5.12.13

Macam mana nak mula jogging

Salam.

Jogging adalah senaman aerobik yang memerlukan badan kita untuk bekerja kuat – satu fakta yang ramai jarang faham. Mereka ingat jogging ini hanya pakai kasut, dan boleh sudah jogging sampai 10km tanpa henti.

Kita perlu membina kekuatan pada badan untuk berjogging secara perlahan-lahan, kita tidak boleh terus memaksa badan untuk bekerja keras – jika kita jenis yang jarang bersukan, dan kita terus berjogging 5km, kita akan ‘pancit’ atau sakit-sakit badan. Sebelum kita boleh memandu pada 100km/j, kita perlu masuk gear 1, 2 sampai 5 dahulu. Sama juga dengan kereta, kita pun perlu ‘masuk gear’ juga di badan kita.
 
Kita boleh ‘masuk gear’ badan kita dengan berjogging secara perlahan-lahan dahulu, supaya jantung kita diberi masa untuk bekerja dengan kekuatan yang ada. Lepas itu baru kita cuba berjogging jauh. Cuba pelan ini untuk 1 minggu:

Jalan pantas (brisk walking) 5 minit
Jogging 1 minit
Jalan macam biasa 1.5 minit
Jogging 1 minit
Jalan macam biasa 1.5 minit
Jogging 1 minit
Jalan macam biasa 1.5 minit
Jogging 1 minit
Jalan macam biasa 1.5 minit
Jogging 1 minit
Jalan macam biasa 1.5 minit
Jogging 1 minit
Jalan macam biasa 1.5 minit
Jalan macam biasa sehingga nafas dan jantung kembali normal

Buat 3 kali seminggu, dan pastikan buat stretching sebelum dan selepas jogging.

Idea di belakang pelan jogging dan jalan ini adalah supaya jantung diberi masa yang cukup untuk berehat (ketika berjalan), tetapi juga dipaksa untuk bekerja keras (ketika jogging).

Jika anda jarang bersukan atau ingin berjogging untuk kali pertama, pelan ini juga sesuai dengan anda. Pelan ini tidak sukar, dan saya yakin anda boleh ikut.

Wassalam.

Credits to jom kita jogging!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.