17.12.13

Bodoh sombong

Imam Syafie pernah berkata "aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu".

Maksudnya, kita berhujah, berbicara, berbincang dengan memberi fakta, bukti, hadith yakni penjelasan dengan dalil aqli dan naqli terhadap orang jahil (bodoh), mereka tetap TIDAK FAHAM ataupun TIDAK MAHU FAHAM.

Kerana apa? Bodoh sombong.

Walaupun kita tidak pandai tapi janganlah memandai-mandai kerana orang yang tidak pandai mungkin akan menjadi pandai setelah faham dan mengambil akan ilmu yang dicurahkan, namun orang yang memandai-mandai tetap akan bo*** kerana mereka tidak akan menerima ilmu orang lain atas alasan mereka lebih pandai ,walhal merekalah yang paling bo***.

Namun, jangan pernah berhenti, jemu dan bosan dalam menjadi media penyampai demi kebenaran. Berusaha memberi bahan yang mengetengahkan bahan pencerahan minda yang sesuai dengan tahap pemahaman dan IQ mereka, berikan kesedaran dan berdoalah selalu agar Allah memberikan kita petunjuk dan menunjukkan kita jalan yang sebenar-benarnya, yang mana haq dan yang mana batil.

Kenalah rajin dan banyak membaca tentang dunia luar. Sama juga dalam pelajaran, memang kena banyak membaca. Seronok kalau banyak membaca dan mengajar serta menerangkannya pada orang lain. Jangan riak pula. Niatlah dalam hati kerana Allah untuk perkongsian ilmu tersebut, nescaya dapatlah ganjaran kasih sayang di sisiNya.

Muslim Doktor

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.