30.11.13

Mitos tentang bdk TESL

Assalamualaikum dear readers.

Apakah mitos yang lazim dalam TESL ni?
a. Semua budak TESL fluent English.
Salah! Bukan semua fluent. And tak salah pun kalau tak fluent. Dah lepas temuduga pun dikira cukuplah. Sepanjang kau belajar dalam TESL nanti, kau baikilah efficiency kau dalam penggunaan English.

b. Semua budak TESL speaking English in daily life.
Ini agak rare. Jaranglah budak TESL ni nak cakap English sesama diorang melainkan memang suka-suka, or dalam kelas. And aku percaya masa kalian interview dulu mesti ada sesetengah yang mengila-ngila speaking sesama diorang. Lol.

Terima kasih sudi bc. (:

Slm syg,
Misz Wati.

Credits to Fthlnzm.

29.11.13

Best ke KL ni

Assalamualaikum bloggers. Huhi.

Suke gi kl x? Mesti suke kn. Tipu kalau ckp x suke tu. Jom tengok kenapa kl best ke tidak.

1. Ada orang memang bercita-cita nak kerja di kl. Bukan aku ok.
2. Ada orang bangga dengan Pavilion. Aku x pernah gi huhi.
3. KL ada apa yang kita cari. Mcm astro jgk. Macam-macam ado.
4. KL ada gejala sosial yg buruk. Nasib aku x duduk kl. Huhi.
5. KL maju. Sbb dia ibu negara kita. Kemajuan pembangunan mmg seiring dengan gejala sosial dan masalah2 lain. Negara maju sama maju dengan masalah sosial. Walaupun Malaysia belum betul2 negara maju, mcm2 hal dh jadi.
6. Mungkin KL akan aman semula bila sampai satu masa orang akan frust hidup di KL dan masing-masing mencari kawasan-kawasan baru untuk diteroka.
7. Orang asal KL ni baik2 saja orangnya dan yang kurang sivik dan semacam tu bukan orang asal situ. Jadi sense of belonging dan semangat sayangkan KL tu kurang. Sebut pasal gejala sosial, banyak perkara boleh dikaitkan. Antaranya proses urbanisasi tak seimbang dan kelas ekonomi.
8. KL terlalu byk ketakutan yg menjadi risiko dan beban. Kat mana-mana pun ada beban. Sebenarnya dalam beban tu la kita belajar banyak benda.
9. Salute pd driver2 di KL, boleh drive dalam jam ibu kota.
10. Duduk KL senang sikit nak buat hal. Ini mmg bkn aku.

Terima kasih sudi bc. (:

Yang tgh dmm,
Misz wati.

Credit to Kelambu.

Jom jadi matang

Assalamualakum readers.

Siapa yang tak pernah dengar perkataan matang tu tak taulah. Perkataan ini semua orang suka sebut kn?

"Ee, tak matang langsung. Macam budak-budak."  
"Cuba berfikir secara matang sikit, jangan jadi kebudak budakan"  
"Harap je umur dah xx tapi perangai langsung tak matang" 

Namun seberapa gelintirkah yang memahami maksud 'matang' itu dengan lebih tersirat? Apabila  disebut perkataan 'matang', apa yang terlintas di fikiran korang?

"matang tu bermaksud akal fikiran yang dewasa"
"berfikir sebelum bertindak"
"rasional dalam semua perkara"

Itu adalah beberapa maksud matang. Terima pendapat orang. Bersikap rasional itu penting.

Pengalaman juga boleh mematangkan kita. Bukan pengalaman sahaja, usia pun sama. Tapi kadang kadang usia ni tak menjadi faktor pun buat masa sekarang.

Jadi, jom jadi matang. Bukan matang dari aspek kelakuan sahaja, matang dari aspek permikiran, sahsiah, tindakan dan lain lain.

Terima kasih sudi bc. (:

Slm syg,
Misz wati.

Credit to Joyfulwishes comel angat.

Anda loser bila

Assalamualaikum everybody.

Anda rs anda loser ke idak? Alamak mcm harsh pun ade. Maafkan sy.

Anda loser bila otak nak merancang tapi blur dan tak tahu bagaimana nak merancang. Berdiri or duduk dengan otak kosong.

Anda loser bila buat kerja sangat lembab dan terhegeh-hegeh. Hasil progress kerja sangat sedikit.

Anda loser bila disuruh bercakap kat depan secara spontan, tangan menggigil. Orang tau anda nervous kat depan.

Anda loser bila perancangan anda gagal. Lepas tu rasa macam orang sekeliling evaluate buruk-buruk kat diri sendiri dengan perasaan "kesiannya kau".

