11.12.13

Cara cara berdakwah

Salam.

Korang ada kawan kawan atau ahli keluarga yang rosak akhlak? Jangan risau, ni ada sedikit tips dalam berdakwah kepada mereka mereka ini.

1. Terus-terusan berdoa untuk mereka. Anda tak perlu keluar duit sesen pun dengan berdoa. Apa lah susah sgt nak berdoa sedangkan hadis nabi mengatakan Allah cemburu pada orang yang tidak mahu berdoa padaNya.

2. Bina ukhwah. Apa salahnya kawan dengan mereka. Ingat, mereka 'nakal'...bukan jahat. Anda bukan sesiapa untuk menghukum mereka. Biarlah Allah tentukan segalanya. Mana tau dari jambatan persahabatan, akan lahir muslimin muslimah yang mampu menggoncang dunia. Jangan menuntut kesempurnaan manusia. Manusia itu lemah zahir dan jiwanya.

3. Nasihat/peringatan yang berterusan. Biarpun seperti mencurah air ke daun keladi, ingat, anda menyemai pohon daun keladi itu untuk ia terus kekal hidup. Kekal tumbuh dan di akhirnya, ia menghasilkan buah keladi yang mendatangkan manfaat pada manusia. Goreng pon sodap!

4. Penampilan kita, gaya kita, kaedah kita dalam berdakwah, menegur, memberi nasihat, mengajak orang dan sebagainya, yang MENUNJUKKAN DIRI KITA SEOLAH-OLAH "MACAM BAGUS" itu, membuat orang menyampah, yang BUKAN SAHAJA mereka menjauhi kita, tetapi lebih teruk lagi bila mereka menJAUHKAN DIRI DARI AGAMA, SUBHANALLAH!... so, cubalah LEBIH BERHIKMAH.

5. Ada apa2, teruskan berbincang dengan beradab.

6. Renungi ayat 108 surah Yusuf... lihatlah, bagaimana KAEDAH dalam menyeru kepada ma'ruuf dan mencegah kemungkaran...insyaallah.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

Credits to Carreno dan Arozi.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.