15.12.13

Cara cara mencari jodoh

Salam.

Jodoh tu datang sendiri ke atau kena cari? Sudah tentu lah kena dicari. Maksud 'dicari' tu ialah dengan kita berusaha.

Tapi berusahanya kita juga perlu diiringi dengan sikap berhati2, bersabar, ikhlas dan redha.

Untuk membuka laluan agar jodoh boleh diusahakan ialah salah satu caranya dengan banyak bergaul dan melibatkan diri dengan ramai orang serta meluaskan rangkaian persahabatan dan perkenalan.

Kalau nak tunggu ianya datang sendiri memang mustahil. Kerana tiap perkenalan itu, tidak akan berkembang tanpa adanya sikap usaha dan ikhtiar.

Mana mungkin satu perkenalan itu akan dapat dimulakan dengan satu pihak menunjukkan minat, manakala pihak satu lagi hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh saja.

Perkenalan itu harus dimulakan dengan dua hala dan diterima oleh kedua2 belah pihak untuk memulakannya.

Untuk kita berusaha ke arah mencari jodoh itu sudah tentulah perlu bukakan pintu hati kita untuk berkenalan dengan seseorang. Tidak salah untuk bersikap memilih, asal jangan cerewet.

Dan untuk mengenali seseorang itu, kita juga perlu ada sikap hati2 iaitu selidik dulu latar belakangnya, budi pekerti dan dan keperibadiannya. Bukan main redah je untuk mengenali sesiapa saja. Kot kena suami orang ke, isteri orang ke, tunang sahabat kita ke.

Sebolehnya, usaha kita tu biarlah dimulakan dengan niat yang baik. Jika langkah pertama sudah ditempuhi, kita haruslah bersabar untuk mengenalinya dengan lebih dalam. Sabar memupuk persefahaman, keserasian dan melayan karenah diri masing2.

Seandainya perkenalan yang dipupuk itu sudah mantap dan kesepakatan telah dicapai untuk lebih mengutuhkan ikatan, kita hendaklah ikhlas menerima diri antara satu sama lain. Ikhlas meletakkan komitment bersamanya. Dan siapa pun yang menjadi jodoh kita, kita hendaklah redha dengan ketentuanNya.

Jika sudah jodoh, tidak ke mana. Allah gerakkan, kita berusaha, Allah tentukan, kita terima.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

Credits to Irmafizah, Markaragnos.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.