki.

2. Mulut 'Hard Core'
Dalam dunia lelaki, perbualan adalah sama seperti ‘berhujah’. Dalam kata lain, bila yang seorang sedang bercakap, itu “turn” dia untuk bercakap dan tidak sepatutnya diganggu atau ‘disampuk’ sehinggalah dia habis bercakap. Oleh itu, bila seorang lelaki sedang menjawab soalan yang ditanya oleh seorang wanita, tiba-tiba wanita itu mula menyampuk mengutarakan pandangannya selama 10 minit yang seterusnya, lelaki itu selalunya akan terus diam begitu sahaja.

TIP: Apabila anda bersama lelaki, cuba jangan mendominasi sesuatu perbualan itu sehingga anda tahu topik itu adalah kesukaannya. Pastikan perbualan tidak terlalu menjurus ke arah yang tiada isi kerana lelaki suka perempuan yang ada 'isi' dalam setiap perkataannya kerana melambangkan kebijaksanaan dalam pertuturan.

3. Perempuan Kuat Mengadu (Merengek); Terlalu Bergantung
Perempuan memang dikenali sebagai kaum yang lemah, tak semestinya perlu sentiasa bergantung kepada lelaki semata-mata. Umur semakin meningkat, jadi kematangan pun perlulah seiring juga. Sikap yang terlalu keterbergantungan membuatkan lelaki mudah bosan.

Dalam perhubungan, pastikan ada 'give and take'.Barulah satu perhubungan itu adil bagi kedua-dua pihak. Sekuat-kuat lelaki, jangan ingat mereka tidak ada sifat manja. Mereka pun manusia juga. Jadi, berpada-pada lah meluahkan atau mengekspresikan kemanjaan masing-masing.

TIPS: Belajarlah mematangkan diri dan rajin-rajin motivasi diri. Kalau mengalami masalah itu, berfikir dengan tenang dan bertindak secara rasional. Perempuan yang 'independent' adalah seorang yang hebat. 'Independent' tidak semestinya terlalu 'open'.

4. Permaisuri Kerjaya
Dikatakan lelaki ‘berasa terancam’ dengan wanita yang berjaya. Kalau macam tu tidak ada sebab untuk mana-mana lelaki pun ingin bersama dengan wanita seperti ini! Sebabnya ialah lelaki akan merasakan apakah perkara yang boleh dia sumbangkan dalam hidup wanita tersebut sekiranya dia berasa cukup segalanya?

Lelaki tidak mahu wanita yang 100% bergantung kepadanya, tetapi adalah satu perkara yang amat mengharukan buat lelaki bila merasakan wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi membenarkan dirinya untuk bergantung kepada lelaki, yang pasti kelihatan wanita itu tidaklah sama sekali langsung tidak memerlukan lelaki dalam hidupnya.

TIP: Kebanyakan lelaki ingin menjadi tumpuan utama dalam hidup pasangannya, dan tidak mahu tumpuan wanita itu terhadap kerjayanya melebihi tumpuan terhadapnya.

5. Pembenci Lelaki.
Wanita jenis ini berbeza berbanding wanita di dalam kategori lain dari satu segi. Kebanyakan lelaki akan memberikan wanita kategori ini lebih peluang dan cuba untuk memenangi hatinya, hanya disebabkan wanita ini dilihat sebagai satu cabaran.

Disebabkan kekuatannya (kemarahan), kebanyakan lelaki tidak mahu sebuah perhubungan yang mempunyai komitmen bersamanya (apatah lagi berkahwin), tetapi mereka begitu teruja dengan sikap wanita ini dan melihatnya sebagai cabaran, berusaha untuk mendapatkannya hanya sebagai “trophy”. Apatah lagi jika sikap dan kehidupan sosial wanita ini sentiasa membuka peluang kepadanya untuk bertemu lelaki jenis “buaya” dan berbahaya.

Wanita seperti ini mempunyai sifat persaingan seperti seorang lelaki dan sensitiviti seorang wanita. Dia mampu berubah dari seorang yang begitu menarik dan memikat kepada seorang yang sebaliknya atau “emotionally distant” dalam sekelip mata.

Dalam kata lain, dia menggunakan kebenciannya terhadap lelaki sebagai perisai untuk mengelakkannya dari terluka….sekali lagi.

