10.12.13

Dilarang menggelakkan orang orang jiwang

Salam.

Ni amaran pulak tiba tiba. Haha. Dah makin weng dah ni. Sorry everybody.

Jiwang itu adalah orang yang halus hatinya. Orang yang mudah menangis, mudah tersentuh dengan sesuatu perkara terutamanya bila melibatkan hal cinta. Termasuklah suka mendengar lagu lagu sendu berlagu pilu.

Adalah baik bagi seseorang tu menjadi jiwang daripada menjadi seseorang yang tak pernah langsung kenal apa itu erti kasih sayang. Tapi biarlah jiwang biasa biasa shj, jgnlah sampai berlebih lebihan. Sebab memang ada jenis manusia yang suka menggelakkan orang jiwang. So beware.

Berjiwang itu normal. Ianya bukanlah suatu kesalahan. Antara kelebihan orang orang yang jiwang ini ialah mereka mereka ni boleh buat duit dengan menulis novel novel atau membuat lagu untuk artis artis nyanyikan. Contohnya. Kan dah ada untungnya di situ. Kau ada?

Sekian terima kasih sudi baca. Hahahahahahahaha. Aku gelak takpe. Korang tak leh.

Wassalam.

Credits to Luna.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.