20.12.13

Tips-tips Untuk Lulus Ujian JPJ - Kelas B2 (Motorsikal)

Dalam ujian praktikal kelas B2, anda harus menunggang dengan baik dan yakin. Walaupun ia nampak mudah, anda perlu mendapatkan latihan sepenuhnya sebelum menghadapi ujian. Ini bagi memudahkan anda ketika menghadapi ujian nanti kerana semua latihan yang dijalankan adalah sama dengan ujian tersebut. Berikut adalah tips-tips yang perlu diaplikasi ketika menghadapi ujian JPJ.

BAHAGIAN 2

Topi Keledar
Sebelum mula menunggang motorsikal, anda perlu memakai topi keledar dengan cara yang betul iaitu kemas. Pastikan tidak ada ruang yang longgar ketika mengikat tali topi keledar itu.

Titi
Pastikan anda melepasi laluan titi dalam masa 7 saat ke atas. Laluan titi adalah sepanjang 7 – 8 meter. Anda mestilah menunggang secara perlahan dan pandai untuk mengimbangkan motor di atas titi tersebut dengan menggunakan gear dua. Cuba buat kiraan “satu ribu satu” hingga “satu ribu tujuh” ketika di atas titi tersebut. Selesai kiraan, anda boleh terus bergerak ke depan untuk menuruni titi tersebut.

Kon
Di sini ialah halangan yang paling mudah untuk dilakukan oleh anda. Anda perlu mengawal motorsikal ketika melalui antara kon-kon yang diletakkan secara “zig-zag”. Namun, jangan turunkan kaki ke atas jalan raya.

Brek Kecemasan
Dengan had laju yang sederhana, anda dikehendaki berhenti dalam ruang yang diberikan. Anda perlu untuk menekan brake tangan dan brake kaki serentak di sini. Perlu diingatkan, ketika berhenti, hanya kaki kiri sahaja memijak jalan raya. Kaki kanan masih di atas brake.

Pusingan 8
Pastikan anda menunggang di atas pusingan 8 itu dengan menggunakan gear dua. Ianya merupakan gear yang lebih lancar, tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju. Ikut betul-betul pusingan tersebut supaya tidak terbabas. Anda sama sekali tidak dibenarkan untuk menurunkan kaki ke atas jalan raya.

BAHAGIAN 3 (JALAN RAYA)

Topi Keledar
Lagi sekali, pastikan topi keledar dipakai dengan betul dan ikatannya kemas.

Periksa Kenderaan
Periksa satu persatu lampu hadapan dan belakang, lampu brake, lampu signal kiri dan kanan di hadapan dan belakang, side mirror kiri dan kanan serta bunyikan hon sebelum berjalan.

Isyarat
Pastikan anda memberikan isyarat signal dan isyarat tangan sebanyak tiga kali  jika ingin belok ke kiri atau kanan. Ketika berhenti, pastikan tangan kanan diangkat menandakan anda berhenti. 

Stand
Apabila selesai, turun dari motor dan letak motor tersebut dengan “stand” dua kaki. Menggunakan “stand” satu kaki akan mengakibatkan anda ditolak  markah.

Diharap tips-tips di atas dapat membantu anda dalam menghadapi ujian tersebut.

SEMOGA BERJAYA.

Mama fateh.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.