20.12.13

Halangan Paling Berbahaya Untuk Mendapatkan Lesen P Bagi Motosikal

1. Pusingan Bulatan
Halangan ini sebenarnya langsung tidak mencabar kerana aku tidak dipaksa untuk melajukan pergerakan motosikal. Bawa jer lah selaju siput pun asalkan jangan jatuh atau berhenti maka anda pasti lulus ujian pertama ini.

2. Menyeberangi Titi
Fuh! Ini adalah salah satu halangan yang amat ditakuti oleh para pelajar. Ini kerana titi yang sebesar tapak jari dan juga masa yang diberi agak menakutkan. Jika melepasinya kurang dari 7 saat dikira gagal jadi memang perlu bijak mengimbangi badan dan motosikal anda sewaktu mengharungi ujian sukar ini.

3. Kon
Halangan nih sebenarnya korang boleh lepas sambil makan chewing-gum atau pun membalas sms rakan - rakan (gila berlagak). Sangat senang!

4. Brek Mengejut
Ini juga adalah salah satu halangan yang selalu membuatkan para pelajar rasa seperti mahu membakar diri kerana gagal di halangan ini. Keberanian diperlukan di dalam ujian ini dan kepakaran dalam menghentikan motosikal di dalam kotak yang disediakan. Mencabar juga sebenarnya halangan nih tambah - tambah kalau lepas hujan! Jalan licin kut!
 
5. Selekoh
Halangan nih pun sangatlah mudah! Tak tahu nak cakap apa! Sangat senang! Sambil menyanyi jer kut buat ujian nih!

6. Jalan Raya
Halangan terakhir nih sangat menarik! Bukannya susah mana tapi agak memalukan sebab nak kena angkat tangan sepanjang masa padahal signal dekat motosikal tu berfungsi jer. Nak buat macam mana kan sebab latihan dia macam tu. Ini pun kena bijak mengimbangkan diri juga.

Hans Hanis

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.