12.12.13

Ada ke shortcut untuk cepat siap tesis

Salam.

Penulisan Tesis Cepat dan Pantas?

Ramai pelajar-pelajar baru bertanya tentang menyiapkan tesis dengan cepat. Termasuk juga bagaimana cara hendak menulis tesis dengan cepat dan pantas.

Jawapannya: Tidak ada jalan pintas bagi saya. Ia adalah satu proses. Ia akan mengambil masa.

Kandungan tesis telah ditetapkan asasnya mengandungi Pengenalan, Literatur, Konteks (Kualitatif), Rangkakerja Teori (Kuantitatif), Metodologi/Pembinaan Kajian, Analisa, Hasil kajian, Perbincangan dan Rumusan/penutup.

Jadi, tak ada jalan pintas untuk siapkan tesis. Anda perlu ada bahan kandungan yang cukup untuk menulis setiap bab dalam tesis. Ini adalah kerana anda bakal diperiksa dan disoal mengenai tesis anda. Kandungan sangat penting untuk menjadikan ia sebuah tesis kajian yang baik.

Bersabar, tekun dan rendah diri adalah perlu dalam perjalanan kajian dan kesarjanaan. Selepas tamat tesis anda masih perlu berjalan jauh untuk belajar dan terus belajar mentelaah ilmu yang sangat luas. Siap tesis bukan bererti habis/tamat belajar. Tesis juga bukanlah ‘lesen’. Ia adalah pengiktirafan bahawa kita telah melalui semua proses yang sukar sebagai platform membentuk diri kita menjadi seorang penyelidik akademik dan sarjana professional.

TIPS

1. Mulakan dengan pembacaan literatur yang banyak dan luas – untuk mencari lopong kajian.
2. Setelah mendapat sedikit idea untuk tajuk kajian anda yang luas, bolehlah mula merangka bab 1. Pembaikan bab 1 ini akan berterusan hingga ke penghujung kajian sebelum proofread.
3. Setelah siap draf bab 1, mulakan bab 2 iaitu Literatur. Gunakan segala yang anda pelajari dalam kelas semakan kritikal literatur dan penulisan. 4. Bab 2 ini menunjukkan cerita kepada kajian-kajian dalam topik anda dan akan menunjuk kepada kaedah kajian anda.
5. Tidak perlu menunggu hingga bab 1 dan 2 menjadi sempurna. Jika anda tersekat, teruskan ke bab 3 dan 4.
6. Untuk kualitatif, anda perlu menulis bab konteks kajian anda.
7. Untuk kuantitatif, anda perlu menulis bab 3 – rangkakerja teori.
8. Bab 4 – metodologi/pembinaan kajian bermula bila anda sudah yakin dengan tajuk kajian dan pemilihan kaedah kajian yang sesuai berdasarkan soalan-soalan kajian di bab 1.
9. Bab-bab seterusnya memerlukan anda mendapatkan data, analisa dan hasil kajian. Ini berlaku setelah anda dibenarkan membuat pengumpulan data dan analisa. Kebiasaannya ia akan berlaku di tahun 2 pengajian. Ada juga yang terlambat hingga di tahun 3. Sabar ya.
10. Setelah mendapat data dan analisa serta hasil kajian yang baik, maka penulisan anda dalam bab-bab seterusnya tidaklah susah.

Anda boleh lakukannya. Katakan BOLEH kepada diri anda.

P/S: Guna teknik-teknik samada menggunakan 1 fail hidup dan 1 fail simpanan (backup) dan atau beberapa fail versi simpanan untuk menyimpan segala tulisan anda dari hari pertama pengajian. Ia terpulang kepada keselesaan dan kemahiran masing-masing.

Selamat menulis. Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

Credits to Ibnu arshad.
Pensyarah Kanan di UTeM, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan (FPTT), Kampus Bandar, Melaka.

2 comments:

  1. nice sharing sis. . :)

    ReplyDelete
  2. Ye ke sis. Tgh buat tesis ke tu.
    Tkasih sudi singgah, komen dan follow!
    Slm blogging bv. (:

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.