24.2.14

Selangor tak ada air?? Noooo!!

Assalamualaikum everybodeh.

Korang sedih tak Selangor tak ada air? Aku sedih! Macam ni ceritanya. Bukan tak ada air langsung. Just ada sedikit gangguan bekalan air yang menyebabkan catuan air terpaksa dibuat di Selangor ni. Arrrrgh. Ujian ujian.

Ni aku ambik sikit dari akhbar Sinar Harian, 24 Feb 2014:

"...Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkata, kedua-dua kawasan itu (Hulu Langat dan Kuala Langat) sebelum ini mengalami gangguan bekalan air sejak 28 Jan lepas ekoran penutupan dua loji rawatan air (LRA) iaitu Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi kerana peningkatan kandungan ammonia di dalam sumber air mentah akibat cuaca panas dan kurangnya hujan."

So itu lah sebabnya bekalan air Selangor ni problem sikit. disebabkan cuaca dah makin panas menjadi jadi sekarang ni, hujan pun dah hampir hampir tak ade, ini lah kesannya. Kandungan ammonia (air kencing) dalam sumber air pun jadi bertambah tambah. Memang tuhan nak uji tahap kesabaran manusia manusia yang ada di Selangor ni.

Macam macam bentuk ujian Allah datangkan pada kita. Jom istighfar banyak banyak. Banyak sangat mengeluh kang takut kita termasuk golongan hamba hamba tuhan yang tak bersyukur dan tak reti bersabar pulak. Nauzubillah min zalik.

Salam.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.