11.12.13

Latihan memandu parking

Slm.

Hari ni hari kedua aku gi belajar kereta. aku dapat membr baru lagi. Nama dia kak ainun, berusia 39 tauun. Tp body kurus maintain wpun ada anak besar umur 16 tahun ambil lesen juga. Haha.

Cikgu aku cikgu z sakit tekak lagi, jadi dia mengajar kami pakai bahasa isyarat shj. Bagus kan. Tambahan lagi hari hujan lebat kilat petir sabung menyabung. Memang cukup pakej.

Ni tips yang aku nak kongsikan. Harap harap aku sendiri tak lupa.

PARKING
1. Pastikan tayar kereta straight atas anak panah jalan raya. 
2. Reverse tayar kereta cecah besi kedua.
3. Stereng pusing kiri habis.
4. Masuk side parking dengan reverse dan tengok bucu selari dengan cermin sisi.
5. Stereng pusing kanan habis.
6. Reverse lagi sehingga tayar cecah garisan coklat.
7. Stereng pusing kiri habis. Masuk gear 1, gerak ke hadapan sedikit bagi straight.
8. Keluar side parking dengan reverse dan tayar kereta mencecah garisan coklat. 
9. Stereng pusing kanan habis dan keluar side parking sehingga nampak bucu dari side mirror.
10. Stereng pusing kiri sedikit, angkat klac sedikit, stereng pusing dua kali, maju sampai anak panah, berhenti.

Untuk info:
Masa yang diberi dari mula hendak bergerak masuk dan sehingga keluar dari petak ialah tidak boleh melebihi dari 5 minit.
Kebiasaannya ketika hari ujian, kebanyakan pelajar hanya mangambil masa kurang dari 2 minit.

Syarat utama untuk mengelakkan gagal:
1. Badan kereta mesti berada di dalam petak dan tidak boleh terjulur keluar melebihi garisan.
2. Tidak melebihi masa 5 minit.
3. Tidak berlaku sebarang kemalangan.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

Credits to Norsyafawati yunus.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.