Anda loser bila tengah stress-stress, anda nangis. Lepas tu dia turun mencurah-curah taknak stop. But, jangan memperlekehkan tangisan yang anda bina di kala anda tengah down. Itu sebenarnya titik tolak anda bangkit!

Anda loser bila anda cakap, "Aku taknak teruskan bljr/kerja sekarang ni sebab aku rasa aku tak cukup capable nak handle. Semua benda yg aku buat, aku rs sgt bongok."

Please, jgn pikir negatif. Semua orang bljr drpd kesilapan dan dari pengalaman. Jgn putus asa. Selamat berusaha. Berdoa byk2 pd allah. Tiada yg berkuasa melainkan DIA.

Terima kasih sudi bc. (:

Slm syg,
Misz wati.

Credit to Oyenks.

28.11.13

Jom bangun pukul 5 pagi

Assalamualaikum blogger2 yg dikasihi sekalian.

Kenapa kita kena bangun pagi?

"The Who sweats in training, bleeds less in War." Maksudnya, bangun awal pagi adalah persiapan kita untuk sehari. Untuk bersiap dengan apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku. Maka, kenapa?

#1. Segalanya akan bersedia. Mental, badan, hati dan keazaman akan terus bersedia.
#2. Muscle Metabolism.
#3. Extraordinary Time; boleh cipta Powerful Power, Mental Focus dan Energy
#4. Enermous Phylogical Edge; orang yang bangun awal pagi dikala orang lain tidur adalah orang yang  berkeyakinan tinggi, berani dan mempunyai fikiran seperti seorang leader.

It takes 66 days to install a new habit. (Neuro-architecture).
CHANGE is HARD at the BEGINNING
MESSY in the MIDDLE
GORGEOUS at the END.

Kita perlu bangun pada waktu yang sama, iaitu pukul 5 pagi secara konsisten. Dan buat amalan 20/20/20. Dalam masa sejam dari pukul 5 pagi, 20 minit untuk senaman, 20 minit review scheduled, 20 minit untuk proses pembelajaran.

"The world is belong to the learners, as you learn more, you can achieve more. To double your income, triple your rate of learning. The things you get scheduled is the thing you get done."

Slm syg,
Misz wati.

Credit to dandelinoid genius.

Jom semak makna tahiyat akhir jom

Assalamualaikum pembaca yg dirahmati allah.

Penah x time solat korang rs bc tahiyat akhir belit2. Aku ade kdg2. Huhi. Jgn cmtu. Jom semak ape maksud tahiyat akhir jom.

1. Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
2. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
3. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
4. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
5. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. (#)
6. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
7. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
8. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Semoga bermanfaat kwn2.

Slm syg,
Misz wati.

Novel2 tv yg wajib kita beli

Assalamualaikum everybody.

Sebanyak 13 buah novel yang diterbitkan di bawah label Karyaseni dan Penulisan2u akan diangkat sama ada sebagai drama ataupun filem.

Novel-novel itu termasuklah:
1. Suami Aku Ustaz.
2. Suami Yang Kubenci.
3. Sebenarnya Saya Isteri Dia.
4. Perempuan Lindungan Kaabah.
5. Kampung Girl.
6. Lelaki Eksklusif.
7. Jodoh Itu Milik Kita.
8. Teduhan Kasih.
9. Projek Memikat Suami.
10. One Day You'll Be Mine.
11. Suamiku Encik Perfect 10.
12. Love You Mr Arrogant.
13. The Wedding Breaker.

Aku dh bli 7 drpdnya. Jom bli novel2 ni!
Terima kasih sudi bc. (:

Misz wati.

Google image credit to ilazzshah.

Kenapa perempuan suka lelaki gelap

Assalamualaikum bloggers2 yg dihormati sekalian.

Tgh buat apekah. Tgok berita tv9 la tu. Huhi. Meh nak kongsi knp pempuan suka lelaki gelap2.

