Showing posts with label Bela Ikan. Show all posts
Showing posts with label Bela Ikan. Show all posts

1.12.13

Kenapa orang bela ikan

Assalamualaikum readers yg dikasihi selalu.

Pelik x hobi memelihara ikan. X pelik pun kan. Best sebenarnya bela ikan ni walaupun ikan tu bisu.

Aku suka bela ikan walaupun aku tahu ikan cepat mati. Bak kata orang, bagaikan nyawa2 ikan.

Kalau ikan korang mati, rajin2 lah beli ikan baru utk akuarium rumah korang. Anak2 ikan ni bkn mhl pun harganya.

Memelihara ikan boleh membuatkan kita merasa tenang dan boleh mengurangkan tekanan setelah penat bekerja/belajar.

Bila kita penat bekerja/belajar cuba kita lihat ikan peliharaan pasti kita akan sangat terhibur.

Selalunya ikan2 diberi mkn 3 kali sehari. Mkn pagi, mkn petang, dan mkn mlm.

Semoga hobi ini memberikan korang kebaikan dan ketenangan juga.

Slm syg,
Wati.

Tips2 menyediakan air akuarium ikan

Assalamualaikum everybody.

Ni ade sedikit tips2 utk menyediakan air akuarium ikan.

Karbon aktif yg telah terpakai untuk perendaman jangan dibuang.
Karbon aktif dapat digunakan sebagai media filter dlm akuarium.
Masa menjalankan rawatan untuk ikan yg sakit karbon aktif sebaiknya dikeluarkan dari filter media.
Jangan gunakan garam dapur/ beriodium untuk perendaman.
Akuarium baru jangan TERUS diisi dengan ikan sebelum melalui proses perendaman terlebih dahulu.

Selamat maju jaya. Terima kasih sudi baca. (:

Wati.

Tips mengisi air akuarium ikan

Assalamualaikum everybodyz.

Di hening pagi ini, marilah wati kongsi tips2 mengisi air akuarium ikan. Ok. Terdapat 2 cara. Boleh pilih mana suka.

Cara I :

Rendam akuarium baru dengan air dan garam ikan (satu genggam/20 gram per 100 lt air) selama satu malam.
Buang air endapan semalam dan ulangi sekali lagi.
Isi air akuarium dan beri aerasi (gelembung air / oksigen air pump).
Tambahkan garam ikan (satu genggam per 200 lt air).
Akuarium telah siap digunakan untuk masuk ikan baru.

Cara II:

Rendam akuarium dengan air dan karbon aktif (1 kg karbon aktif/100 ltr air) selama satu malam.
(karbon aktif dimasukkan dalam bekas atau kantong kemasan/kasa)
Buang air endapan semalam.
Keringkan akuarium.
Isi air akuarium dan beri oksigen (gelembung air).
Tambahkan garam ikan (satu genggam per 200 lt air).
Akuarium telah siap digunakan untuk masuk ikan baru.

Selamat mencuba everybody. Terima kasih sudi bc. (:

Misz Wati.

Tips persediaan membela ikan

Assalamualaikum bloggers2 yg dihormati.

Ni wati nk kongsi sedikit tips persediaan bela ikan.

Ketebalan kaca akuarium minimal 10 mm – 12mm.
Rendam akuarium dengan air garam (± 20 gram/100 liter) sekurang2nya 2 kali sampai bau silikon hilang.
Gunakan heater hanya utk merawat ikan yang sakit.
Jangan gunakan fish net jika telah digunakan pada ikan sakit di akuarium.
Rendam fish net dengan air garam ± 30 detik kemudian keringkan setelah digunakan.
Masukkan garam ± 20 gram (1 genggam) per 200 liter ke dalam air akuarium sebelum ikan masuk.
Gunakan lampu UV terbaik untuk memaksimumkan / menaikkan warna.

Semoga bermanfaat. Terima kasih sudi bc. (:

Misz_Wati.

Tips elak ikan jadi bengong weng

Assalamualaikum readers.

Ni eden nk koba kn cara2 mengelakkan ikan anda drpd menjadi bengong:

Jangan beri makan berlebihan
Akuarium jangan dipukul-pukul / ketuk
Matikan lampu akuarium setelah 12 jam
Letak akuarium ditempat yang sunyi atau kurang orang lalu lalang

Cara mengubati:

Pasang heater dan naikkan suhu menjadi 32º C
Pasang arus (power head) bersesuaian dengan kapasiti air
Berikan ikan kawan @ tankmate
Ganti air 25% dengan air baru yg diendapkan
Pindahkan ikan tersebut ke akuarium lain dengan ukuran lebih besar

Semoga bermanfaat. Terima kasih sudi bc. (:

Slm syg,
Misz Wati.

Persediaan membela ikan

Assalamualaikum everybody.

Jom bela ikan. Tapi kena bljr dulu keperluan asas jg ikan. Apa yang perlu disediakan:

Ukuran akuarium ideal P x L x T = 150 x 60 x 70 cm
Lampu UV (sebagai lampu penerang akuarium)
Filter air, boleh menggunakan salah satu dari berikut :
Filter terbuka (top filter dan filter tank)-top filter tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan getaran yang akan mengganggu ikan.
Filter tabung (Canister)
Media filter (bergantung pada kapasiti air aquarium anda) kapas, biofoam, bioball, karbon aktif dan zeolit.
Thermometer.
Aerator AC/DC
Heater (hanya digunakan sebagai P3K saat ikan terkena jamur/mata kabur dan set pada suhu 32ºC)
Garam Ikan.
Power Head (bila diperlukan).
Fish net (yg halus) atau selang ukuran 5/8 inch dapat digunakan untuk mengambil kotoran ikan.
Tutup akuarium, supaya ikan tidak melompat keluar.

Slmt mencuba! Terima kasih sudi bc. (:

Misz Wati.

Kenapa ikan aku bengong

Assalamualaikum everybody!

Jom terjah apa penyebab ikan2 anda boleh bengong. Jeng.

Penyebab:

Suhu air dibawah 28º C
Perbezaan pH air terlalu jauh
Memberi makan yg berlebih
Mutasi ikan ke akuarium baru
Perbezaan parameter air masa penukaran air
Kadar nitrit, nitrat dan amonia tidak normal
Kualiti air yg teruk (kotor)
Air tidak diganti dalam jangka waktu yg lama
Media filter tidak pernah di bersihkan
Ruang akuarium terlalu besar/kecil bagi ikan.

Slmt berusaha! Terima kasih sudi bc (:

Misz Wati.

Ikan anda bengong

Assalamualaikum everybody!

Ikan pun blh bengong tau. Jgn xtau. Inilah gejala2 ikan anda bengong. Ok:

Ikan tidak ada nafsu makan
Ikan tidak terlalu aktif
Jangka waktu lama warna ikan pudar/pucat
Berdiam diri di dasar
Tidak meberi respon seperti biasa

So, jgn lupe perhati. Slmt maju jy. Terima kasih sudi bc. (:

Misz Wati.