TIP: Wanita seperti ini begitu berjaga-jaga supaya dirinya tidak terluka lagi. Di dalam perhubungan, bila dia menyerahkan hatinya kepada lelaki, mereka selalunya membenarkan perhubungan tersebut bergerak dengan terlalu pantas, dan akhirnya akan memeranjatkan, melemaskan, dan juga menakutkan kebanyakan lelaki.

Perkara yang paling penting wanita ini perlu pelajari ialah bagaimana untuk secara p..e..r..l..a..h..a..n membenarkan lelaki mencuri hatinya.

Michileyna, HitaMerahPutih.

21.12.13

Jangan jadi bodoh sombong

Bodoh sombong.
*****
*****
Sedih kan. Bila wujudnya manusia yang bodoh sombong ni. Memang, Allah jadikan manusia dengan akal yang berbeza. Bodohkah kita, bijakkah kita semua itu pilihan. Lainlah yang memang semulajadi genius, itu gifted namanya. Tapi, tak cukupkah dengan bodoh yang kita pilih, lepas tu nak menyombong pulak. Kita hidup atas dunia bukan seorang diri. Ada ramai lagi lautan manusia yang lain. Hidup ni, kalau sombong, tak kemana ye bang.

Aku lebih hormat kepada orang yang bodoh, tapi tahu senyum dan hargai orang lain. Daripada yang terang-terang cerdik tapi pandang rendah dekat orang lain. Semoga kita dijauhi daripada menjadi ;

Yang bodoh, lagi sombong.
Yang bijak, tapi bongkak.

Jadi yang biasa-biasa sudahlah ye. Tak pandai sangat, tak bodoh sangat. Tak sombong dan tak bongkak. Haa, kan bagus. Pelajaran, sijil, kelulusan, CGPA, kelayakan, tempat belajar, dalam luar negara, semua tak menjamin kalau dalam diri wujud sifat angkuh dan sombong ini. Jadilah manusia yang berilmu dan beramal. Guna ilmu yang ada untuk kawal sifat semulajadi. InsyaALLAH, kita mampu.

Semoga apa yang disampaikan dari hati-ini, akan sampai ke-hati-sana. Terima kasih.

HKH.

Jaga jaga lelaki suka perhati

Apa yang Lelaki Suka Perhatikan?

Jangan tidak percaya, anda sebenarnya boleh mencuri hatinya walaupun hanya sekali berjumpa. Kami ada senarai apa yang lelaki suka perhatikan untuk anda menjadi lebih bersedia sebelum keluar dengannya.

1. Senyuman
Lelaki merasakan senyuman wanita itu merupakan satu daya tarikan yang paling besar kepadanya. Cara anda senyum juga boleh menunjukkan keikhlasan anda kepadanya. Jadi, janganlah senyum kepadanya kerana terpaksa atau dibuat-buat.

2. Rambut
Lelaki sukakan wanita yang wangi rambutnya. Apa yang bermain di fikiran mereka ketika melihat rambut anda ialah, adakah ia lembut, selembut baunya? Tambahan pula sekiranya anda bermain dengan rambut anda ketika berbicara dengannya. Lelaki merasakan ia sangat seksi. Aku pakai tudung ok.

3. Buah Dada
Ini adalah normal bagi setiap lelaki tulen. Walaupun anda memakai pakaian yang sopan, dia akan curi-curi melihatnya dan membayangkan bentuknya. Sensored betul. Sorry.

4. Solekan
Betul, mereka sebenarnya memerhatikan warna gincu dan pembayang mata anda. Sekiranya anda mengenakan solekan yang begitu tebal, lelaki akan berfikir apa yang cuba anda sorokkan pada wajah anda.

5. Kulit
Cuba anda keluar dengannya tanpa mekap dan dedahkan kecantikan kulit anda. Si dia semestinya akan cuba memegang wajah anda kerana lelaki memang suka memerhatikan kulit wanita tanpa secalit solekan pun. Pukul je tangan dia kalau berani2.

6. Personaliti
Ini adalah aspek yang paling diperhatikan oleh lelaki. Cara anda membawa diri di hadapannya adalah sangat penting. Dia akan memberi perhatian kepada percakapan anda untuk menilai kebijaksanaan anda. Bahasa tubuh anda turut diperhatikan untuk menilai kemanjaan anda. Cara anda makan juga menjadi perhatian untuk menilai kesopanan anda. Beware. Watch out.