1. Pempuan suka tengok drama korea tapi tak bermaksud pempuan suka lelaki spesis gitu. Pempuan tak nak bersanding nanti laki dia lebih LAWA dari dia.
2. Lelaki jambu ni dh serupe pompuan plak.
3. Ada pempuan mmg suka lelaki muka jambu or chinese look. Tp pempuan tu kawen jgk dgn lelaki tanned sbb dah jodoh haha.
4. Lelaki jambu honestly nice to see, nice to watch, tapi tak trigger perasaan suka atau cinta.
5. Kalau ikut saintifik, biasanya perempuan akan cenderung ke muka mskulin (muka ketak, kulit tak pucat, jambang janggut semua) adalah semasa waktu subur dia. Di luar waktu subur pula dia minat yang muka sedikit feminized, cerah2 sikit, comel, bulat gitu.
6. Perempuan lbh suka lelaki xhensem sbb fkr utk jgka pjg. Pempuan xnk lelaki beralih arah. Pempuan lbh suka lelaki xhensem sbbnya baik untuk msa dpn.
7. Semestinya stok lelaki jambu bukan selera. tak best ah,nanti orang ingat laki kita tu adik pulak.lagi pulak dia lagi comel fotogenik dari perempuan.Oh lala. makin stress.dan sebenarnya, macam sinetron, kdrama, drama melayu, kebenaran, rakyat kebanyakan takde se hensem se cantik yang dipaparkan.ilusi semata.
8. Pempuan suke laki kulit sawo matang.gelap skit.bkn gelap gulita.cm remy ishak,adi putra.nmpak macho.
9. Secara umumnya memang perempuan suka tengok lelaki yang jambu @ fair skin tetapi lelaki yang mempunyai ciri-ciri kelakian akan dipilih untuk dijadikan suami. bila dah kahwin, perlu lebih berdikari dan perlu saling membantu. kalau pilih anak mak, pempuan pulak terpaksa bantu dia.
10. A tanned man is just awesome.
11. Tanned man lagi macho.

Yg jenuh menaip,
Misz wati.

Credit to bloggers perempuan.

Nakhoda Nurani

Assalamualaikum bloggers2 yg dihormati.

Tgh buat ape tu. Tgok citer Playboy itu suami aku ek.... Huhi.

Aku buat entri ni khas utk blogger nakhoda nurani. Hahai slm knl. Terima kasih sbb follow blog aku.

Best blogger nakhoda nurani ni, aku br je follow die jap td. Tgok2 dia dh follow aku blk.

Blogger2 lain klu nk knl blogger nakhoda nurani ni, jemput dtg ke engkumuzahadin.blogspot.com ok.

Slm blogging. Terima kasih sudi bc hihi.

Misz wati.

Kenangan zaman sekolah2

Assalamualaikum blogwalkers yg dikasihi sekalian.

Korang suke x zaman sekolah2 dulu? Meh aku mulakan dengan kenangan pahit aku zaman sekolah dulu.

Mak aku cikgu. Ada sekali tu, ada suatu program jadi aku terpaksa tumpang hostel. Tanpa disangka2, senior2 aku budak hostel, mengata2 mak aku.

Ape perasaan korang. Sedih x mak korang dihina orang. Kalau korang x sedih, korang mmg pelik........

Cakap pasal kenangan manis zaman sekolah dulu? Aku x ingat. Haha teruknye aku. Kalo aku dah ingat, next2 entri aku kongsi ngn korang yek.

Sampai sini dulu. Terima kasih sudi bc. (:

Slm syg,
Misz wati.


Pengalaman aku mengajar dulu

Asalamualaikum readers yg dikasihi sekalian.

Korang pnh mengajar? Aku pernah. Jap je. Cam serik pun ado.

Aku pernah mengajar sebuah sekolah menengah kebangsaan di ibu kota. Bdk2 bandar kan kata orang liar2. Ui pahit jugak. Dapat pula kena ngajar kelas belakang, jadi perangai pelajar2 tu mmg aku tak tahan. Serik rasanya bila teringat kenangan ni.

Boleh x ketua kelas yang buat hal. Aduh tensyennye rs. Masa aku ngajar tu lah masa tu dia lalok high ke ape. Dia pon same2 bercakap jgk. Xhormat aku dan menenggelamkan suara aku. Memang terganggu lah pengajaran aku.

Memang salah aku juga, budak2 kelas belakang mana minat belajar. Tapi aku dok pulun jugak mengajar macamlah diorang blh terima.

Maafkan aku bekas murid2ku. Masa tu, bukan takdirnya aku jadi seorang pendidik.

Byk lagi pengalaman2 pahit aku masa ngajar dulu. Len kali kite stori2 lagi. Terima kasih sudi baca. (:

Slm syg,
Misz wati.

Takut nak tulis bukan2 kt blog

Assalamualaikum dan selamat petang readers yg dikasihi.

Korang pnh x terpikir takut nk tulis merepek2 kt blog? Aku ade terpikir. Aku nak jadi cam asy-syahid ahmad ammar bin ahmad azam. Dimuliakan lepas dah tiada lagi.

Jadi aku risau nak tulis bukan2 kt blog. Buatnye aku lupe pasword akibat lama x update blog, kan mati aku bnda aku ngarut2 x hilang2 smpai kiamat. Cacatla amalan aku.

Padahal banyak je benda nak kongsi ngn bloggers2 sekalian.

Macam asy-syahid ahmad ammar bin ahmad azam, 20, dia byk tulis bnda baik2 je. Hadis, potongan ayat quran, kata2 cendekiawan islam, atau puisi2 indah.

Korang pulak acaner? Terima kasih sudi bc. (:

Slm syg,
Misz wati.

