20.12.13

Tips Lulus JPJ test versi Rina

Untuk motor, before naik tu berdebar sesangat. No 36 pulak tu, bagi lah no 1 ke 2 ke takla gabra sangat. Then, naik, lalu kat atas titi tu, starting jangan laju sangat, nanti mudah hilang kwln, dan lepas dah balance sikit, mata straight ke depan. Jangan terlalu laju, because my new friend, fail sebab die kurang 0.34 saat =.= lamaaaa sangat kan. Jangan pandang bawah dah. Postur tu buat kita mudah out of the railway *ehh tetibe* Betul ni. Silalah dengar nasihat saya ini jika anda tidak mahu membayar RM60 untuk repeat satu sesi T__T 

Untuk part III iaitu jalanraya pulak, make sure pakai helmet tu melekap di kepala, buat signal tangan dengan penuh semangat seperti kanak-kanak tadika yang beratur tangan atas bahu ktika melintas jalan ye. Untuk kaum2 hawa diluar sana, tolonglaaah jangan abaikan tongkat dua. Anda mungkin gagal kerananya ;)

Nenek saya pesan macamni before test : adik baca surah al-ikhlas 3 kali then tiup kat jpj. Dependslah korang nak buat ke tak. Im cucu mithali. So saya buat ^^ haha

OKAY, let's move to the more and most valuable part. THE MOTORCAR PART.

Literally, kereta lagi senang dari motor. Sebab tu lagi ramai orang repeat motor berbanding kereta. Tips sebelum ke tempat ujian, sila makan dan minum supaya ada energy dan tangan tak tremble dek kerana low blood pressure ye.

 Okay pergi ke institut memandu dengan senyuman manis, dan selagi JPJ belum datang, paksa cikgu memandu anda untuk memberikan keretanya kepada anda untuk ditry dan diranapkan . Ehh? haha. Sekiranya uncle or aunty tersebut buat2 busy dan tak layan anda. Sila buat muka siyes gaya HITLER seperti yg die buat ketika mengajar anda dan katakan begini dengan nada mengugut : UNCLE, SAYA NAK TEST SEKEJAP. NAK KERETA. UNCLE BUSY KE, KALAU BUSY, TAKPEEEEEELAAAAAAAAHHHHHHHHHH.

See. Takpeelaahh harus dipanjangkan. Trust me. I did it hari tu, ahaha. Cehhh terasa diri ini semakin brutal. Bagus Rina bagus. Jangan biar orang pijak awak lagi :) U are stronger than u know.

Lepas tu, test lah dulu bukit, 3 penjuru, parking and kali ni buat betul2. Jangan terundur sekali pon. Uncle saye kedekut, die bagi test bukit skali je. Tak sampai singgit pon minyak untuk 3 parts tu =.= kedekut . Uncle Yang, untunglah :P

Then dengar ceramah JPJ elok2. Sy dapat no 4 time tu, alhamdulillah sebab mmg tak suka lambat2, time tu ade 50 org test. Nanti gabra. Yang pastinya, jangan risau kereta lagi mudah dari motor, trust me.  Maka bermulalah sesi naik bukit, tekan minyak sikit, lepas clutch sampai kereta rasa rendah and r.p.m is around 3, lepaskan handbrake. Masa tarik tu, tarik pelan2 sehingga terdengar bunyi detak die tu sampai 4 KALI sahaja. Supaya senang nak turunkan nanti. Jika kereta macam nak undur, tarik balik henbrek tu, and repeat. Kalau kereta macam hidup segan mati takmau, tekan minyak sehingga kereta melompat gaya lagak ngeri yang terhebat di abad ini :)

Seterusnya selesaikanlah parking, 3 penjuru. Mudah je kot yang ni. Parking tu make sure ambil side, sebab kalau kite pro bwk keta n parking x pakai side, maka JPJ juga akan pro menandakan ANDA TERKANDAS T____T

Okay, ayuh beralih ke part jalanraya. Siyesly cakap siyesly ni.. hati jpj memainkan peranan penting untuk bagi anda lulus atau gagal. Sememangnya saya rasa, semua JPJ dalam Mesia ni diajar untuk berwajah harimau belang yang kehilangan kekasih kerana diambil harimau lain. Tapi korang fikir lah logik, segarang-garang sesiyes-siyes die pun, takkan lah die tak pernah cakap telipon " I LOVE YOU" sambil tersengih-sengih dgn ex-boyfren/ gilpren die dulu. Takkan lah die tak gelak kalau tengok Raja Lawak. Takkan lah die tak senyum time dapat duit BR1M . EHH? ==" hahaha

So, masuk je dalam kereta tu bagi salam kat die. Assalamualaikum Encik, so that die tak rasa die tunggul yang indah permai dlm keta tu. Then tanya die : Boleh sy mulakan check sekarang? Bila die kata Okay, baru check. Lepas tu, tanya lagi, Encik, boleh sy gerak sekarang. Die cakap okay. Baca bismillah, dan turunkan handbrake. 

Lepastu, layanlah die borak-borak ngan korang. Maka akan hilanglah segala keharimauan die. Borak2 pasal belaja la, mak ayah keje ape la, but make sure jgn terperangkap dgn trapping Q's. haha. Sya kena benda ni, tapi nasib baik dah prepare untuk jadi nerd sikit haritu.

Parents sy lagi haru.. JPJ cakap kat ibu " ehh takyah berhenti kat simpang tiga ni " And pada zaman tersebut ibu reply " iye encik? boleh.. tapi encik jangan tolak markah"  Cehh nak kenakan ibu konon. She's cleverer than Pirate. Zaman ayah pulak, jpj suruh hon mengejut depan sekolah.

Borak2 ngan die, cakap baik-baik, jangan sombong, maka die akan melupakan kesalahan-kesalahan kecil anda. TRUST ME. I've been there before. Bila sampai tu, die akan meluluskan anda, dan bagi pesanan2 ape yg anda kena perbetulkan. SEE ! JPJ baik. Siap nasihatkan anda guna gear elok-elok, macam ibuayah yang sayangkan anak-anak. JPJ juga nice human being tau.  Before turun, cakaplah "terima kasih encik" dan berlalu dengan hati berbunga-bunga memikirkan " yess lepas ni nak ajak Mags Seven gi pool, gi KL, etc "  Cehh =.= tak pepasal sabitkan nyawa orang. Haha.

Kalau repeat, don't worry. Seluruh kehidupan ialah sebuah ujian. Jangan segan atau malu dengan apa yang anda lakukan kerana keinginan yang tinggi mampu mengubah persepsi seseorang, sehingga perkara mustahil juga boleh terjadi. Berusahalah menyalakan lilin drpada terus-terusan menyumpah kepada kegelapan. Anak kunci terakhirlah yang biasanya dpt membuka mangga.

Sharina Hakeem

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.