21.12.13

Jangan jadi bodoh sombong

Bodoh sombong.
*****
*****
Sedih kan. Bila wujudnya manusia yang bodoh sombong ni. Memang, Allah jadikan manusia dengan akal yang berbeza. Bodohkah kita, bijakkah kita semua itu pilihan. Lainlah yang memang semulajadi genius, itu gifted namanya. Tapi, tak cukupkah dengan bodoh yang kita pilih, lepas tu nak menyombong pulak. Kita hidup atas dunia bukan seorang diri. Ada ramai lagi lautan manusia yang lain. Hidup ni, kalau sombong, tak kemana ye bang.

Aku lebih hormat kepada orang yang bodoh, tapi tahu senyum dan hargai orang lain. Daripada yang terang-terang cerdik tapi pandang rendah dekat orang lain. Semoga kita dijauhi daripada menjadi ;

Yang bodoh, lagi sombong.
Yang bijak, tapi bongkak.

Jadi yang biasa-biasa sudahlah ye. Tak pandai sangat, tak bodoh sangat. Tak sombong dan tak bongkak. Haa, kan bagus. Pelajaran, sijil, kelulusan, CGPA, kelayakan, tempat belajar, dalam luar negara, semua tak menjamin kalau dalam diri wujud sifat angkuh dan sombong ini. Jadilah manusia yang berilmu dan beramal. Guna ilmu yang ada untuk kawal sifat semulajadi. InsyaALLAH, kita mampu.

Semoga apa yang disampaikan dari hati-ini, akan sampai ke-hati-sana. Terima kasih.

HKH.

4 comments:

  1. Tp ada jer manusia pesen mcm ni...Hihi

    ReplyDelete
  2. susah nk cakap ngan manusia mcm ne.
    susah nk terima pendapat org..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pun. nak buat cmne kn. cmnilah manusia...penuh kekurangan diri.

      Delete

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.