15.12.13

Seksanya duduk asrama

Salam.

Orang kata duduk asrama banyak kebaikan. Well, pendapat orang masing masing berbeza. Meh nak kongsi macam mana seksanya duduk di asrama.

"Setiap hari asyik kena marah, kena herdik, kena ejek dan kena suruh buat itu ini dengan senior. Aku tak menangis. Cuma kadang2 bila waktu mandi atau waktu nak tidur, menitik jugak air mata terkenangkan kampung halaman.

Hari hari merupakan hari yang mencabar. Makan tak sedap, kadang kadang tak dapat makan langsung, segala2nya memang satu dugaan yang besar. Nasib baik aku dah selalu hidup susah. Kepayahan itu aku tempoh dengan tabah.

Kalau kena marah, kena ejek, kena maki, kena tengking, kena denda dengan senior, aku buat selamba aje. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kena marah aku diam. Kena maki pun aku diam. Aku buat seolah2 aku takda perasaan. Lama2 benda tu jadi lali dan senior pun give up dengan aku.

Ada seorang senior yang aku dah marked sampai sekarang. Dia selalu sangat raging aku. Sampailah sekarang, aku tak pernah senyum dengan dia. Hobi dia ialah marah aku. Sampai sekarang, aku tak nak tegur dia walaupun selalu jumpa dia. Aku benci tengok muka dia.

Duduk di asrama kena cekal. Kena pandai membawa diri dan kena pandai memilih kawan. Kawan ada macam2 jenis. Yang jenis menjahanamkan bangsa lebih ramai daripada yang menolong sesama bangsa. Satu lagi bila duduk asrama, makan kena buat sendiri. Kat asrama, waktu untuk tengok tv dihadkan.

Sekali sekala emak akan call aku tanya khabar. Nak call boifren jauh sekalilah. Lagipun, mana ada lelaki berkenan kat aku masa tu?

Dalam banyak2 hal2 negatif, ada banyak juga kelebihan duduk di asrama. Satu, aku bebas dan boleh jadi diri sendiri. Kedua, aku lebih berdikari. Ketiga, aku jadi lebih kasih dan menghargai emak abah dan family aku."

Ceritanya panjang sangat, cukuplah sampai sini dulu.
Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

Credits to Zouldahan.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.