17.12.13

Setiap hari adalah proses yang tak ada penyudah

Krisis identiti. Tercari-cari arah nak tuju dalam hidup. Nak jadi macam dia ni, nak cantik macam dia tu, nak jadi cool macam orang tu, nak jadi hebat macam orang ni. Perasaan nak mencuba itu ini, nak memberontak bila tak dapat sesuatu. Tak sabar nak jadi dewasa. Boleh bebas sebebas-bebasnya.

Akhirnya sudah dewasa. Ingat hidup akan jadi lebih gembira? Tidak. Not at all! Now i know rhe hardship to start a new life. Ntah macam ibu ayah kita dulu mulakan hidup.

Jadi dewasa ternyata tidak mudah. Lagi banyak hal nak fikir. Lagi besar tanggungjawab nak pikul. Emosi makin pelbagai. Hingga suatu tahap, rasa nak menangis pun takde air mata. Jalan makin berliku. Tak ada jalan yang straight. Even highway pun punya selekoh.

So, people. Being a human is not easy, but that's so called life right? Kalau hidup ini terlalu mudah takde cabaran, takde dugaan. Mana warna warni kehidupan? Bosannya!

Maka kesimpulannya, berhenti mengeluh walaupun penat hati, penat otak, penat perasaan. Tanggung semuanya dengan tabah. Itulah corak hidup awak yang membezakan awak dgn insan lain.

Hidup satu proses.. setiap hari adalah proses yang tak ada penyudah, dan proses hanya terhenti bila kita mati.

Ain Raus

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.