17.12.13

Orang yang takbur sombong dan memandang orang lain dengan pandangan yang merendahkan

Rasulullah SAW berjalan melalui sekelompok sahabat yang sedang berkumpul. Baginda bertanya; "Mengapa kamu berkumpul di sini ?"

Sahabat menjawab: "Ya Rasulullah disini  ada orang  gila yang sedang mengamuk, sebab itu kami berkumpul di sini".

Kemudian baginda bersabda: "Orang ini bukan gila, ia sedang mendapat musibah. Tahukah kamu, siapakah orang gila yang sebenar ?".

Para sahabat menjawab: "Tidak ya Rasulullah".

Baginda menjelaskan; orang gila ialah orang yang berjalan dengan takbur atau sombong, yang memandang orang lain dengan pandangan yang merendahkan, yang membusungkan dada, berharap syurga Tuhan sambil berbuat maksiat, kejahatannya membuat orang terganggu.

Adapun orang ini dia hanya sedang mendapat musibah".

Begitu hina orang yang sombong tapi bodoh di sisi Rasulullah SAW sehingga baginda menganggapnya sebagai orang gila.

Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi dari takbur (sombong).

Dan tidak akan masuk neraka orang yang ada dalam hatinya seberat biji sawi dari iman". (Riwayat Muslim)

Darul Nukman

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.