27.11.13

Terima kasih mak. Syg mak

Assalamualaikum bloggers2 yg dikasihi sekalian.

Setelah sekian lama x sembang ngn mak, malam semalam mak aku kol aku. Mak aku mmg jenis tough love ngn aku. Bersembang mcm askar. Ganeh semacam. Aku pun anak sulung. So mmg x manje ok. Huhi.

Mak aku tanya, “Along mmg x buat tahajud eh?”. Adoi mati aku. Aku jawab, “Mane sempat mak, tiap2 mlm along study dari 11 mlm straight sampai subuh.”

Mak aku cakap, “Mane boleh camtu!”

Aku cukup terkesan dgn teguran itu. Aku malu kat mak. Maafkan aku mak. Aku mmg x guna. Aku janji tiap2 mlm lepas ni xkan tinggal tahajud lagi.

Terima kasih allah, kerana mengurniakan aku seorang ibu yg sgt kasihi aku. Mak, aku syg mak. Sgt2.  

Mak korang best x? Sampai sini dulu. Terima kasih sudi baca. (:

Misz wati.


Kenapa tuhan x beri apa yg kita mau

Assalamualaikum dan selamat petang bloggers2 yg dikasihi.

Kenapa tuhan selalu beri apa yg kita x mau ye?

Aku seorang pelajar. Dh tentu aku perlu laptop utk siapkan assignment2 aku. 

Laptop lama aku dh usang pun. Bila menaip lama sikit mulalah dia panas lain mcm. Aku pulak klo buat assignment mmg lame. Aku fhm, laptop lama mmg mcm2lah sakitnya.

Aku dh selalu sebut2 hajat aku ni pd family aku. Aku bkn mnta utk suka2, tp utk buat assignment.

Tp family aku beri aku bnda lain. Diorang beri aku tablet lps tu handphone baru pulak sedangkan handphone lama aku belum rosak lg.

Aku bersyukur dpt semua tu. Tp assignment aku lg penting. Camane nk grad klu assignment x siap. Betul ke slh.

Aku mls bicara pnjg. Moga ada hikmah buatku. Mohon didoakan aku kawan.

Terima kasih sudi baca.

Yg sedang pedih ulu hati,
Misz wati.


26.11.13

Doa aku setiap lepas solat

Assalamualaikum dan selamat pagi bloggers yg dikasihi.

Hari ni aku nk kongsi doa2 aku dgn korang.

Setiap kli lps sembahyang fardu, aku akan buat solat sunat hajat 2 rakaat sbb aku ade byk hjt blm tercapai.

Setiap kali lps solat tu, aku doa kat tuhan spya ampunkan dosa2 aku dan kedua ibu bapa aku dan jauhkan kami dari azab neraka.

Aku jgk bc doa mnta kebahagiaan dunia akhirat.

Aku jgk bc doa belajar spya aku dilapangkan jiwa dan minda utk terima pelajaran.

Aku jgk bc doa bljr yg hafalan nabi2 dan ilham para malaikat tu.

Last sekali aku doa spya aku rjn, tekun, matang, bijaksana, cpt2 hbs bljr, cpt2 dpt kerja, cpt2 blh blk jumpa mak abah aku, n cpt2 blh kawen.

Kadang2 aku x nangis, kdg2 aku paksa diri aku utk nangis spya doa aku dimakbul tuhan.

Orang ckp kalo kite x nanges maksudnya hati kita keras cm batu. Sombong ngn tuhan. Aku x nk la cmtu.

Aku harap korang pembaca tolong same2 doakan aku. Aku perlu sgt2 doa korang.

Terima kasih sudi bc tau korang.

Slm syg,
Misz wati.

Nasrina Honey

Assalamualaikum blogger Nasrina Honey.

Diharapkan blogger nasrina honey sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.

Pertama sekali wati nak ucap bebanyak time kasib sbb sudi follow blog wati.

Entri ni khas wati buat utk blogger nasrina honey sbb jadi follower pertama kat blog wati yg x seberapa ni.

Disebabkan wati br dlm blogging ni jd mohon tunjuk ajar dlm dunia blogging ni.
Ape2 pun, terima kasih wati ucapkan sekali lg.

Kepada blogger2 lain, jemput dtg ke nashanim.blogspot.com. Selamat berblogging. (:

Slm blogging,
Misz wati.

25.11.13

Ruginya putus kawan

Assalamualaikum bloggers2 yg dikasihi.

Pernah x korang putus kawan? Secara saja2 atau x sengaja? X baik tau. Jom sama2 kita hindari amalan ini. Menyambung silaturrahim lah resepi utk kita hidup bahagia dunia akhirat.

