23.12.13

Cara menjadi seksi tanpa mendedahkan aset berharga

Cara Jadi Seksi

Perkataan seksi itu sering disalahertikan dengan pakaian yang menjolok mata. Tahukah anda seksi boleh merujuk kepada senyuman mahupun cara anda bercakap? Sebenarnya, ada caranya untuk menjadi seksi tanpa mendedahkan aset berharga anda.

1. Rona Merah
Ramai yang bersetuju rona merah mempunyai aura sensualnya yang tersendiri. Tak kira sama ada warna merah menyala dioleskan pada bibir ataupun dikenakan sebagai busana dan sepatu, ia mampu menaikkan ghairah lelaki. Cubalah bergaya ‘merah’ hari ini dan nantikan sahaja pujian daripada si dia.

2. Fabrik Renda
Mungkin kerana banyak pakaian tidur wanita yang seksi berunsurkan renda, membuatkan busana berenda mampu menonjolkan keseksian wanita. Pakaian berenda turut memberikan gaya vintaj yang dipandang seksi oleh kaum lelaki.

3. Yakin dan Bijak
Sifat ini merupakan keseksian yang sangat effortless. Lelaki memandang wanita yang yakin dan berdikari sebagai seksi. Minum sambil membaca buku seorang diri di kedai kopi dirasakan berani oleh lelaki kerana keselesaan dan keyakinan wanita membawa diri walaupun berseorangan. Lelaki turut suka berdamping dengan wanita yang pandai kerana isi-isi yang diberikan ketika berkomunikasi sangat bernas dan masuk akal. Dan itu sungguh seksi.

Majalah EH!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.