21.12.13

Bestnye konvokesyen

Assalamualaikum.

Konvo aku berlangsung kat uitm shah alam. bagus jugak, tak la menyusahkan parents aku utk pergi jauhhhh ke penang, kesian ayah aku nanti. sebenarnya hari aku konvo dia ada meeting. aku sedih jugak dia tak dapat datang. tapi xpe la, "ayah datang petang pun xpe.." ujarku yang akur, gaya anak solehah. lagipun kalau datang mesti kene tunggu lama. baik datang time aku dah habis je kan. tambahku gaya anak yg solehah lagi optimistik hehe.

tapi somehow mengharap jugak diorang datang, tak tau kenapa. so pagi tu hantar mesej simpati kat ayah "ayah hari ni datang pukul berape?" tak de la simpati sangat. hahaha. tapi nak bagi hint. kalau aku x kesah memang aku tak hantar mesej. kalau aku hantar tu macam mengharap jugak la. rupanya ayah fahammmmm :') "pukul 12, boleh?" haaaaa~~~ dah agak dah ayah datang~~~ i don't know what happen to his meeting, mungkin dia tangguh. what ever it is, thank you ayah and siapa pun orang yg sepatutnye meeting dengan dia. terharu.

so sementara hati aku berbunga bunga happy parents aku datang, aku pun bz2 siapkan diri dengan rakan2 di bilik~ nak naik pentas tak sampai 60saat tu, bersiap gak macam nak pergi dinner ke ape ntah. penting woi, nanti gamba atas pentas tu nak gantung kat rumah yang kite hidup dengan hubby bunny and anak2 kami and cucu2 kami, and cicit2 kami, and somehow one of them will definitely tanya "mama, mama, ni gambar mama mase mude ehhh~ mama ni cantik lah macam kite :)" or "mak tok mak tok~ ni gambar mak tok mase mude ehhh~~~ mak tok ni cantik lah macam kite, macam mummy jugak :)" hihihi

anyway. aku harap konvo korang pon best jugak. Biee Bond and I, few minutes before masuk dewan. dalam barisan ni. time ni nevessshhhhhhhhh. lagi2 merasa angin sejuk dewan~ hahaha~ 

dah masuk tu aku carik gak mak ayah aku. tak jumpe pon orang melambai lambai kat aku. dah duduk baru mesej mak "mak kat mane, nampak timah tak tadi?"
"mak nampak dari awal lagi"
"mak kat mana, tak lambai pon"
"kalau mak lambai2 pon mah tak nampak mak punye. nanti penat je lambai"

and us being us. tangkap gambar suka hati. dah la majlis istiadat hahaha~ sidang farmasi gabung dengan budak mechy waktu tu. kitorang farmasi biaselah, mane la ramai sangat~ kitorang kejap je habis. tapi nak menunggu budak mechy ni, Allahuakbar, bapak lama!!!! diorang total 700+ something. lama gilaaaaaaa -.-' sian mak ayah we olls bebudak famasi, kene tunggu lama sebab yu olls~ yu olls mechy, y u so ramai??!!! nak tepok2 tangan, kenal soghang dua je. jadi untuk mengisi  masa dengan perkara berfaedah, tangkap la gamba bebanyak~ bile lagi nak jumpe, yedok? hahaha~

and here's us, duduk ramai2 sebaris~ satu geng~ engkorang masa dalam dewan ni mesti kene berpisah geng kan, nama masing2 x sama, ade nor, ade nurul, ada siti, ada tipah. but we managed to sit together :) kau hado? hahaha

keluar je dewan, orang first yang aku cari mestila parents. all I could think about graduation day is happiness. Aku teruskan pencarian aku yg lebih penting. parents aku. yg sanggup cancel meeting, datang awal, belikan bunga ros dengan teddy paling besar. the best thing about Tuan Kamil, dia memang akan beri yg terbaik. "mak nak bagi patung biase je, tapi ayah yang suruh bagi patung yg besar, cepat2 dia pilih yg paling besar. hehehehehehe"  the best thing about cikgu jamilah, dia akan sentiasa support Tuan Kamil no matter what. mereka sangat sweet :) and the best thing about both of them, they're my parents. alhamdulillah

