17.12.13

Sekolah asrama ni benefit dia agak banyak kepada individu

1. Dia belajar hidup sendiri.
2. Disiplin dapat dibentuk.
3. Cikgu2 dapat spend lebih masa dengan student.
4. Bond antara student lagi kuat.
5. Tuisyen tiap2 hari untuk batch yang hadap PMR dan SPM tanpa keluar duit tuisyen.
6. Peluang biar anak merasa basuh underwear dia pakai sabun buku dan berus basuh baju.
7. Kalau tak tinggal kat asrama, tahap kerajinan akan jd kurang.
8. Sekolah asrama terbaik sebab pengalaman hidup di sekolah asrama banyak mengajar erti kehidupan sebenar ; kawan, lawan, cinta dan kejujuran.
9. Duduk asrama jadikan aku baik. Duduk asrama ajar aku solat jemaah, macam mana nak hormat akak2, ajar aku utk stick sesama girls. Paling best bila leh ushar2 abg2 senior yg aku minat.
10. Jom kembali ke sekolah menengah. Duduk asrama boleh buat stress, tapi ada pro n con. Walaupun memenatkan, tapi fun. Kalau boleh, aku nak sekolah menengah balik tapi aku dah kat u dah sekarang ni. Takde program "jom kembali ke sekolah menengah" ke?
10. Aku akan anta anak aku masuk asrama. Kalau masuk form 1 bonding antara dorang tu kamcing gila. Dah 5 tahun bersama. Tapi bila cuti sekolah balik rumah mesti duduk sorang2 dalam bilik. Nak keluar member semua jauh. Masuk form 4 best, duduk asrama ada kawan, balik rumah pun ade member nak hangout. Mmg aku akan anta anak aku masuk asrama.
11. Kalau aku ade anak, komfem masukkan kat asrama. Baru lasak sikit. Makan pun tak memilih. Telan je sayur layu besar gedabak, biskut kering cecah air susu mase supper tu.
Mantot

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.