12.2.14

Resepi Ayam Masak Kicap

Ihsan Google
Assalamualaikum.

Hello everybodeh. Jom try resepi my mommy?

RESEPI AYAM MASAK KICAP
1. Tumbuk 10 biji cili padi dengan garam sesudu kecil sampai lumat.
2. Masukkan seulas bawang putih dan 2 biji bawang merah, tumbuk sampai lumat.
3. Masukkan dalam kuali.
4. Isi air 3 gelas.
5. Masukkan ayam yang dah dibasuh bersih dan ditoskan.
6. Tambah jintan manis sesudu kecil, sesudu kecil ketumbar, sesudu kecil serbuk rempah sup, sesudu kecil rempah kurma.
7. Masukkan 3 keping bunga lawang, 5 kuntum cengkih, sebatang kulit kayu manis.
8. Masukkan asam jawa besar ibu jari dibancuh dan dibuang biji.
9. Masukkan gula 2 sudu besar penuh dan garam sesudu kecil.
10. Masukkan kicap sehingga bewarna hitam dan tidak pucat.
11. Campurkan kentang yang dibelah 4, 4 biji.
12. Masak atas api sampai pekat.
13. Rasa secukupnya. Kentang lembut, boleh dihidang.


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.