20.12.13

Mengenali Jenis-Jenis Wanita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa jenis-jenis wanita zaman sekarang? Mari kita singkap serba sedikit.

1. Jenis Kaki Shopping
Wanita jenis ini adalah jenis yang paling ditakuti oleh para lelaki di luar sana, lebih-lebih lagi lelaki yang mempunyai taraf gaji di bawah RM 3,000 kerana lelaki yang bergaji bawah RM 3,000 di Kuala Lumpur ditaksir sebagai golongan miskin.

2. Jenis Perempuan Lasak
Jenis perempuan lasak biasanya perempuan yang aktif bersukan, mempunyai tahap fizikal yang kuat, berhati keras dan mempunyai sedikit kelakuan menyerupai lelaki. Dan kadang kala tingkah laku mereka juga keras seperti seorang lelaki. 

3. Jenis Ratu Air Mata
Perempuan Ratu Air Mata ialah perempuan yang mudah berlinangan air mata. Mereka mudah dipengaruhi emosi dalam apa jua keadaan.

4. Jenis Perempuan Gedik
Perempuan gedik biasanya mempunyai sifat manja tahap melampau sehinggakan mereka tidak mampu berdikari dan menimbulkan perasaan annoying di hati orang lain. Selain itu, perempuan gedik sukakan perhatian dari orang lain atau dalam bahasa penjajahnya, attention whore.

5. Jenis Perempuan Tudung Labuh
Mereka biasanya dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai pegangan agama yang kuat. Pandai mengaji dan hebat ilmu agama nya.
Muzik pilihan hati mereka ialah muzik Nasyid. Artis kegemaran mereka ialah Raihan, Rabbani, Hijjaz, In-Team, Mirwarna dan Maher Zain.

6. Jenis Valley Girl
Valley Girl adalah jenis perempuan stereotype yang biasanya bercakap dalam Bahasa Inggeris, bercakap dengan slang orang putih, metarealistik, egosentrik (mementingkan keperluan sendiri tanpa mengendahkan keperluan orang lain), lebih mudah bergaul dengan orang dan senang didekati. Ayat-ayat atau perkataan yang biasa mereka gunakan ialah As if, Bitchin', Whatever!, Fer shur, Totally, Seriously, Are you serious? dan yang paling popular dan sering digunakan sekarang, OMG!

7. Jenis Diva
Diva biasanya lebih kejam dari Valley Girl (Val Gal). Satu perbezaan nyata antara Diva dan Val Gal ialah biasanya perempuan Diva lebih sombong dan jenis tak layan orang sangat. Mereka sukar bergaul dengan orang lain berbanding Val Gal yang mudah bergaul. Mereka biasanya duduk dalam kumpulan. Diva tak kan wujud jika berseorangan. Val Gal boleh wujud dengan seorang individu sahaja.

8. Jenis Perempuan Melayu Terakhir
Ini adalah jenis teman wanita yang dicari oleh semua lelaki Melayu.
Perempuan dalam kategori ini biasanya baik pekertinya, lembut pertuturan, lemah gemalai pergerakan badan, hebat dalam membuat kerja-kerja rumah, pandai memasak dan sentiasa ayu memakai baju kurung.

9. Jenis Bohsia
Jenis bohsia adalah perempuan yang selalu bertenggek dimotor Mat Rempit. Biasanya mereka akan menjadi trofi kemenangan kepada Mat Rempit. Sudah pasti mempunyai pengalaman seks yang luas. Mereka juga mempunyai koleksi video 3gp lakonan mereka sendiri.

10. Jenis "Perasan" Korea
Trend ini bermula pada awal era 2000'an apabila drama Korean Winter Sonata menerjah kaca televisyen rakyat Malaysia. Maka, mulalah demam drama, filem dan lagu-lagu jiwang Korea bermula. Pada tahun 2009 bermulalah pula era demam K-Pop. Kebanyakan para perempuan yang taksub dengan K-Pop mula mendengar lagu-lagu K-Pop yang bergenre dance dan sanggup belajar bahasa Korea sampai fasih.

Sekian.

Amirul, Terfaktab Zine.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.