17.12.13

Panduan membuang penyakit bodoh sombong

Di antara cara-caranya ialah:

1. Ada ilmu tentang sifat-sifat mazmumah.
2. Bawa berfikir selalu tentang kejadian manusia.
Sedarkan hati kita bahawa kejadian manusia itu adalah sama. Yakni daripada tanah dan mati kembali ke tanah semula.

3. Fikirkan dan sedarkan hati kita bahwa kejadian manusia yang kedua adalah daripada air mani yang hina.

4. Melihat respon orang lain terhadap kita.
Dalam pergaulan hidup, dapat dikesan respon orang lain kepada kita. Kalau kita sombong, semua orang akan benci. Anak isteri tidak suka,tetangga tetangga menjauh, kenalan renggang dan pengikut tidak suka.

5. Ambil iktibar dari pengalaman hidup.
Apabila ada kelebihan, keistimewaan dan kehebatan, bolehkah bersifat sombong? Fikirkan kejadian-kejadian yang berlaku dalam pengalaman hidup seharian. Apakah kita berkuasa menghindarkan diri daripada sakit? Apakah kita mampu melawan kuasa tentera Allah yang datang melalui bencana alam dan lain-lain lagi? Apakah anda mampu melawan kematian dengan kesombongan itu? Tentu tidak!

6. Ingat azab Allah untuk orang yang sombong.
Renungkan. Ingatkanlah di hati bahawa sombong ini sangat dimurkai oleh Allah Subhannahu wa Ta'ala. Kita dianggap sudah merampas pakaian-Nya. Akibatnya, kita akan dicampakkan ke Neraka yang panas apinya 70 kali ganda kekuatan api dunia dan dalamnya 70 ribu tahun perjalanan baru sampai ke dasarnya.

Perkara-perkara di atas tadi perlu diingat selalu dalam hati hingga tidak dapat dilupakan lagi. Kesannya nanti akan timbul rasa malu dan takut untuk kita bersikap ego dengan Allah Ta'ala dan dengan manusia.

Dengan cara-cara atau kaedah ini moga-moga membantu kita mudah untuk bermujahadah menumpaskan sombong ini.

Harapan kita moga-moga Allah Subhannahu wa Ta'ala senantiasa memimpin kita agar menjadi hamba-hamba-Nya yang merendah diri. Insya Allah.

FB Lets learn about islam

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.