23.11.13

Jom belajar cara mengambil hati ibu

Assalamualaikum korang2 yg comel dan kacak tu...

Tgh buat ape tu heee. Syg x kt ibu korang. Rugi tau klo x rpt ngn ibu kita. Meh nak share petua untuk menambat hati seorang ibu: 

Makanan amat sensitif baginya. Setiap kali kita makan MESTI mempelawanya, walaupun kita tahu ibu tidak suka makanan itu.

Jangan tunjuk pandai dihadapannya kerana kepandaian kita bermula daripadanya. Jangan sesekali  mengecilkan hatinya walaupun kita berada di landasan yg betul.

Jika ibu memerlukan sesuatu seboleh2nya kita segera mendapatkannya. Sentiasa mendengar dan bertindak mengikut kata-kata dan keluh kesahnya. Jika ibu ingin pergi ke sesuatu tempat, segera menghantarnya walaupun kita agak sibuk.

Berbuallah selalu dengannya setiap hari. Kita harus bijak, ketika inilah peluang mengutarakan pendapat  tetapi awas... jgn biarkan ibu perasan bahawa kita tidak bersetuju dgnnya kerana ini akan merosakkan suasana perbualan. Ajaklah ahli  keluarga yg lain menyertai perbualan.

Selalulah memicit & mengurut anggota badannya jika dia mengadu sakit di samping itu bawalah berjumpa dgn doktor. Itupun jika dia bersetuju. Jika tidak, pujuklah secara baik.

Sentiasa menjadi pendengar yg baik walaupun ada kalanya malas untuk mendengar ceritanya. 

Berbincanglah dengannya terlebih dahulu sekiranya kita merancang sesuatu program dgn keluarga walaupun kita ketua dlm keluarga.

 Berdoalah untuknya setiap hari kerana doa dari seorang anak yg soleh amat diperlukan ibu, bukan wang, bukan harta benda.

Jgn lupa menegurnya setiap hari walaupun kita dlm keadaan amat penat dan lesu. Ingat layan dia seperti pembesar2 @ tetamu penting kita...

Sesekali belilah hadiah untuknya. Bukan hadiah kecil @ besar yg dinilai tetapi ingatan kita terhadapnya.

Babitkan ibu dalam kegiatan hujung minggu bersama keluarga kita.

Andainya yang tinggal berjauhan tu....sering2lah bertanya khabar samada kita seorang menantu @ anak. Tak rugi menghabiskan duit utk membayar bil telefon utk ibu yg mungkin sentiasa menunggu khabar berita daripada kita...rasanya lebih berkat lagi rezeki yang akan kita perolehi atas sebab hormat kita kepada wanita yang bergelar IBU.

Ok mungkin ade byk cara lg. Hrp2 tips2 ni dpt membantu korang lyn ibu korang dgn lbh sweet. Hargailah ibu kite selagi dia msh ada di dunia ini. Klu dh xde, nangis x berlagu lah kita. Jom same2 kite try. (:

Slm syg,
Miszwati.

Credit to Hatikristal.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.