10.12.13

Tak habis habis lagi dengan jiwang

Salam.

Jom sambung pasal jiwang. Bagi sape sape yang dah penat tu, dipersilakan balik tidur. Terima kasih. Haha.

1. Sesetengah orang kata orang yang jiwang ni suka layan lagu lagu balada je, yang jenis tangkap leleh. Bila dengar terus dunia luar tenggelam dalam feeling habis lagu tu. Ada orang kata, bila dengar je lagu lagu Siti Nurhaliza terus kena label, "Muka hardcore, tapi dalam hati ada taman."
2. Ada juga orang kata orang yang jiwang ni orang yang jenis cepat nak tersentap. Jiwang dengan emo sama ke? Ada juga orang label orang yang terlalu melankolik ni orang yang betul betul jiwang.
3. Orang yang jenis sweet talker juga boleh dikategorikan sebagai jiwang.
4. Jiwa+ terawang awang= jiwang.
5. Jiwang tu mcm ayat terlalu berbunga-bunga.
6. Jiwang tu kata kata manis yang diberikan oleh lelaki atau perempuan utk pasangan dia.
7. Kadang kadang diri sendiri tak sedar yg kita jiwang. Hanya orang sekeliling yg mampu menilai tahap kejiwangan kita.
8. Cara penulisan artikel yg bernada tenang selalunya dkaitkan dengan jiwang. Sehinggakan org lain baca terasa jiwang. Tapi, sendiri tulis pula tak perasan.
9. Jiwang tu melayan perasaan.
10. Jiwang tu ialah bila orang pergi tepi pantai layan angin bayu macam blues jiwang.
11. Jiwang is cool. Haha.
12. Sesetengah orang cakap dengan melayan lagu lagu jiwang bukan sebab nak berjiwang tp nak berjiwa dan nak bersedih sedih bile dgr lagu jiwang.
13. Jiwang tu contohnya bila dengar lagu pun boleh melayang layang, juga bila membaca ayat cinta dari suami.
14. Jiwang adalah tangkap leleh. Kan dah ulang balik point no 1. Adoi.

Sekian. Terima kasih sudi baca.

Wassalam.

Credits to Addin chaos.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.