23.12.13

Jenis Perempuan Yang Laki Tak Suka

1. Gadis Yang Terdesak
Wanita jenis ini ialah mimpi ngeri bagi hampir semua lelaki. Wanita jenis ini selalu merungut dan kerap menyatakan dengan jelas betapa dia seolah-olah terdesak untuk berkahwin. Namun demikian, terlalu awal secara jelas menampakkan keinginan supaya lelaki mengisi segala kekosongan dalam hatinya sehingga seolah-olah mendesak lelaki berkahwin sedangkan perhubungan berada pada peringkat yang terlalu awal akan menakutkan lelaki.

2. Mulut 'Hard Core'
Dalam dunia lelaki, perbualan adalah sama seperti ‘berhujah’. Dalam kata lain, bila yang seorang sedang bercakap, itu “turn” dia untuk bercakap dan tidak sepatutnya diganggu atau ‘disampuk’ sehinggalah dia habis bercakap. Oleh itu, bila seorang lelaki sedang menjawab soalan yang ditanya oleh seorang wanita, tiba-tiba wanita itu mula menyampuk mengutarakan pandangannya selama 10 minit yang seterusnya, lelaki itu selalunya akan terus diam begitu sahaja.

TIP: Apabila anda bersama lelaki, cuba jangan mendominasi sesuatu perbualan itu sehingga anda tahu topik itu adalah kesukaannya. Pastikan perbualan tidak terlalu menjurus ke arah yang tiada isi kerana lelaki suka perempuan yang ada 'isi' dalam setiap perkataannya kerana melambangkan kebijaksanaan dalam pertuturan.

3. Perempuan Kuat Mengadu (Merengek); Terlalu Bergantung
Perempuan memang dikenali sebagai kaum yang lemah, tak semestinya perlu sentiasa bergantung kepada lelaki semata-mata. Umur semakin meningkat, jadi kematangan pun perlulah seiring juga. Sikap yang terlalu keterbergantungan membuatkan lelaki mudah bosan.

Dalam perhubungan, pastikan ada 'give and take'.Barulah satu perhubungan itu adil bagi kedua-dua pihak. Sekuat-kuat lelaki, jangan ingat mereka tidak ada sifat manja. Mereka pun manusia juga. Jadi, berpada-pada lah meluahkan atau mengekspresikan kemanjaan masing-masing.

TIPS: Belajarlah mematangkan diri dan rajin-rajin motivasi diri. Kalau mengalami masalah itu, berfikir dengan tenang dan bertindak secara rasional. Perempuan yang 'independent' adalah seorang yang hebat. 'Independent' tidak semestinya terlalu 'open'.

4. Permaisuri Kerjaya
Dikatakan lelaki ‘berasa terancam’ dengan wanita yang berjaya. Kalau macam tu tidak ada sebab untuk mana-mana lelaki pun ingin bersama dengan wanita seperti ini! Sebabnya ialah lelaki akan merasakan apakah perkara yang boleh dia sumbangkan dalam hidup wanita tersebut sekiranya dia berasa cukup segalanya?

Lelaki tidak mahu wanita yang 100% bergantung kepadanya, tetapi adalah satu perkara yang amat mengharukan buat lelaki bila merasakan wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi membenarkan dirinya untuk bergantung kepada lelaki, yang pasti kelihatan wanita itu tidaklah sama sekali langsung tidak memerlukan lelaki dalam hidupnya.

TIP: Kebanyakan lelaki ingin menjadi tumpuan utama dalam hidup pasangannya, dan tidak mahu tumpuan wanita itu terhadap kerjayanya melebihi tumpuan terhadapnya.

5. Pembenci Lelaki.
Wanita jenis ini berbeza berbanding wanita di dalam kategori lain dari satu segi. Kebanyakan lelaki akan memberikan wanita kategori ini lebih peluang dan cuba untuk memenangi hatinya, hanya disebabkan wanita ini dilihat sebagai satu cabaran.

Disebabkan kekuatannya (kemarahan), kebanyakan lelaki tidak mahu sebuah perhubungan yang mempunyai komitmen bersamanya (apatah lagi berkahwin), tetapi mereka begitu teruja dengan sikap wanita ini dan melihatnya sebagai cabaran, berusaha untuk mendapatkannya hanya sebagai “trophy”. Apatah lagi jika sikap dan kehidupan sosial wanita ini sentiasa membuka peluang kepadanya untuk bertemu lelaki jenis “buaya” dan berbahaya.

Wanita seperti ini mempunyai sifat persaingan seperti seorang lelaki dan sensitiviti seorang wanita. Dia mampu berubah dari seorang yang begitu menarik dan memikat kepada seorang yang sebaliknya atau “emotionally distant” dalam sekelip mata.

Dalam kata lain, dia menggunakan kebenciannya terhadap lelaki sebagai perisai untuk mengelakkannya dari terluka….sekali lagi.

TIP: Wanita seperti ini begitu berjaga-jaga supaya dirinya tidak terluka lagi. Di dalam perhubungan, bila dia menyerahkan hatinya kepada lelaki, mereka selalunya membenarkan perhubungan tersebut bergerak dengan terlalu pantas, dan akhirnya akan memeranjatkan, melemaskan, dan juga menakutkan kebanyakan lelaki.

Perkara yang paling penting wanita ini perlu pelajari ialah bagaimana untuk secara p..e..r..l..a..h..a..n membenarkan lelaki mencuri hatinya.

Michileyna, HitaMerahPutih.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.