Memutuskan silaturrahim menyebabkan seseorang memperoleh hukuman dengan segera ketika berada di dunia lagi. Sebagaimana  diterangkan dalam sebuah hadis daripada Abu Bakar ra. bahawa baginda SAW bersabda yang bermaksud:

"Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim". (HR. Ibnu Majah dan Tarmizi)

Sesungguhnya tidak rugi jika kita sentiasa mempererat tali silaturrahim, kerana ia menyebabkan dilapangkan rezeki dan dipanjangkan umur. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia memelihara hubungan silaturrahim". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Aku lonely. Aku rindu family aku, kwn2 aku. Mak abah, adik2, kwn2, tlg doakan aku agar blh cpt pulang bertemu kalian. Aku mohon doa dari kalian.

Slm rindu,
Misz wati.

Credit to Darulnuman.

Rindu sgt ni knp

Assalamualaikum...

Mak, abah, along rindu sgt2 kt mak ngn abah ni knp? Ade pggl2 along ke?

Mak, abah, along rindu sgt2 kt mak ngn abah. Dh bertahun kita x jumpa...along rinduuuuu...

Mak, abah, tlg mohon pd allah spya along blh cpt blk jumpa mak dan abah....

Yg sdg pilu,
Along.

24.11.13

Jom cari peribadi seindah asy syahid tertangguh Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam

Assalamualaikum bloggers yg dikasihi.

Jom kenali Allahyarham Akhi Ahmad Ammar. Beliau pernah dinobat sebagai pelajar kedua terbaik SPM 2010 di RMC dgn pencapaian 9A1 1A2 dan memilih utk sambung di Turki.

Bila ditanya kenapa pilih Turki dan ambil sejarah, jawapan beliau "Turki ni dulu pernah jadi pusat dunia Islam 600 tahun, xde kuasa dunia yg lg lama drpd tu, negara lain pun respect n tunduk dgn Turki, knapa kita x bngga, itu sejarah kita. Kita boleh kembalikn balik sejarah itu."

Beliau seorg yg sgt pendiam, tp skali beliau cakap, smua org nk dgr dan akan ingat ap yg beliau cakap. Beliau jg sgt susah nk gelak ketawa, tp skali beliau ketawa smua org ingat bila dan apa yg buat beliau ketawa.

Beliau jgnkan nk brckp dgn perempuan, sgt kekok klu beliau dlm situasi trsebut. MashaAllah begitu skali beliau mnjaga dirinya.

Beliau seorang yg sgt rajin menolong, klu ad prgrm ap2 d rumah, beliau org yg pertama smp utk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. Beliau jgla yg last skali balik sbb nk bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dn bungkuskn makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau.

Beliau sgt sopan santun, sgt brjaga2 ketika brtanya dn sgt brdisiplin. Antara cara beliau ialah sbelum tidur dan bangkit dr tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul.

Beliau sering tidur lewat krn mmbaca buku. Buku2 nya bnyak yg dah rabak dan banyak tulisan menunjukkan yg mmng beliau mmbacanya. Beliau sgt suka Sultan Muhammed Al-Fatih.

Pd suatu mkn mlm, beliau crita pngalaman beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan d Syria. Ketika beliau brmalam d wad hospital Syria, beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid. Salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid. Kemudian x de apa2 brlaku beliau trus tidur.

Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau di Syria, beliau ad brtanya dgn sorang pemandu di Syria, "knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda kt sini da x pandang da harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk syahid". Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kata "awak ni boleh mati syahid ni".

HasbunAllahu wani'mal wakeel, 2 hari slps itu, beliau prgi meninggalkn ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln raya, kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah ambulan kena bhg bahu bliau.

Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya dgn keadaan yg ckup tenang malah beliau mrupakan satu2nya anak lelaki dlm kluarga.

Saat dikebumikan di perkuburan Eyyüp Sultan Camii, rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ krn prkuburan tersbut jg ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan tmbahan pula foreigner utk dtempatkn d situ. MasyaAllah.

Bbrp hari yg lalu, fakulti beliau d Universiti Marmara tlh menanam sbuah pokok yg dberi nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara University tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yg brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar".

Sblum beliau pergi, status terakhir beliau d FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd sesiapa shj yg mmbcanya.

Hanya ilmu, nasihat dan smangat yg beliau tggalkn pd kita. Kuasa Allah rupa2nya beliaulah pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula mngenal apa itu Turki.

Moga rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin. Al-Faatihah.

Slm rindu,

Misz wati.

Credit to Muhammad bin A. Z.

Jom tiru Nik Nur Madihah

Assalamualaikum dear readers a.k.a other bloggers yg cun dan kacak tu.
Ape kbr hr ini? Mudh2n sihat dlm lindungan allah. Jom kita susuri peribadi nik nur madihah nak? Knl ke idak siapa org ni? Ok.

