17.12.13

Kesan sifat sombong

Di antara kesan sifat sombong ialah:

1. Orang benci kepadanya. Fitrah awal terciptanya manusia tidak suka kepada orang yang bersifat sombong ini. Hati yang benci-membenci tentulah tidak ada kasih sayang, akhirnya tidak wujud persatuan. Ini bererti umat Islam tidak ada kekuatan. Risikonya, Islam menjadi lemah, lumpuh dan runtuh karena tidak ada pautan hati antara satu sama lain. Ini sangat merugikan umat Islam dan Islam sendiri.

2. Mudah marah, di mana biasanya kemarahan akan berakhir dengan perpecahan dan permusuhan.

3. Jika ada sifat sombong, lahirlah penyakit yang berikutnya iaitu mudah berdendam, hasad dengki dengan manusia, mudah hendak bertindak balas dendam pd orang lain. Kadang-kadang belum tentu salahnya, dia telah tergesa gesa bertindak. Mudah pula sakit hati terhadap kejayaan dan kelebihan orang lain sehingga berusaha sedaya upaya nafsunya untuk merosakkan atau menjatuhkan orang itu. Akhirnya tentulah timbul permusuhan sesama manusia. Lebih besar daripada itu, akan berakhir dengan peperangan dan pembunuhan bilamana berlaku tindak balas dendam daripada orang lain atau golongan lain pula.

Kesombongan sangat membahayakan masyarakat manusia dan dunia seluruhnya. Lantaran ini Allah Subhannahu wa Ta'ala sangat murka dan Allah tempatkan mereka ini di Neraka bersama Firaun, Namrud, Hamman dan lain-lain orang yang zalim dan angkuh itu.

FB Lets learn about islam

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.