12.12.13

Ciri ciri lelaki low class

Salam.

Inilah ciri ciri lelaki low class. So boys and girls, please take note.

1. Mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tak bersalah.
2. Main kayu tiga, sukar untuk setia.
3. Sukar mengawal mata (mata keranjang).
4. Kuat mengongkong. Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak control.
5. Ego sampai langit.
6. Suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri.
7. Perasan. Terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem.
8. Mementingkan diri sendiri.
9. Kurang memberikan perhatian. Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
10. Cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu.
11. Panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya.
12. Tidak tahu menghargai perempuan.
13. Pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah.
  
Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

Credits to Suka media.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.