Kisah kejayaan Nur Madihah membuktikan tidak kira siapa anak nelayan, anak penoreh getah, anak petani, anak peguam, anak doktor dan anak menteri semuanya boleh berjaya. Yang penting ialah berusaha dan belajar tanpa mengenal erti jemu untuk berjaya.

Hobi nik nur madihah ialah membaca, kalau ada masa lapang beliau akan membaca terutama novel tulisan Faisal Tehrani.

Dalam zaman serba canggih ini, Madihah tidak pernah keluar daripada Kelantan tetapi mengetahui tentang semua tempat disebabkan selalu melayari internet.

Disebabkan tidak ada duit, dia hanya melayari internet di perpustakaan awam dan membaca buku atau novel kegemarannya di situ.

Ibu bapanya mempunyai kesedaran ilmu yang tinggi, walaupun susah dan kadang-kadang terlepas makan kedua ibu bapanya mengumpul duit sedikit demi sedikit untuk membeli komputer bagi mendedahkan anak-anaknya tentang IT.

Biar pun susah bagaimana sekali pun Madihah tidak pernah meminta-minta dan meneruskan perjalanan hidup seperti biasa malah menjadikannya sebagai satu cabaran.

Madihah seorang pendiam dan agak pemalu, sepanjang tempoh wawancara dibuat Madihah cuba menyembunyikan kesusahannya sehingga ada beberapa jawapan datang daripada ibu dan gurunya.

Rumah Madihah memang sempit, hanya selesa untuk 4 orang sahaja tetapi satu yang pelik walaupun di luar sangat panas tetapi dalam rumah tidak terasa sangat walaupun bersesak dan beratap zink.

Ada sebuah universiti tempatan menawarkan tempat untuk Madihah, bukan untuk peringkat sarjana muda tetapi PhD.

Moh same2 kita jadikan beliau sebagai motivasi kita utk terus berusaha shngga mncapai kejayaan.

Slm sygz,
Misz wati.

Credit to Wowberita.

Drama korea snow queen



Assalamualaikum blogger2 yg cun2 n kacak macho tu...

Minat drama korea x. I minat hihi. Tau x citer snow queen. I dh jth cnta kt citer lame ni. Meh nk stori sikit. Snow Queen ini adalah kisah yang indah dari dua jiwa yang terluka untuk nemui erti dalam hidup satu sama lain. Before tengok, baik sediakan tissue sebanyak mungkin.

Citer ni bergenre romance ngn melodrama. Cerita cinta yg sedih n menyentuh hati la maksudnye. Dia ada 16 episod. Citer ni diterbitkan pada tahun 2006. Ui dh berkurun yg lalu. Pelakon utama dia mamat hensem lagi gentleman iaitu Hyun Bin sebagai Han Tae Woong / Han Deuk Gu dan heroinnya yang cun dan kaya iaitu Sung Yu Ri sebagai Kim Bo Ra.

Han Tae Woong/Han Deuk Gu Adalah seorang yang genius dalam matematik. Dia tinggal dengan ibunya yang mencari nafkah dari berjual mee di tepi jalan. Lelaki sederhana dengan hati murni. Hidupnya menjadi kelam setelah dia kehilangan sahabatnya kerana bunuh diri.

Kim Bo Ra Seorang gadis yang sangat kesepian. Abangnya yang sangat dia kagumi, meninggal ketika dia berusia 14 thn. Dia menderita myasthenia gravis dan harus mendapatkan perawatan secara teratur. Ayahnya memanjakannya dgn kekayaan, tapi hubungan mereka tidak rapat. Bo Ra kesepian dan takut, tapi dia menyembunyikannya, dengan semua sifat angkuhnya. Dan juga cara-caranya yang tidak masuk akal. 

Park Yeong Ok (Ibu Tae Woong) Yeong Ok menaruh semua harapannya pada anaknya, Tae Woong. Harapannya lenyap saat anaknya menolak melanjutkan pelajaran setelah kematian sahabatnya. Yeong Ok berkata dia tidak akan membiayai anaknya untuk belajar ke luar negeri seperti yang sudah diberikan oleh Olimpiad Matematik pada Tae Woong. Tapi kemenangan di Olimpiad itu dinodai oleh kematian temannya. 

Kim Jang Su (Ayah Bora) seorang bussinessman yg berjaya. Bersikap dingin dan mengabaikan Bo Ra. Kim Jang Su berbohong pada Bo Ra dan berkata ibunya sudah meninggal, padahal ibunya lari meninggalkan mereka dengan lelaki lain. Kim Jang su bersikap keras pada anaknya dan ingin anaknya hidup sebagai genius. Dia kehilangan anak lelakinya yg xdpt memenuhi harapannya. 

