21.12.13

Taktik perempuan memikat tetapi menjengkelkan

'Silly' Things Women Do To Impress Men

Selalunya orang lelaki yang akan mengambil inisiatif untuk membuat sesuatu di luar norma kehidupan bagi menarik perhatian gadis yang diminati. Namun begitu, ini tidak bermakna yang gadis-gadis hanya sekadar perlu mendepakan tangan menanti layanan istimewa daripada lelaki, kerana orang lelaki turut mendambakan perhatian daripada gadis-gadis.

Tiada istilah perigi mencari timba di sini. Akan tetapi, dalam usaha gadis-gadis untuk menarik perhatian kaum jejaka, mereka kadang-kadang tidak sedar yang taktik memikat mereka itu sebenarnya meletakkan mereka dalam situasi yang menjengkelkan. Ayuh kita lihat perkara-perkara yang gadis-gadis lakukan untuk menarik perhatian jejaka.

1) Berpura-pura meminati bola sepak
Anda tidak perlu memaksa diri untuk ikut kami menonton bola sepak di mapley. Anda juga tidak perlu membazirkan wang membeli jersey Arsenal yang original. Anda juga tidak perlu rasa malu jika tidak tahu apa erti offside. Cukup sekadar anda memberi keizinan kepada kami untuk balik lambat sekali-sekala menonton bola sepak di luar.

2) Menyembunyikan CD Justin Bieber dan memaksa diri mendengar muzik 'keras'
Mendengar muzik itu mungkin kool tetapi memindahkan mood dan gaya perilaku muzik itu di dalam hidup tidak menjadikan anda kool sebenarnya. Hilang kewanitaan anda melihat anda terkinja-kinja sambil mencarut-carut mengikut irama lagu sedangkan kami sendiri pun tidak berperilaku sedemikian.

3) TOO MUCH make up / perfume / tan / skin
"Tooooo much of something, is baaaaad enough..." Tidak perlu letak banyak-banyak. Tak mahulah keluar dating dengan anda tetapi berbau siamang.

4) Menggunakan wang ringgit untuk memikat hati jejaka
Status anda mungkin berubah menjadi sugar mummy. Cinta itu sepatutnya dipupuk bukan dibeli. Tetapi seperti yang telah dinyatakan, ego orang lelaki ni tinggi. Mereka ingin rasa yang mereka dominan di dalam sesuatu perhubungan, so biar sahaja orang lelaki yang mengeluarkan wang, biar sahaja mereka menjadi provider.

Faizal Rosly.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.