Tuan Kamil jarang senyum. especially dalam gambar. dapat tengok dia senyum dalam gambar. walaupun kita jadi the reason of meeting dia cancel, the reason dia lapar dalam dewan, the reason dia tunggu lama dalam dewan, tengok anak2 siapa lah agaknya, the reason dia kene datang uitm cari parking despite ramai sangat orang tu, nevertheless he still smiled. and the reason to that smile, aku sendiri tak dapat pasti kenapa, tapi aku still rasa happy, sebab dia senyum :)

and ini ada latar belakang ramaaaaaiiii orang
"amik kok ni, hok ado rama oghe ni"
Tuan Kamil nak background ramai2 org giteww..

pastu ayah suruh pergi studio, kitorang bergambar kat studio jap. pastu amek gamba kat studio.

Dari kejauhan aku dah nampak apan. ada. dia pegang something yg menarik di tangan. nampak nampak!!! makin dekat makin dekat.
"ha timon! nah aku bagi bunge ni!! kau suke tak?"
*cium2 bau bunga.
"weh!"
"haaaa tu yg x hidop. ko takyah bau. aku saje bagi yg x hidop, nanti bunge aku blh jadi bunge yg paaaaaaling tahan lama dalam semua bunge yg ko dapat. ahahahahahahahahaha :DDD"
cimbet. kena tipu. tapi at least dia bagi gak bunga walaupun x hidup. aku yg baik hati lagi mulia pun senyum girang~ hahahaha~
"tq weh~ jom beli bunge. smalam teha bagi aku bunga. aku nak bagi dia plak. mane nak bli?"

TIPS UNTUK PENCINTA BUNGA

1. beli time konvo
2. pergi kat tempat bunga time petaaaaaangggg gila time nak tutup
3. diorang akan jual bunga yg sejambak RM45 tu, diorang kasi diskaun, blh dapat RM10 je
3. BELI 2 JAMBAK, DAPAT SEJAMBAK LAGI FOR FREEEE!

fulamak happy gila aku, dah la banyaaaaaaak gila bunga, semua dok hulur kat aku, bagi aku ros merah pulak tu, apan dah tengok aku happy sangat agaknya. dia terus bayar utk 2. pastu akak tu baik hati pulak bagi lagi satu jambak. "nah dik, hadiah!" agaknye dia perasan kot mata aku bersinar2 tengok bunga banyak2~ ahahahahaha. muke happy dapat bunge!

and in the end... balik bilik.... ini lah meja study saya! dah jadi kedai bunga, hahaha!!!

konvo memang best. ada mak ayah, kawan2, bunga, kawan2, bunga dan bunga!!! hahahaha~ kalau boleh hari2 nak konvo, bestnye~ masa aku balik dari konvo teha tu, aku singgah beli air jap. dah akak jual air tu sume mata bersinar sinar muke berseri seri..
"wahhhh.. fresh flowers eh dik?"
"nak satu!!!"
"akak boleh bagi adik air free, nak satu bunga!"

aku nak je bg dia satu, tp susah, sebab dah sejambak kan, kene bukak selotep2 sume dulu. aku suruh akak tu dtg DATC esok, boleh borong bunga time petang2, macam apan buat. ahahahahaha

balik bilik aku terus gubah bunga. aku suka lah. rasa happy. aku rasa macam nak jadi florist gitu.. bunga bau wangi~ lembut~ happy lah :) 
org slalu bg komen kat aku "dari bunga baik duit"
"buat ape bunga, nanti layu"
weh, korang tak faham~ bunga ni cantik~ wangi~ somehow bunga ni ada aura kebahagiaan yang boleh membuatkan kita happy, senyum gembira :) cemtu, hihi

Jah roomate aku pun antara org yg kutok aku gak. tapi bila aku dah gubah dalam bilik, hias betul2, dia pun mengaku, fresh flowers ni memang boleh mendatangkan aura. aura kegembiraan :) hihi

ape2 pon tahniah kepada semua graduan, moga2 kita punyai satu semangat yg lebih tinggi untuk mencapai kejayaan yg berikutnya. dan moga Allah menerima segala usaha kita. dan moga2 usaha kita ini akan terhitung kelak sebagai satu usaha yg akan membawa kita dan kedua ibu bapa ke syurga~ aameeen :)

Timon Kyuri.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.