17.1.14

Tips menyemarakkan hubungan

Semarakkan Hubungan

Perlu diingat cinta umpama pokok apabila tidak disiram dan dibaja ia akan layu dan mati. Cinta pun begitu. Jangan setelah berjaya mendapatkan pasangan kita membiarkan dia tanpa membajai cinta kerana beranggapan dia telah berjaya memiliki pasangannya.

Kita kena ingat akan faktor penolakan dan penarikan dalam hubungan. Kadang kala tarikan dari luar lebih menarik dari diri kita. Kita duduk rumah selekeh dengan kain batik basah dan rambut macam hantu, kalau lelaki pula tak berbaju dan berkain pelikat 24 jam. Pasangan tengok pun bosan. Muka muncung masam sepanjang masa konon penat, tapi kita ada fikir pasal pasangan kita?

Tips yang perlu kita intai:

1.Ceria-cerialah dihadapan pasangan agar dia merasa kita bahagia dan gembira serta menghargai dia walau jarak perhubungan berjalan telah lama.

2.Ingat tarikh penting-ingatlah tarikh penting antara kamu dan pasangan, agak teruk dan zalim jika tarikh hari lahir dan ulang tahun pun tak mampu nak ingat dan ucap, setuju tak?

3.Gurau senda-bergurau senda mampu membangkitkan kemesraan. Jangan serius saja tanpa bergurau senda bersama pasangan

4. Hadiah-takda hari penting pun apa salahnya hadiahkan pasangan sesuatu yang menjadi idaman atau kesukaannya .

5.Memahami-jangan jadi insan yang bodoh sombong dan tidak memahami masalah pasangan. Jiki dia kata dirinya sibuk dengan kerja masih perlu ke kita membebel minta dia menemani kita walau kita tau itu hanya memberi kepuasan pada kita seorang saja?

6.Belajar bersabar-jangan suka mendesak. Pasangan mudah bosan pada orang yang tak tau bersabar.

7.Perbaiki Diri-walau dia kata dia sudi terima kekurangan kita tapi kita perlu belajar perbaiki diri agar lebih baik lagi. Menjadi pasangan terbaik adalah matlamat yang bagus untuk mencapai kebahagiaan.

8.Kejutan-Sesekali hiasi keindahan hubungan dengan kejutan kecil untuk si dia agar dia rasa dihargai dan makin disayangi

9.Jangan cerewet-jika dia berikan hadiah atau tawarkan sesuatu jangan sesekali cerewet. Jadilah insan yang bersyukur dan tidak memilih.

10.Jangan mengungkit-perkara ini sangat penting. Jangan cuba ungkit kisah silap terutama kisah yang pahit atau apa saja yang pasangan tak suka. Jadilah insan yang pandang ke hadapan bukan menoleh ke belakang hidup dengan sejarah.

BLOG AMMAR

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.