19.12.13

Buat latihan kereta dengan member belajar kat MDP

Lepas sampai kat kantin, cikgu pesan, "Lepas ni korang berlatih bertiga. Jangan gaduh gaduh tarik tarik rambut pulak. Gilir2."

Aku cakap, "Ok!"

Kawan kawan belajar kereta aku, sorang Kak Siti, dah kerja. Sorang lagi Fara, 22, masih menuntut di IPG Terengganu.

Kitorang baru knl tp terus jadi kamceng sebab berlatih memandu dalam litar sama sama. Kami bergilir buat bukit, parking, dan 3 penjuru. Sudah la panas makin terik, kami mandi peluh bersama.

Selesai kami berlatih kami pun menghampiri cikgu. Kitorang dah kepenatan, tapi cikgu suruh buat seround lagi. Mengeluh hampa kawan kawan aku.

Aku pun volunteer bawak kereta kancil MDP ni ronda ronda seluruh kawasan ceruk MDP. Aku pergi dkt bangunan ofis, keluar masuk kawasan parking kereta la. Kawan kawan aku dah jerit cakap, "Jangan!". Diorang takut takut. Aku je hati kering.

Sudahnya kawan kawan mohon singgah beli air. Aku pun sama dahaga. Aku park kereta kancil MDP ni tepi jalan lalu pesan diorang belikan air tin soya untuk aku. Haha aku dah macam raja.

Lepas tu kitorang minum sambil bersuka ria. Tak gaya macam pelajar tengah belajar memandu langsung. Siap bergambar gambar lagi. Nakal betul.

Lepas tu cikgu tahan kereta kitorang. Cikgu cakap, "SAPE benarkan awak bawak kereta pergi pusing bagunan? Sape yang memandu tadi ni?"

Kawan kawan aku dua dua tunjuk tangan kat aku sambil jerit, "Dia!!!". Ah sudah, aku terus malu gila dan sorok muka. Pastu aku dengar cikgu membebel bebel. Aku pun rapatkan dua tangan kat udara sambil cakap, "Sori cikgu saya betul betul tak tau tak boleh, sy janji tak buat lagi."

Kawan kawan aku pakat gelakkan aku. Aku cakap dgn diorang, "Ingatkan cikgu tak peduli kat kita. Setiap kali kita berlatih cikgu tak pernah pandang. Tapi bila kita pergi kat bangunan ofis tu round2 cikgu boleh perasan pulak dah, hai musykil pelik bin ajaib betul."

*Aku maluuuuu.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.