24.11.13

Jom tiru Nik Nur Madihah

Assalamualaikum dear readers a.k.a other bloggers yg cun dan kacak tu.
Ape kbr hr ini? Mudh2n sihat dlm lindungan allah. Jom kita susuri peribadi nik nur madihah nak? Knl ke idak siapa org ni? Ok.

Kisah kejayaan Nur Madihah membuktikan tidak kira siapa anak nelayan, anak penoreh getah, anak petani, anak peguam, anak doktor dan anak menteri semuanya boleh berjaya. Yang penting ialah berusaha dan belajar tanpa mengenal erti jemu untuk berjaya.

Hobi nik nur madihah ialah membaca, kalau ada masa lapang beliau akan membaca terutama novel tulisan Faisal Tehrani.

Dalam zaman serba canggih ini, Madihah tidak pernah keluar daripada Kelantan tetapi mengetahui tentang semua tempat disebabkan selalu melayari internet.

Disebabkan tidak ada duit, dia hanya melayari internet di perpustakaan awam dan membaca buku atau novel kegemarannya di situ.

Ibu bapanya mempunyai kesedaran ilmu yang tinggi, walaupun susah dan kadang-kadang terlepas makan kedua ibu bapanya mengumpul duit sedikit demi sedikit untuk membeli komputer bagi mendedahkan anak-anaknya tentang IT.

Biar pun susah bagaimana sekali pun Madihah tidak pernah meminta-minta dan meneruskan perjalanan hidup seperti biasa malah menjadikannya sebagai satu cabaran.

Madihah seorang pendiam dan agak pemalu, sepanjang tempoh wawancara dibuat Madihah cuba menyembunyikan kesusahannya sehingga ada beberapa jawapan datang daripada ibu dan gurunya.

Rumah Madihah memang sempit, hanya selesa untuk 4 orang sahaja tetapi satu yang pelik walaupun di luar sangat panas tetapi dalam rumah tidak terasa sangat walaupun bersesak dan beratap zink.

Ada sebuah universiti tempatan menawarkan tempat untuk Madihah, bukan untuk peringkat sarjana muda tetapi PhD.

Moh same2 kita jadikan beliau sebagai motivasi kita utk terus berusaha shngga mncapai kejayaan.

Slm sygz,
Misz wati.

Credit to Wowberita.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.