8.12.13

Presiden Filipina pun reti lonely

Salam.

Presiden Filipina gembira hidup membujang

MANILA 19 Okt. - Presiden Filipina, Benigno Aquino III semalam menyatakan, dia gembira hidup membujang. Agensi berita abs-cbnnews.com melaporkan, Aquino yang merupakan Presiden Filipina pertama yang masih bujang, juga tidak memberi sebarang petunjuk mempunyai kekasih dalam hidupnya ketika ini.

Saya masih solo dan tidak menjalin hubungan cinta. Adakalanya saya rasa sunyi. Saya tidak mempunyai sebarang berita baik berhubung perkara ini, katanya.

Aquino juga berkata, dia melihat bagaimana sejumlah rakan-rakannya menghadapi masalah untuk melepaskan anak-anak mereka yang akan berkahwin.

Cerita cinta Aquino sering kali menjadi berita utama media terutama hubungannya dengan sejumlah selebriti tempatan. Beliau pernah menjalinkan hubungan selama dua tahun dengan Ahli Majlis Valenzuela City, Shalani Soledad yang berakhir pada 2010. Presiden Filipina itu juga pernah dikaitkan dengan pakar fesyen, Liz Uy selain dua pengacara televisyen, Grace Lee dan Bianca Manalo. - AGENSI

See. So jangan nak pelik pelik dengan orang orang lonely ni ok. Terima kasih sudi baca hoho. Wassalam.

Credits to Utusan.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.