Kim Jeong Kyu Terkenal krn dia mempunyai IQ 180. Ayahnya mendorong Jeong Kyu dengan keras untuk berjaya. Kim Jeong Kyu tidak dapat melupakan kata2 ayahnya bahawa "orang hanya akan ingat pemenang pertama". Kata2 ini yang menyebabkan kematiannya.

Ending die xmo lah citer. Tacing sgt. Tp merupakan bright future buat Han Tae Woong (Hyun Bin). Korang tengoklah sendiri, baru korang tau best ke tidak terpaut hati ke tidak. Hihi. Selamat menonton.

Slm sygz,
Miszwati.

Credit to Kadorama.


23.11.13

Lenovo S890

Assalamualaikum blogger2 yg comel2 dan kacak2 tu.

Korang tgh buat ape. Hihi. Korang pakai henpon ape? Msti iphone kn. Xpun samsung galaxy. Xpun htc. Aku miskin blm keje lg. Aku x kaye cam korang. Xpelah. Aku br jer dpt henpon br. Fmly aku bg. Sukenye2... hihi. Ok ni nk kongsi psl henpon br aku ni mana tau korang pn duk ushar henpon baru.

Henpon aku ni dual simcard. Maksudmye blh psg 2 sim terus. Aku psg maxis ngn celcom lah kan. Die mula dijual di pasaran januari 2013 hari tu. Die adalah henpon touchscreen.
Tebal die 5 inci. Die ade wifi ngn gprs. Die ade bluetooth. Penting ni. Sng nk transfer mcm2.
Die ade kamera dpn dan blkg. Kamera dpn 8 megapixel mcm htc. Die jgk ade flash. Suke3. Sukenye aku sbb aku suke bergambar mihmihmih.

Henpon aku ni pkai android jelly bean. Tau x ape ke bende? Xtau pun xpe hihi.
Henpon aku ni blh sms, mms, email, blogging, ade gps, ade sokongan java, blh bkk youtube, bukak gmail, bkk maps, bkk google, ngn of course ade kalendar hihi.
Kaler henpon aku putih. Aku pkai casing ungu jarang. Comel x hihi.

Harge dia rm600+ shj. Fmly aku blikan henpon ni kt kdai direct d kat subang jaya. Kedai die ya allah ramai sgt org. Xpernah surut. Kedai die kecik je. Family org lain pun ramai dtg sini. Dgr citer kedai ni jual harga borong. Kire lg murah la dr kdai2 henpon yg lain.

Tulah citer henpon br aku. Aku bersyukur dan menghargai sgt pemberian fmly aku. Wpun bkn iphone, aku ttp akn jg henpon br ni elok2. Alhamdulillah. Cume satu aku sedih. Henpon dh baru tp henpon aku sunyi sepi xde sape kol xde sape msj. Ya allah, aku ni hidup zmn batu ke? Nilah rupe org single n available mihmihmihmih.

Slm syg,
Miszwati.

Credit to gsmarena.

Jom belajar BI bagi terer nak


Assalamualaikum korang2 yg comel dan kacak tu. Hihi.

Tgh buat ape tu tgok tv citer x best ek. Hihi. Terer bi x. X terer sgt jom kite kongsi tips2 bljr bi nk. Random btl hihi.

7 Petua ini ialah teknik dan panduan. Jika korang lakukan betul-betul, jangan terkejut jika korang boleh bertutur dengan fasih dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan sangat baik dalam masa kurang 6 bulan.

Petua 1 – Kegagalan atau kelemahan korang pada masa yang lalu bukanlah petunjuk kepada kebolehan diri korang.
Maksudnya kalau dulu2 upsr atau pmr atau spm and bi xdpt A, jgn risau. Ok. We can change to be better if we be consistent dlm berusaha untuk tererkan diri.

Petua 2 – Kuasai perbendaharaan kata.
Ni vocab la. Perkataan2 bi beserta maksud dia dlm bm. Lg bgs kalau salin dlm buku khas. Hapal dictionary bgs gak. Tp ade ke org rjn hapal dictionary? Hurm.

Petua 3 – Kuasai Tatabahasa Bahasa Inggeris.
Ni maksudnya grammar tu perlu kita kuasai. Mcm mn caranya? Kate org, bukak je bku bi bdk2 sekolah rendah. Kuasai grammar2 yg basic tu. Penting tu.

Petua 4 – Fikir dalam Bahasa Inggeris.
Ni betul jugak. Bagusnye klo terer cmni.

Petua 5 – Tulis diari dalam Bahasa Inggeris.
Aku ade buat. Korang jom try!

Petua 6 – Cari kawan pandai Bahasa Inggeris dan kawan yang mahu pandai Bahasa Inggeris.
Kne carik la. Huhi. Klo mak ayh terer bi pn lg best ni. Hari2 nk speaking je.