Majalah Eh!

Lelaki sukaaa sangat yeeeee keeeee

25 Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita.

1. Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.
 
2. Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.
 
3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda ‘tidak sihat’ pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.
 
4. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.
 
5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.
 
6. Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.
 
7. Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.
 
8. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran ‘manja’ yang anda miliki.
 
9. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.
 
10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.
 
11. Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.
 
12. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.
 
13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.
 
14. Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.
 
15. Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.
 
16. Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.
 
17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.
 
18. Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.
 
19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.
 
20. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.
 
21. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.
 
22. Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.
 
23. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.
 
24. Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.
 
25. Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.

FB Kenangan Itu Terlalu Indah Untuk Ku Lupakan.


Ucapan ucapan yang lelaki suka dengar

5 Perkara yang lelaki suka dengar daripada wanita

Sekiranya seseorang wanita suka mendengar pujian, suka diberitahu bahawa diri mereka disayangi atau sebagainya, bagaimana pula dengan lelaki? Apakah perkara yang lelaki suka dengan daripada mulut seorang wanita?

(1) Lelaki kebiasaannya akan berasa lebih tertekan di tempat kerja. Mungkin dalam sesetengah situasi yang melibatkan pekerjaan, mereka berasa amat kecewa terhadap hasil daripada tugasan yang telah mereka laksanakan. Jadi siapakah orang yang paling bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka telah melakukan kerja dengan baik? Tidak lain dan tidak bukan adalah seorang wanita.

(2) Didalam kehidupan seharian, seorang lelaki akan berusaha untuk melakukan sesuatu yang mungkin dapat membantu diri mereka, keluarga, rakan dan sebagainya. Mungkin sesuatu perkara yang mereka lakukan akan berhasil dan mungkin juga tidak. Sekiranya mereka telah berusaha melakukan sesuatu tetapi tidak berhasil, siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka telah melakukan perkara bijak dengan mengambil keputusan melakukannya berbanding berdiam diri? Tidak lain tidak bukan adalah wanita.

(3) Lelaki pada masa kini amat menitikberatkan mengenai soal penampilan diri. Mereka berusaha untuk kelihatan segak di khalayak ramai. Jadi siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka kelihatan kacak? tidak lain tidak bukan adalah wanita.

(4) Seorang lelaki sanggup menggadaikan nyawa mereka hanya untuk memberikan perlindungan terhadap orang yang memerlukan. Jadi siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka adalah seorang yang berani? Tidak lain tidak bukan adalah wanita.

(5) Sesuatu tugasan yang berat sering dikaitkan dengan lelaki. Ini adalah kerana tenaga seorang lelaki adalah lebih kuat berbanding daripada wanita, Jadi siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka adalah seorang yang gagah atau kuat? tidak lain tidak bukan adalah wanita.

Sumber : top5reason.com

Jom jadi perempuan mahal

Lelaki suka perempuan yang sombong atau yang senang didekati?

Pompuan-pompuan, jom usha pendapat lelaki yang sempat aku interview berhubung isu ni.

Zack, 26 - Dari pengalaman guwa 14 tahun jadi playboy, guwa suka yang sombong (jual mahal) Sebab 1 challenge bagi guwa. Pasal liat oi pompuan jenis ni. Daapat guwa tackle.., memang guwa puas. Lagi 1 pompuan yang jual mahal ni bagi guwa hot. Kalau yang senang didekati ni, alamak ai.. Tak mencabar langsung. 

Stem, 22 - Aku suka yang senang didekati! Pasal aku malas nak pening-pening fikiaq taktik/muslihat nak tackle diaorang ni. Buang masa ah. Mana tahu, tengah-tengah aku duk fikir taktik/muslihat tu kan, tetiba awek tu kene kebas. Aku gak melepas! Ngeee!!

Ronzi, 24 - Hm kalau aku, aku suka dua-dua.. 

Hm macam-macam pendapat ada. Bagi aku, 50% sombong, 50% mudah didekati. Kena balanced. Sebab?

Kalau terlalu sombong (jual mahal) sampai lelaki tegur pun tak respon, macam over lah. Memang lelaki tak suka rasanya. Kalau senang didekati pulak, bagi aku kena kurangkan la sikit.. Yelah kenalah jaga nama jugak. Nanti kalau orang sekeliling kata tak tahu malu, confirm melenting punya.

© Akid Azami