23.12.13

Perlu ke perempuan berdikari

Ali ridha -perlu berdikari….mana boleh nak harap suami je memanjang….kereta pun kena pandai bawa.

mymekar-takut bila dah kawin nnti, si isteri yg terlebih berdikari (dia buat semua). Mana pula tanggujawab si suami masa tu.

Affan-pasal memandu kereta tu sangat setuju. tapi saya bangga gak, ada isteri yg umur dah 30 tahun sanggup nak g belajar memandu sebab nak hantar anak ke sekolah. Agaknya dulu masa study tak sempat belajar, pastu terus kahwin hehe. Sekurang2 kalau memandu, boleh lah hantar anak sendiri ke sekolah

MDHAFiZ.NET-betul ke ni tak pandai bawa kereta?? berat sangat ke kereta tu bro?? eheh.

kerja kosong-Setuju.. wanita pun mesti mampu berdikari sekarang ni.. tak boleh terus bergantung dengan suami sahaja.

kakngah-perlu! paling perlu, kene pandai dan ada lesen memandu. in case apa2 terjadi pada anak2 @ diri sendiri ketika suami takde, tau dan boleh nak buat apa. jangan terlalu bergantung harap dengan suami.
kesian suami. tak banyak, sikit jadi la kita ringankan beban dia dgn berdikari. tapi, kalau tayar kete aku pancit, aku tetap harap kat abg sayang.. acane tuh?? huhuhu!!!

mymekar-hehe..bab kereta tu, sya pun tarik diri ( xde kudrat). Kalu nk gi bengkel ke, itu wajib kena ajak org laki (suami). Kang tak pasal2 kena kelentong kat tokey bengkel tu. Tapi kalu nk gi servis kereta, sya selalu gi sendiri jer kat proton tu

Fara-Wanita sepatutnya berdikari. Bukan hanya pada luaran. Tetapi dalaman juga kita sepatutnya berdikari. Jangan terlalu bergantung harap dan perasaan kasih seorang lelaki. Walaupun itu yang kita perlu tetapi untuk bergantung harapan 100% adalah tidak patut. Demi mengelakkan kita menderita kerana kecewa di suatu masa nanti. Kita tak tahu putaran hidup kita macam mana. Kita tidak tahu dugaan yang Tuhan bakal turunkan pada kita bagaimana. Subhanallah. Apa yang penting, kita seharusnya bersedia menghadapi segala situasi.

mymekar-Betul. kita mesti sediakan payung sblm hujan. Tak delah kita terkial-kial bila diduga ujian drpa NYA.

mankuchai-Salam, Memang betul jangan harapkan suami semata2,saya ada kawan(lelaki)setiap hari dia mengeluh yg isterinya nak beli kicap sebotol pun tunggu suami balik dari kerja baru boleh ada kicap hmm,kalau beras habis kebulurlah anak2 sebab nak tunggu suami balik dari kerja. Saya tabik kepada wanita yang ada kemahiran memandu walaupun hanya sekadar motosikal.

Mymekar-slm. Tak pe bro boleh kongsi2. Saya tak suka tengok perempuan yg “manja”. Betul kata bro, nk beli kicap, nak beli beras. itu belum lagi gas masak habis. mau tak berasap dapur semata2 nk tunggu suami balik rumah. Ingat dulu kawan lelaki sya pernah mgadu nak byr apa2 bil semua dia kena uruskan. padahal kerjaya dia tsangatlah sibuk. isterinya xpernah ambik kisah perkara ni. huhu.. (kita bukan hidup zaman tok nenek kita lagi skrg !)

hafizmd-mmg agak payah juga kalau sebotol kicap terpaksa juga tunggu suami belikan… tp suami kena ingat, itu mmg tanggungjwab yg wajib disediakan, tak gitu.

mymekar-@hafizmd – yg penting suami kena sediakan duit belanjanya kan.

mankuchai-mmg betul,tapi on the way balik rumah singgahlah kejap kan,eh hari jumaat boleh lak shopping beramai2 hehehe

maza -maza setuju…apa2 hal berlaku kita tidak hadapi masalah kejutan budaya.. tak lah mengeluh tak sudah2 dan akhirnya berputus asa..akhir kalam, moga2 aman dunia ini.. hehhehe  

mymekar-Orang perempuan kena jadi kuat kan?. bersedia dari sekarang. Tapi jgn tlebih over, bimbang si suami rasa tidak diperlukan.

hafizmd-mmg setuju, wanita perlu kena lebih kuat..nak2 zaman sekarang ni…kagum dgn wanita yg mmg cukup kuat dalam hidup mereka.

syiela-perlu sangat2.. nak2 nanti dapat suami yang selalu outstation.nanti tak la terkial2 sorang2.ini tak tau itu pun tak tau.haru tu.nak manja biar berpada2. pernah dulu jiran syiela husband dia tentera.ada operasi sebulan++ kat hutan. then kami jiran2 kena tolong belikan brg rumah sbb dia tak tau nak bli sendiri sebab sebelum ni husband dia yg uruskan semua.haru!***keta mmg perlu tau nk drive sbb time majuk sng nk larik.. hehehehe tapi kalau bab repair keta tetap tgu suami tersayang bawa ke workshop.sebab pernah kena tipu.