Petua 7 – Hafal ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris untuk kegunaan harian.
Ni adalah amalan yg jrg aku praktik. Teruk betul aku ni. Rajinlah sikit weh.

Semoga petua ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada engkorang. Selamat berjaya!

Slm sygz,
Miszwati.

Credit to Osmanaffan.

Jom belajar cara mengambil hati ibu

Assalamualaikum korang2 yg comel dan kacak tu...

Tgh buat ape tu heee. Syg x kt ibu korang. Rugi tau klo x rpt ngn ibu kita. Meh nak share petua untuk menambat hati seorang ibu: 

Makanan amat sensitif baginya. Setiap kali kita makan MESTI mempelawanya, walaupun kita tahu ibu tidak suka makanan itu.

Jangan tunjuk pandai dihadapannya kerana kepandaian kita bermula daripadanya. Jangan sesekali  mengecilkan hatinya walaupun kita berada di landasan yg betul.

Jika ibu memerlukan sesuatu seboleh2nya kita segera mendapatkannya. Sentiasa mendengar dan bertindak mengikut kata-kata dan keluh kesahnya. Jika ibu ingin pergi ke sesuatu tempat, segera menghantarnya walaupun kita agak sibuk.

Berbuallah selalu dengannya setiap hari. Kita harus bijak, ketika inilah peluang mengutarakan pendapat  tetapi awas... jgn biarkan ibu perasan bahawa kita tidak bersetuju dgnnya kerana ini akan merosakkan suasana perbualan. Ajaklah ahli  keluarga yg lain menyertai perbualan.

Selalulah memicit & mengurut anggota badannya jika dia mengadu sakit di samping itu bawalah berjumpa dgn doktor. Itupun jika dia bersetuju. Jika tidak, pujuklah secara baik.

Sentiasa menjadi pendengar yg baik walaupun ada kalanya malas untuk mendengar ceritanya. 

Berbincanglah dengannya terlebih dahulu sekiranya kita merancang sesuatu program dgn keluarga walaupun kita ketua dlm keluarga.

 Berdoalah untuknya setiap hari kerana doa dari seorang anak yg soleh amat diperlukan ibu, bukan wang, bukan harta benda.

Jgn lupa menegurnya setiap hari walaupun kita dlm keadaan amat penat dan lesu. Ingat layan dia seperti pembesar2 @ tetamu penting kita...

Sesekali belilah hadiah untuknya. Bukan hadiah kecil @ besar yg dinilai tetapi ingatan kita terhadapnya.

Babitkan ibu dalam kegiatan hujung minggu bersama keluarga kita.

Andainya yang tinggal berjauhan tu....sering2lah bertanya khabar samada kita seorang menantu @ anak. Tak rugi menghabiskan duit utk membayar bil telefon utk ibu yg mungkin sentiasa menunggu khabar berita daripada kita...rasanya lebih berkat lagi rezeki yang akan kita perolehi atas sebab hormat kita kepada wanita yang bergelar IBU.

Ok mungkin ade byk cara lg. Hrp2 tips2 ni dpt membantu korang lyn ibu korang dgn lbh sweet. Hargailah ibu kite selagi dia msh ada di dunia ini. Klu dh xde, nangis x berlagu lah kita. Jom same2 kite try. (:

Slm syg,
Miszwati.

Credit to Hatikristal.

Kenapa nk blogging tiba2 ni

Ada beberapa sebab:

Sebab dah tak ramai baca.

Sebab, lepas aku tulis blog, aku rasa gembira walaupun tidak dibaca.

Sebab dalam kepala aku penuh dengan benda nak cakap. Tp xde kwn nk dgr aku ckp. Fmly pn jauh je di perantauan. Dh bape taun x jumpe. Sedihnye.

Sebab aku nak sibukkan diri dgn cara mengarang.

Sebab aku rasa medium mcm blog kurang popular. Aku suka benda kurang popular.

Sebab dh byk tahun lepas aku ada kenangan manis, tapi aku tak catatkan. Rasa cam rugi je sebab kenangan manis itu menghimpit jiwa aku skrg.

Sbb aku suke blogwalking bc2 blog org mcm best jek. Sbb tu lah rs cm nk ader blog sndri pulaks.

Slm syg,
Miszwati.

Credit to Dandelinoid.

Assalamualaikum!

Hai assalamualaikum everybody.

Tercapai jgk hajat nk ade blog ni ish. Sori la kolot sikit baru je nk ade blog.

Org zmn moden ni dh pkai fb, twitter, instagram, wordpress dh...

Xpelah nak tergolek ke nk terlentang ke what ever...yg pntg kite ape? Kite happy...

Ape2 pn...semoga konsisten!

Slm syg,
Miszwati.