Salam.
Ramai mula hilang motivasi untuk berjogging selepas beberapa minggu. Mungkin sebab mengulang benda yang sama dan bosan. Memastikan motivasi jogging kita kekal tinggi adalah penting, supaya amalan jogging ini tidak terhenti. 5 cara untuk memastikan anda kekal bermotivasi untuk berjogging:
1. Sentiasa Bersedia Dengan Kelengkapan – Simpan kelengkapan jogging anda (baju, seluar, kasut) dalam beg, dan simpan beg itu dalam kereta. Ini adalah supaya jika anda mendapat peluang untuk berjogging, anda tidak akan dihalang dengan masalah ketiadaan kelengkapan. Kehidupan zaman sekarang yang sibuk memerlukan kita untuk berusaha mencari masa untuk berjogging. Dengan kelengkapan ini, anda mampu terus berjogging, dan mengekalkan prestasi dan motivasi anda.
2. Jogging Waktu Pagi – Berjogging di waktu pagi membantu kita untuk bangun awal, dan memperbanyakkan masa harian kita. Selain itu, berjogging waktu pagi juga membantu kita untuk menyelesaikan jogging dahulu sebelum memulakan hari, dan tidak perlu gusar mencari masa pada sebelah petang untuk berjogging. Joggers pagi juga biasanya lebih berjaya mengekalkan amalan berjogging, kerana mereka mampu berjogging dengan lebih konsisten, dan mereka lebih bermotivasi.
3. Ambil Masa Rehat – Berehat ketika berlatih untuk sasaran jangka panjang (seperti menamatkan Jogger 5000) membantu anda untuk mengelakkan kecederaan dan mengekalkan motivasi. Badan kita juga perlu berehat supaya otot mampu pulih dan menjadi lebih kuat. Masukkan hari rehat dalam jadual jogging anda, dan ambil waktu rehat panjang dalam seminggu jika anda telah berjaya mencapai sasaran jangka panjang anda. Pelan Jogger 5000 dirangka dengan hari rehat yang mencukupi dan sesuai dengan keperluan joggers baru.
4. Gunakan Kreativiti Anda – Bosan kerana berjogging di laluan dan tempat yang sama? Cuba gunakan kreativiti anda dan fikirkan laluan jogging baru, atau masukkan elemen baru dalam jogging seperti lari pecut, atau dengar muzik ketika berjogging.
5. Mengingatkan diri selalu – Kelilingi diri anda dengan benda-benda berkaitan jogging untuk mengingatkan diri dengan sasaran jogging anda. Buku tentang jogging di makan kopi, poster pelari marathon di desktop komputer, ataupun tuliskan sasaran jogging anda dan lekat di dinding. Peringatan-peringatan sebegini banyak membantu joggers untuk mengekalkan motivasi, dan menamatkan sasaran jogging mereka.
Langkah-langkah di atas akan banyak membantu kita untuk mengekalkan motivasi jogging, tetapi perkara terpenting dalam motivasi jogging adalah dengan mempunyai mindset yang betul ketika berjogging. Mindset yang betul akan membolehkan anda untuk mengekalkan motivasi yang tinggi, dan berjaya berjogging dengan senang.
Wassalam.
Credits to jom kita jogging!
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.