mymekar-Nak manja2 biar kena pada tempat. Setakat nak beli brg dapur, usaha2 lah sendiri. rasa malu kat jiran kalu benda mcm ni ppun diharap pd org. lain la kalau kita ni sakit. pst : Err.. tak baik lari dari rumah kalu merajuk dgn somi. sorok dlm bilik jer.

bEe-Perlu berdikari utk wanita… Sbb kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang…..Sediakan payung sebelum hujan.. hihi~

hafizmd-Mengikut situasi sekarang, rasanya mmg perlu seorang wanita lebih2 lagi seorang isteri lebih berdikari dalam usaha bantu suami…Suami pulak, kenalah tolong2 juga berdikari, contoh, kalau setakat nak air teh, kopi, buatlah sendiri sekali sekala…atau lagi bagus, buatkan utk isteri sekali…

mymekar-kalu anak dah berderet(dan kecik2 lagi) memang patut la suami bancuh air sendiri. masa ni isteri nak buat semua memang tak dan la.

mankuchai-@Hafiz,tu isyarat suami nak bermanja2 tu. p/s : saya mmg buat air sendiri,tapi selalunya sukatan lari,nak kena air tangan seorang isteri gak huhuhu..

ciksembang -wanita mmg kena berdikari cuma kena pandai tarik tali kadang2 suami ter alpa. habis semua yg isteri kena settle. kereta kenalah pandai bawak..jgnla takut bebenor.

mymekar-berdikari ni releven masa suami kerja OT/Outstation/busy sangat. Kalu dia free, kita suruh dia selesaikan la..

Kak Long Mawar Merah-Wah, bagusnya…Betul tu, wanita kena pandai berdikari, terutama perkara yang memerlukan tindakan segera. Tapi, kalau part nak tukar mentol tu, Kak Long masih bertahan sengaja tak nak buat sendiri,

mymekar-KakLong, kalu ada cik abg atau anak laki kat rumah, baiklah meminta bantuan mrka shja . Masa tu sya pun akan buat tak tahu juga

akubiomed -Wanita perlu berdikari kerana tidak terlalu bergantung kepada suami. Kalau selalu manja diri supaya suami buat payahlah. Bukan suami menyerah bulat-bulat semua tugas rumahtangga tapi ada perkara boleh dilakukan oleh seorang isteri. Si isteri perlu anggap dirinya seorang setiausaha kepada pengurus tapi skop suri rumatangga.

mymekar-membantu selagi ia tidak memudaratkan si isteri. tak gitu

Juan -wanita berdikari meringankan beban suami.

Kamarul Azri™ -wanita sekarang ni dah hebat2…mampu berdiri sendiri, kita tengok ramai yang berkejaya.

mymekar-Benar KA. Ramai wanita yg bkerjaya sekarang

Affan-Salam kak. SETUJU!!!!!!!! Ya, jadi isteri kenalah berdikari, jangan harap pada suami sepanjang masa. Apa yang boleh tu, buatlah. Ringan sikit kerja suami. Harap2 nanti dapat kahwin dengan isteri yang pandai berdikari . Amin

mymekar-Salam affan,
Bila isteri dah berdikari, si suami mesti hargai pgorbanan isteri itu. Jgn pula segala hal diserah bulat2 kpd isteri sampai suami seronok sbb boleh lepas tgn. Semoga impianmu tercapai.

nurainvivian -Assalamualaikum Mekar. Wah, bijak sungguh Mekar..cepat bertindak bila ada masalah timbul.Pada pendapat ain wanita sekarang kena pandai berdikari dan tidak boleh terlalu mgharapkan suami dalam segala urusan. Adakala perkara kecil dan mudah misalnya pbayaran bil-bil rumah boleh saja dibuat oleh isteri. Adakala dalam membuat keputusan juga para isteri harus bertindak cepat jika ianya melibatkan nyawa atau kecemasan.Selagi ianya tidak melanggar hukum agama dan masih dalam batas-batas agama, maka harus para isteri bertindak dan berdikari dalam sesetengah perkara.

mymekar-Salam ain. Yang simple2 tu boleh lah di usahakan. tp kalau bab letrik rosak, sya takut juga nak tunjuk pandai. Betul kata ain tu. Bukan kita nk tunjuk panadai tp kalu sesuatu perkara tu memerlukan tindakan segera, tiada masalah utk kita mhulurkn bantuan. Asalkn ia tak melangar batas2 agama.

Mrs.Ayie-  Setuju sangat. Terutamanya pasal bawak kereta tu.

adele -sy rasa sgt dihargai kerana seseorg yg menyayangi sy berkata dia sygkan sy kerana pandai berdikari. tak terlalu bergantung dan tak fragile. smoga sy dpt teruskan sikap sy yg satu ini

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.