11.1.14

Lelaki suka perempuan macam ni

1. Lelaki suka wanita yang berterus-terang.

Siapa yang tidak suka pada orang yang suka berterus-terang bukan? Begitu juga dengan lelaki, mereka lebih tertarik kepada wanita yang tidak berpura-pura dan berterus-terang. Jadi kaum wanita di luar sana, janganlah menunjukkan sikap hipokrit anda kerana lama-kelamaan tembelang anda akan pecah juga.

2. Pandai membawa diri.

Lelaki yang matang mudah tertarik kepada wanita yang tahu dan pandai menjaga diri dan membuatkan dirinya dihormati sebagai seorang wanita. Jarang ada lelaki yang mahu mengambil kesempatan ke atas wanita yang pandai menjaga harga diri. Ini kerana dari segi itulah terserlahnya kematang wanita tersebut.

3. Penampilan yang sederhana.

Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.

4. Penyayang, manja dan romantik.

Lelaki mudah tertawan dengan wanita penyayang kerana dari situ mereka boleh tahu sifat keibuan wanita itu. Manja bukan bermakna gedik atau mengada-ngada. Manja dan romantik yang dimaksudkan ialah sifat semula jadi wanita yang sedia ada dalam dirinya. Jadi wanita diluar sana, janganlah anda berpura-pura untuk menjadi manja kerana ianya mungkin membuat si lelaki rimas.

5. Penghibur dan sentiasa riang.

Lelaki mudah tertarik dengan gurauan wanita kerana bagi mereka, gurauan wanita bagaikan ubat bagi menghilangkan stress di tempat kerja. Senyuman dan ketawa riang wanita yang sopan dapat membuatkan hati si lelaki tenang dan gembira.

6. Berdikari

Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.

7. Pandai mengambil hati orang tua

Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

8. Belajarlah memasak

Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.

9. Prihatin terhadap mereka

Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.

10. Berpendidikan.

Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. Paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.

FB Lelaki vs. Perempuan

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.