13.12.13

Jom bongkar rahsia lelaki

Salam.

Susah nak tahu apa rahsia lelaki ni. Mereka ni 'unpredictable'. Kat bawah ni ader beberapa rahsia lelaki yang perempuan perlu tahu.

1. Untuk menjadi gadis idaman, seseorang tu tak semestinya cantik.Cukup hanya dengan berbudi bahasa.
2. Lelaki sebenarnya tak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh gadis.Jadi, jgn ingat lelaki pilihan kita mengetahui semuanya.
3. "Emmm..tengoklah dulu"..itu membawa maksud si dia berkata tidak atau kurang setuju..jadi jangan dipaksa-paksa.
4. Walau sehebatnya lelaki yg bersikap romeo, namun dia tetap hanya ada seorang teman wanita istimewa. Boleh caye ke?
5. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata wanita. Tp kalau dah melampau lampau jadi menyampah pulak.
6. Lelaki biasanya tak suka dipikat, tetapi lebih suka memikat. Tp ada jugak jenis yang suka dipikat. Ini aku tak pasti.
7. Apabila seseorang lelaki memulakan perbualan secara serius, si gadis patut mendengarnya dengan teliti.
8. Jika ade seseorang lelaki merenung gadis, ada 2 perkara yang difikirkan nya. Sama ada mengkritik atau memuji.
9. Seseorang lelaki akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan gadis yang dipuja. Dan mereka lebih sukakan gadis yang boleh mendatangkan cabaran buat mereka.
10. Lelaki boleh gila bayang hanya selepas melihat cara gadis pujaannya tersenyum.
11. Ada juga lelaki yang sering memikirkan gadis yang meminatinya tetapi jangan pelik sekiranya si dia tidak menyukai gadis tersebut.
12. Sekiranya seseorang lelaki itu serius dalam sesuatu perhubungan, dia akan lebih mencintai gadisnya dari perasaan gadis itu terhadap dia.
13. Seperti kaum wanita yang ada masa 'murung' nya, begitu jugak lelaki especially bila balik keje dan terlalu letih. Sampai nak keluarkan sebutir kata pun rasa beban yang amat.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

Credits to Sue, Dewataraya, dan Perintis.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.