25.11.13

Ruginya putus kawan

Assalamualaikum bloggers2 yg dikasihi.

Pernah x korang putus kawan? Secara saja2 atau x sengaja? X baik tau. Jom sama2 kita hindari amalan ini. Menyambung silaturrahim lah resepi utk kita hidup bahagia dunia akhirat.

Memutuskan silaturrahim menyebabkan seseorang memperoleh hukuman dengan segera ketika berada di dunia lagi. Sebagaimana  diterangkan dalam sebuah hadis daripada Abu Bakar ra. bahawa baginda SAW bersabda yang bermaksud:

"Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim". (HR. Ibnu Majah dan Tarmizi)

Sesungguhnya tidak rugi jika kita sentiasa mempererat tali silaturrahim, kerana ia menyebabkan dilapangkan rezeki dan dipanjangkan umur. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia memelihara hubungan silaturrahim". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Aku lonely. Aku rindu family aku, kwn2 aku. Mak abah, adik2, kwn2, tlg doakan aku agar blh cpt pulang bertemu kalian. Aku mohon doa dari kalian.

Slm rindu,
Misz wati.

Credit to Darulnuman.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.