Salam.
Tidur adalah salah satu komponen yang sangat penting untuk joggers. Ini kerana apabila anda berjoging, anda banyak meletakkan stress pada badan anda – otot anda di’carikkan’, tulang anda di’hentak’, dan jantung anda dipaksa bekerja keras. Jadi, anda perlukan tidur untuk membenarkan badan memperbaiki tisu rosak, dan merehatkan minda anda.
Jika anda tidak mempunyai tidur yang cukup, anda akan merasa lemah, emosi tidak stabil dan anda mungkin tergoda untuk makan makanan tidak sihat, untuk melepaskan tekanan. Anda juga tidak akan mempunyai tenaga untuk berjogging.
Bila kita bercakap tentang tidur di sini, kita merujuk kepada tidur pada malam hari. Tidur siang tidak dikira. Ini kerana ketika tidur siang, badan kita biasanya tidak sempat berada dalam kedudukan Deep Sleep untuk pembaikkan tisu badan.
Tidur secukupnya membantu badan untuk melengkapkan kitaran tidur yang mencukupi untuk badan memperbaiki dirinya. Untuk orang dewasa, anda perlukan dalam lebih kurang 7-8 jam tidur.
Tips tips untuk memastikan anda mendapat tidur yang cukup:
Elakkan berjoging terlalu dekat dengan waktu tidur anda - Walaupun berjogging itu baik untuk membantu anda tidur, tetapi badan anda perlukan masa untuk bertukar dari mod senaman ke mod rehat. Jika boleh, lengkapkan jogging anda beberapa jam sebelum waktu tidur.
Cuba buat benda yang menenangkan setiap malam sebelum tidur - mandi air panas, membaca atau mendengar muzik yang menenangkan banyak membantu. Perbuatan sebegini jika diulang, akan membiasakan badan untuk mula relaks and membantu anda untuk tidur.
Elakkan dari pergi tidur dengan perut lapar. Elakkan dari cuba tidur dengan perut yang lapar. Tetapi, jangan pula tidur dengan perut yang penuh. Cuba selesaikan makan malam anda 2-3 jam sebelum waktu tidur.
Wassalam.
Credits to jom kita jogging!
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.